10 December 2007

soul of Avicenna....

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua....

hanya sedikit ilmu yang ingin ana kongsikan bersama sekadar membuka pemikiran kita dalam menuju puncak untuk menjadi seorang Islam yang berjaya dunia dan akhirat..ana mengupas sedikit tentang tokoh Islam yang terkenal dalam dunia perubatan,Ibnu Sina.


Jangan tak tau,Ibnu Sina bukan hanya mengupas tentang isu kerasulan,ilmu pengetahuan dan metafizik malah beliau turut menyelitkan tentang isu “soul” atau dalam bahasa melayunya roh, jiwa,atau rohani,

Dalam Al Shifa’,beliau menerangkan bahawa roh ini tiada rupa bentuk atau badan kerana ahli cendiakawan mendapati roh ini tidak boleh dibahagi-bahagikan atau dipecahkan kepada beberapa bahagian contohnya.Selain itu,beliau menjelaskan bahawa roh ini sentiasa akan hidup,tidak akan mati walaupun tubuh seseorang individu itu musnah dimakan cacing dan ulat-ulat.

Oleh kerana Ibnu Sina menyatakan bahawa roh ini tidak akan musnah,maka muncullah soalan tentang karakter roh ini.Antara soalan yang menyelubungi benak minda ialah:

1. apakah yang diharapkan oleh roh dari dunia yang diciptakan oleh Allah?
2.Ibnu Sina juga menyatakan bahawa roh ini samada akan diberi ganjaran atau hukuman lalu bagaimanakah ia ditentukan?
3. Ibnu Sina juga menyatakan bahawa roh ini tidak akan mati,jadi kemanakah destinasi roh ini seterusnya

Jawapannya ialah:
1. apa yang diharapkan oleh roh adalah keredhaan Allah semata-mata
2. keperluan hukuman bergantung kepada kewujudan unsur kejahatan dan kajian dari Ibnu Sina mendapati unsur kebaikan dan kejahatan saling bertarung dan mempengaruhi seseorang individual.Jadi,Allah telah menciptakan unsur kebaikan,unsur kejahatan dan juga roh sebagai watak lakonan dalam dunia ini.
Samada roh itu akan mendapat ganjaran atau hukuman bergantung kepada
pilihannya di dunia ini
3. destinasi roh ini akan ditentukan melalui pemilihannya di dunia samada unsur
kebaikan ataupun kejahatan.


Ini hanyalah salah satu cabang ilmu yang dikemukakan oleh Ibnu Sina namun cukup mendalam untuk membuat kita berfikir sejenak,mentafsir diri dan bermuhasabah,apakah nasib roh atau jiwa kita ini?apakah balasan yang kita akan terima,samaada hukuman atau ganjaran? dan kemanakah destinasi roh kita seterusnya,syurga atau neraka?cukupkah amalan kita untuk membawa roh kita ke syurga?seterusnya apakah amalan yang kita boleh lakukan untuk menghidupkan roh kita dengan unsur kebaikan dan bukan sebaliknya?

Oleh itu wahai sahabat semua,marilah bersama kita bersihkan hati,sucikan jiwa,cerahkan nurani.Moga-moga roh kita berada dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa dan diredhai olehNya.

7 tanda2 hati yg hidup dan tidak mati..



Pertama: Lapangnya dada menerima ajaran Islam.

Firman Allah:

Maksudnya: Orang yg Allah lapangkan dada mereka adalah org yg mendapat cahaya dr tuhannya.(22: Zumar)

Nabi bersabda: "Apabila cahaya masuk ke dalam hati seseorang maka dadanya akan lapang dan terbuka" Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah; Adakah ada tanda2 yg menunjukkan demikian?" Nabi s.a.w menjawab:

الإنابة إلى دار الخلود والتجافي عن دار الغرور والإستعداد للموت قبل نزوله

Maksudnya: Org yg beramal utk kembali ke Akhirat yg kekal, Jauh dirinya dgn dunia yg memperdaya dan bersedia untk mati sebelum ianya tiba."(Hr Hakim)

Lapang dada ialah mudah dia nak mematuhi dan menerima ajaran Islam dan tidak berasa sempit dada dgn perkara dunia.

kedua: Gementar hati ketika berzikir mengigati Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya sifat khusus org2 yg beriman apabila disebut nama Allah akan gementar hati2 mereka..."(2: Al-Anfal)

Ketiga: Hati yg khusuk mengingati tuhan.

Firman Allah:

"Sesungguhnya mereka bersegera melakukan kebaikan, berdoa kepada kami dgn penuh mengharap dan takut dan mereka khusuk mengingati kami"(90:Al-Anbiya)

Khusuyk adalah 1. Hadirkan hati dlm Ibadah. 2. Memahami makna yg di lafazkan. 3. Mengagongkan sang pencipta dgn adanya sifat takut dan harap.

keempat: Mudah terkesan dgn Nasihat.

Seperti mana cerita Ali Zainal Abidin bila beliau melihat hamba perempuanya tertuang air panas ke kepala anaknya sehingga mati. Baru sahaja beliau nak marah; hambanya membaca Ayat "Dan org2 yg menahan marahnya" Maka beliau kata: Aku tahan marahku. Hambnya menyambung ayat tadi "Dan org2 yg memaafkan kesalahan manusia lain" Beliau berkata: Aku Maafkan kamu. Hambanya menghabiskan ayat tadi "dan Allah mengasihi org2 yg melakukan kebaikan."(134: Ali Imran) Beliau berkata: Engkau dibebaskan.

Kelima: Merasai kemanisan Iman.

Nabi s.a.w bersabda: "Seseorang itu akan merasai kemanisan Iman bila dia reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muahmmad sebagi Nabi dan Rasul. (Hr Muslim)
Imam Ibnu hajar mengumpamakan org yg mempunyai hati yg baik sperti org yg sihat yg mana dia merasai kemanisan madu. Adapun org yg mempunyai hati yg sakit seumpama pesakit yg merasai madu itu pahit.


keenam: Sentiasa merasai dekat dgn Tuhan.

Tandanya ialah org yg suka beribadah dan bermunajat dgn tuhannya. Seperti mana Nabi Isa a.s berkata kepada hawariyyin " Banyakkan bercakap dgn tuhan dan sedikitkan bercakap dgn manusia" Mereka bertanya "Bagaimana banyak bercakap dgn tuhan?" Nabi Isa mnejawab "Hendaklah kamu sentiasa bersendirian mengingatinya, bersendirian beribadat kpdnya dan bersendirian bermunajat dgnnya."(Hr Abu Naim dlm kitab Hilyah)


ketujuh: Sentiasa kembali kepada Allah.
Firman Allah:"Maka hendaklah kamu lari menuju kepada Allah...(50: az-Zariat)Firman Allah:"Dan org2 yg apabila mereka melakukan kejahatan atau menzalimi diri mereka sendiri; mereka terus mengingati Allah dan meminta ampun kpd Allah..."(135: Ali Imran)
Dlm keadaan senang dan susah hendaklah kita kembali kepada Allah. Nabi bersabda:"Amat dikagumi keadaan org beriman. Mereka sentiasa dlm kebaikan. Sekiranya mereka mendapat kebaikan mereka akan bersyukur; itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan mereka akan bersabar; itu juga kebaikan bgnya."(hadis sahih)

01 December 2007

reZeKI jAdi LuAs KalAu.......


Saya teringat pesan seorang ustaz yang berjaya. Katanya: "Kalau kau
rasa kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah."

Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah.

Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang.. Kena pulak
sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia.

Alhamdullilah lepasdia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas. Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.


Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih
kenyang dan puas.Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya
kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan
kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan,nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah al-Baqarah, ayat 272).


Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?"Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."


Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda,
"Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."

Nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan Betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa..........
Semoga kita semua mendapat manfaat...insyallah