16 April 2008

pemergianMu......

dari A Samad Said...........

Pada suatu subuh sepi Nabi terasa sakit kepalanya, tapi dirinya cekal,

ke masjid Baginda tuju, di hadapn berdirinya, dan dalam khutbah terlalu sederhana, percikan kata-kata mutiara, irama hati yang sukar dilupakan, Baginda merestui dan memuji pejuang-pejuang di Uhud.

Tapi, sakit terasa bertambah, disembunyikan letihnya, dan pulanglah Nabi ke kediaman Maimunah, di situ,sedang rehatnya damai, demamnya memuncak, tapi sedikit reda, Nabi
meminta dihantar ke rumah 'Aisyah. Damai di bilik, selesa di katil,Baginda sesekali berkata betapa sakitnya.

Amat dikenal ragam Nabi, 'Aisyah tahu resam suaminya, kini memang Nabi sedang sakit, tapi selain kata yang terkadang letih, sakit dan sihat disilih ganti, Nabi tak ingin isterinya gusar, 'Aisyah amat mengerti. Dan tibalah saat yang lemah, kepala Nabi di pangkuan isterinya,
berkata-kata mereka tentang peribadi, berjenaka mesra, Nabi luar biasa,dan sakit itu tetap menjelma.

Dan padadetik lain, teringat 'Aisyah betapa kata Fatimah, ayahnya menceritakan tentang akhirat, yakin dan tenang, dengan bisik dan geletar, sukar diterka sakit atau harunya Baginda.

Khabar pedih tentang Nabi mengocakkan pasukan ke Palestin, dan Usamah, sayang terlalu ke hati, pulang tergesa melawat Nabi di rumah 'Aisyah. Alam sudah amat luar biasa, hampir
setimpal dengan sayang Usamah, dan, Rasulullah s.a.w., berbaring dalam tenang, tidak terakam wajah sesiapa,tidak juga dapat berkata-kata. Hanya tangan diangkat, beralas tangan Baginda dengan Usamah, doa dan restunya tidak terhingga, dikata tanpa bahasa lidah, diucap dari gerak
tangan lemah. Dalam detik lain, setelah diminumkan ubat, bertanyaBaginda kali pertama, tentangnya.

Masih khalayak di keliling katil, 'Aisyah paling hampir dipanggil, dan, dalam bisik, ditanyakan ke mana milik delapan dinarnya, dan dengan tegas, dipinta supaya disedekah. Malam
menjadi lebih bertanya, awan yang ghaib dipercaya ada, langit masih penuh rahsia, dan unggas
yang lena diyakin wujud. Malam lanjut dengan resah, nafas nabi seperti teriring, dan khalayak ketar dan pilu, bauran yang ganjil dalam syahdu.Dan seperti tenang nampaknya Nabi,
suhu badan seperti berkurang, berkat ubat dari Asma', dan Nabi,seperti biasa, pinta ke masjid dirinya.

Dipapah baginda yang lemah, Ali bin Abu Talib amat berhati-hati, dan Fadhl bin al-Abbas sungguh berjaga, dan selamat mereka ke masjid; dan Abu Bakar sedang mengimami solat,
dan berundur ia selangkah, perlahan yang sopan, tapi, Nabi dalam lemah yang syahdu, menyuruhnya meneruskan ibadah. segala diperhatikan Usamah, dan setelah amat yakin ia seperti telah sembuh Baginda, diminta pulang ke Palestin. Dan Nabi membenar semua kembali
bertugas seperti biasa, sementara, dan rahsia, mengerti dan tahu, dikenang dan dikira, bakal akhir hayatnya.

Hari panas ketika itu, mentari mempunyai kisahnya sendiri, dan langit masih penuh rahsia.
Hari panas ketikai tu, alam mempunyai ceritanya sendiri, dan gurun masih penuh rahsia.
Nabi meminta bejana air, diseluk ke air dan diusap wajahnya, berkata tenang datangnya ajal dan rela.Di pangkuan isteri kepalanya, berkata ia sukar diterka, dan tengah hari Rabiulawal tahun 11 hijrah Nabi yang mulia menghembus nafas akhirnya.

Hari panas ketika itu, mentari mempunyai kisahnya sendiri, dan langit masih penuh rahsia.
Hari panas ketika itu, aduh Nabi sudah tiada....................

anda ada dahi??

DAHI LEBAR....... .

Ciri2:saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang .
Faktor2 Best:Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain,berjimat cermat.
Faktor2 kurang : Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT.....
Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kurang : Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan.

DAHI BENTUK HATI.......
Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M'
Faktor2 Best: murah rezeki, kreatif kerana suka berfikir dan berimaginasi.
Faktor2 Kurang : Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia

DAHI JENDOL...... ..
Ciri2: dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best: Bertanggungjawab,rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kurang : kur ang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau bercinta,tak ingat dunia.

DAHI BERSEGI....
Ciri2 :Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kurang : dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu

DAHI SEMPIT....
Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor2 Best: Sangat berdikari,tidak mudah putus asa ,cerdik.
faktor2 kurang : yang nie tak banyak kelemahan... .sukar mencari pasangan hidup.

Terbongkarlah satu rahsia disebalik dahi, nampak gayanya, lepas nie
kenalah cover sikit kalau nak keluar, nanti orang tahu lak rahsia kita!hehe..takderlah..janganlah ambik serius dengan semua benda ni...ia hanyalah satu hiburan orang-orang dulu yang disampaikan dari mulut ke mulut..kita sedia maklum kalau perkaaan dari mulut ni seringkali ada ralatnya..semua hanyalah satu jangkaan yang belum tentu akan kesasihannya..Namun,kita sebagai seorang Muslimah kenalah tau batas-batas aurat seorang wanita....

Walau di mana kita berada,jagalah maruah seorang wanita kerana kehormatan kita terlalu tinggi nilainya...

13 April 2008

kawan sejati...

sungguh saya terharu melihat video ini dimana kasih sayang seorang sahabat yang tidak berbelah bahagi terhadap rakan sebiliknya hanya menjadi bahan ejekan sang sahabt yang tidak tahu menghargai erti sebuah persahabatan sejati...

saya bertanya pada diri saya sendiri"adakah saya boleh bertahan dan terus berlapang dada apabila perbuatan baik saya hanya dipandang sinis dan tidak dihiraukan oleh sahabat saya sendiri?'Mungkin pada mulanya saya boleh bersabar,namun pada hakikatnya kesabaran seseorang manusia itu ada tahap-tahap tertentu...kesabaran saya tidaklah setabah hati kawan di dalam video ini..

Namun,sikap sebeginilah yang patut kita contohi dan praktikkan dalam kehidupan seharian kita...bukan mudah mencari teman sejati,teman yang sanggup berkongsi suka dan duka dengan kita..

hayatilah klip video ini...moga kita semua mendapat sesuatu daripadanya..insyallah..