22 February 2012

tips taknak mengantuk dalam kelas..



Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Saya yakin kebanyakan mereka
tidak berniat pun untuk tidur, cuma..ntah la..kita memang senang terlelap dalam bilik
kuliah.Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan.

Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku? Saya sebenarnya tidak layak langsung nak cakap bab ni, sebab  saya selalu jugak tertido dalam kuliah. Bukan sebab saya tak cukup tidur. Bukan sebab saya malas, tapi....mungkin sebab keadaan terlalu senyap, subjek susah sangat nak faham dan bosan.

Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:

1. Sila BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture start jer,makan
sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan
susah nak ngantuk.Amalan ini saya telah praktikkan kepada seorang kawan saya yang mudah sangat mengantuk.Lecturer baru start mengajar kat depan,dia dah menguap. Saya fikir punya fikir, lantas untuk kelas seterusnya sy pun beli chewing gum yang bewarna warni khas untuk dia,memang berkesan usaha ni. Dia dah tak ngantuk malah lebih bersemangat lagi.Betul atau tidak anda kena cuba sendiri..hehe

2. bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen
kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum
air,bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa
ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin
bawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dah..dah..jangan
malu. Beli botol air yang cantik,letak dalam beg. OK?

3. Bila ngantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila
keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!!bukan untuk balik umah atau tido, tapi
untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni.

4. kalau ngantuk  lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas,suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat,jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.


cukuplah 4 TIPS. simple, bawak chewing gum, ataupun bawak air, or basuh je muka bila ngantuk or kalau dah miskin dan papa kedana sangat, mintalah kawan urutkan. OK. Selamat mencuba.

07 January 2012

7 kebahagiaan dalam hidup


Bersyukur kerana masih dipanjangkan hayat usia kita. Hari ini, sebagaimana yang anda juga tahu adalah penghulu segala hari. Banyak keberkatan yang ada pada hari ini. Baiklah, mengambil berkat hari Jumaat, satu ilmu yang cuba untuk aku kongsikan ini adalah berkenaan dengan kebahagian hidup. Semua manusia inginkan kebahagian dalam hidup. Namun apakah kebahagian yang kita kecapi hari ini menepati ciri2 kebahagian hidup yang dituntut oleh agama kita??

PERTAMA : pasangan hidup yang soleh. Sebabnya sudah tentulah sifat solehnya itu akan mewujudkan suasana aman tenteram dalam rumah kita sekaligus menciptakan keluarga yang soleh. “Solehkah kita untuk pasangan kita? Persoalan tu macam kena kat batang hidung aku sendiri. Anda, bagaimana? Saya pasti anda soleh untuk pasangan anda…”

KEDUA : Kebahagian yang dituntut adalah memiliki qalbu yang yang sentiasa mensyukuri. Mensyukuri nikmat yang diperoleh dan redha dengan segala apa ujian dan musibah daripada Yang Mencipta. Jika sifat ini ada dalam diri kita, nescaya kita mudah memahami sifat2 ALLAH.

KETIGA : Memiliki usia yang berkat. Semakin alam kubur memanggil kita semakin banyak amal yang kita lakukan. Semakin banyak amal yang kita lakukan semakin rindu kita untuk bertemu denganNYA. Memetik bait indah dalam lagu “Sepohon Kayu”

“….. walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya”

KEEMPAT : Iaitu memiliki anak yang soleh dan solehah. Amal ibadah kita seharian adakah mencukupi untuk membalas cinta ibu bapa kita? sememangnya kita sendiri dituntut dan dipertanggungjawab kepada ibu bapa kita untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Sebagaimana yang anda tahu, doa anak2 yang soleh dimakbulkan ALLAH.

KELIMA : Berada dalam ruang lingkup rakan-rakan yang mampu menambahkan keimanan kita dan bukannya yang merosakkan jiwa dan pegangan agama kita. Rasulullah sendiri menganjurkan kita agar selalu berdamping dengan orang2 yang soleh.

KEENAM : Sentiasa terangsang untuk mendalami ilmu-ilmu Allah. Membezakan antara seseorang adalah ilmu yang dimiliki. Ilmu itu pula seharusnya diamalkan dan dikongsi bersama bukannya diRAHSIAkan.

KETUJUH : Memiliki harta yang halal. Tiada guna jika harta yang bertimbun tetapi datangnya dari sumber yang haram dan berbahagilah anda dengan harta yang sedikit tetapi dari sumber yang halal. namun begitu, tidak beerti Islam melarang umatnya daripada mengejar kekayaan. Orang yang memiliki harta yang halal, doanya mudah dimakbulkan

23 November 2011

oh wanita..


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.