06 November 2010

duhai hati..


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?

Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.

Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?

Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?

Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.

Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?

Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?

Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?

Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...


from iluvislam..

06 October 2010

haji mabrur..


Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?”

Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.”

Lalu ia bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima ?”

Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.”

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, “Muwaffaq.”

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?”

Jawab Muwaffaq, “Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, “Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu.”

Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

“Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, “Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga.”
Jawab Rasulullah, “Jadilah kamu orang yang baik.”
Orang itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?”
Jawab Rasulullah, “Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat.”

19 August 2010

buat kaum hawa..












Buat renungan bersama....


Perkara Yang dibenci ALLAH S.W.T Pada Golongan WANITA yang :

1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman: "Hiduplah dengan apa yang kau suka"

2. Allah melaknat wanita yg sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yg bukan muhrim. 

3. Perempuan yg memakai kain yg nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan kegairahan kepada lelaki selain suaminya maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4. Seorang wanita yg jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yg jahat. 

WANITA yg DIMURKAI OLEH ALLLAH S.W.T

Sebagaimana Allah suka dengan wanita yg solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita.

Oleh kerana itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yg boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya kita terhindar dari kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan para Nabi pun sangat takut, bahkan Nabi Ibrahim a.s pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama Nabi Ismail a.s kerana ketakutan yg amat sangat.

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Seorang wanita yg berkata kepada suaminya 'semoga engkau mendapat kutukan Allah' maka wanita itu dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke-7 & dikutuk pula oleh segala yg diciptakan oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin." [Hadith Riwayat Muslim]

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Seseorang yg membuat susah lepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yg suaminya tidak mampu maka Allah S.W.T tidak akan menerima amalannya yg wajib & sunat." [Hadith Riwayat Muslim]

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud :"Kalau seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya dan kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh : "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka terhapuslah semua amal kebaikannya. 

Rasulullah S.A.W adalah seorang yg sangat kasih pada umatnya dan terlalu risaukan keselamatan kita dari azab Allah S.W.T . Baginda S.A.W telah menghadapi pelbagai penderitaan, kesakitan,keletihan & tekanan begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka kita sendiri perlu berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga & sesama umat islam.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Diantara yg termasuk ahli neraka ialah wanita yg berpakaian tetapi telanjang yg berjalan dengan lenggang lenggok untuk mengoda dan di kagumi. Dikepala mereka terdapat bonggolan seperti bonggol unta yg lemah gemalai. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium harumannya.” [Hadith Riwayat Muslim]