16 April 2010

ayah menjadi himar..


Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.

“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. “Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja.”

Saya ada alasan tersendiri,” jawab pemuda itu. “Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?

“Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, “Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?”

“Maka saya menjawab, “Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?”

“Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.

“Engkau siapa?” tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu.

“Saya yang terpilih (Muhammad).”

“Saya lantas memegang jarinya dan berkata, “Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?”

“Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat.

“Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.”

P/s:walaupun tidak dapat memastikan kesasihan cerita ni tapi apa yang baik ambillah dan apa yang kurang baik kita jauhi..Pengajaran kat sini,jgn la kita memakan harta riba kerana sesungguhnya Allah x redha dengan perbuatan itu...sama2 muhasabah diri kita ya..

21 January 2010

You born Muslims, sold your Deen and we bought it from you!






This is a  story of a Niqabi sister in France

After picking groceries in the supermarket, the Niqabi sister stood in the line to pay. After few minutes, her turn came up at the checkout counter.

The checkout girl who was non Hijabi Arab Muslim girl started to scan the items of the Niqabi sister one buy one and then she looked at her with arrogance and said :”we have in France many problems... your Niqab is one of them!! We, immigrants, are here for trade and not to show our Deen or history! If you want to practice your Deen and wear Niqab then go back to your Arab country and do whatever you want!!” 



The Niqabi sister stopped putting her grocery in the bag and took off her Niqab…The checkout girl was in total shock! The Niqabi girl who was blond with blue eyes told her:”I am a French girl, not an Arab immigrant! This is my country and THIS IS MY ISLAM!! You born Muslims sold your Deen and we bought it from you!”
end of story
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



This is a fact! Many revert Muslims have stronger faith than born Muslims! Why this happened?From my point of view, i think it's because we MUSLIM didn't really hold ISLAM in our heart.We were just borned in the Muslim family and we practiced what we need to practice in spite we didn't know why we do it.We are Muslim only by name and not in our heart.We were just followed but we not tried to believe in it.


If I asked,did u know why we need to pray 5 times per day?what will you say?Is it because other Muslims also prayed and it will look bad if you are not doing it or because you want to get praise from others or because you think you just do it as a daily life routine .Shame on you if you really think like that.That's why you can't feel the nikmah of praying because u didn't put your sincerity and love in it.


Just like wearing a hijab-some of Muslimah didn't want to wear it and come out with many reasons.Some of them said,"alaaaa....please not judge us by our hijab...Not all the girls that wear hijab are good,maybe worse than us laa..."That's because they didn't see why ISLAM made women to wear hijab.


I hope we Muslim can be more like a thinker,searcher and not just a follower.We need to understand why ISLAM asked us to do certain things and prohibited certain things until then we will be a good MUSLIM believer insyallah...



09 December 2009

korban kita korban mereka...






Apakah yang kawan 2 akan jawab apabila saya menanyakan apakah yang telah terjadi pada 19 Disember 2007 atau dalam calendar hijrahnya 10 Zulhijjah 1423 H dan apakah kepentingannya hari ini kepada umat Islam?

Jeng..jeng…jeng….

Tak ingat ker??ala….takkan la tak ingat…piker dulu betul2…jangan cepat mengalah..emmmm…x tau jugak…okla..ok..saya bagitau k…

kalau nak tahu,sebenarnya hari yang tersangat istimewa ini adalah hari yang memperingatkan kita kembali kepada kisah sebuah pengorbanan ayah yang sanggup mengorbankan anaknya demi ketaatannya kepada Allah dan cerita ini tidak lain tidak bukan adalah berkaitan dengan pengorbanan nabi Allah,Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.Selain itu,hari ini juga menjadi symbol perpaduan ummah yang jitu apabila setiap tahun umat Islam akan berhimpun di Mekah untuk menunaikan ibadat haji.


Dah dapat dah klu sikit??tak dapat jugak….ala…jangan sedih…saya bagitau k…

Hari itu ialah HARI RAYA AIDILADHA atau HARI RAYA HAJI atau HARI RAYA KORBAN mengikut sesetengah orang..

Kalau raya kat Mesir ni.hari raya aidiladha memang meriah,lebih meriah dari hari raya aidilfitri.Kalau kat Malaysia,mestila terbalik(hari raya aidilfitri lebih meriah dari hari raya aidiladha).Hari raya aidilfitri meraikan kemenangan kita setelah mengakhiri puasa selama 30 hari(lebih kurang) manakala hari raya aidiladha adalah tanda peringatan semula kepada kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail di samping tanda kesyukuran untuk para jemaah haji kerana dapat menunaikan rukun Islam yang ke-5.

Semalam kami serumah sibuk menyediakan sedikit kuih muih untuk jamuan yang akan diadakan di dewan esok pagi(akhawat sahaja).Namun,saya tidak lupa pesan seorang rakan jangan terlalu menyibukkan diri dengan hal2 duniawi pada malam raya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."
tengok apa tu semua??

Pada pagi esoknya kawan2 dan saya berkumpul di dewan setelah menunaikan solat sunat raya.Program dimulai tepat pukul 8 pagi yang bertemakan KORBAN KITA KORBAN MEREKA.Program dimulakan oleh saudari pengerusi majlis dengan tayangan slide show khas untuk akak senior tahun 6 yang akan mengakhiri tahun mereka.

Sesungguhnya pengorbanan akak2 memang tidak terbalas.Betapa besarnya pengorbanan mereka dalam menguruskan kehidupan kami kepada yang lebih baik sejak mula2 datang sehinggalah sekarang.slide show yang menyayat hati itu menyaksikan jatuhnya air mata dari kami(termasuklah saya)…Sayunya hati apabila memikirkan mungkin ini kali terakhir dapat menyambut hari raya dengan mereka semua…

program diselang selikan dengan persembahan dan cabutan bertuah.Saya dan kawan yang mewakili Lec A mempersembahkan sebuah "choral speaking"yang mostly dalam bahasa melayu.Saya berlatih sampai sakit kerongkong..(xper2..semangat2..hehe).


Ada juga pertandingan "BOMM""bomm"..ada 24 meja bererti ada 24 kumpulan yang akan bertanding mengebomm meja lain dan meja itu akan menyanyikan lagu raya(tapi lagu yang dah nyanyi takleh ulang balik...susah..susah...)dan apa yang tak sangka,meja saya dan ahli beit dapat meneruskan prjuangan namun kalah di saat akhir dengan hanya menggondol tempat ke-2..ishhh..rasa ak puas ati betul.


NAMUN....


Sedang kami bergembira sakan itu,bersesuaian dengan tema KORBAN KITA KORBAN MEREKA,kami diingatkan kembali supaya tidak lupa dengan nasib masyarakat Islam di luar sana yang ditindas sewenang-wenangnya oleh orang2 yang zalim dan tidak berperikemanusiaan..Sesungguhnya mereka sanggup berkorban diri untuk mempertahankan tanah air mereka..Besar sunggguh pengorbanan mereka..

Kemudian…

Saya tanya pada diri apakah pengorbanan yang telah saya lakukan??apakah rasa tadhiyah dalam diri ini sungguh kurang berbanding mereka?lalu,saya berfikir…mungkin cara saya berkorban berlainan dari mereka(namun tiadala sebesar mereka yang sanggup korban harta dan nyawa)..betapa kerdilnya diri saya ini…


Apabila bandingkan KORBAN SAYA dengan KORBAN MEREKA,sungguh jauh jaraknya…dan ini membuatkan saya sedar sendiri…bersyukurlah dengan apa yang kita sudah ada..jangan merungut jika tidak memperoleh sesuatu yang kita mahu dan jangan tamak haloba meminta sesuatu secara berlebihan kerana ukurlah apakah yang telah kita korbankan sepanjang kita hidup di dunia ini…..

Wassalam….