14 August 2012

update LE FOr GazA

alhamdulillah...alhamdulillah....

sungguh segala puji itu hanya bagi ALLAH..
siapa sangka dalam kerisauan saya tentang kutipan derma LE FOR GAZA ini,ALLAH banyak membuka hati pelajar2 Alex untuk menderma seikhlas mungkin.
Sebelum ni,hati pernah berkata mungkinkah upaya untuk mendapatkan lebih dari LE 5000 memandangkan x ramai pelajar yang masih tinggal di Alex-rata2 dah balik Malaysia.
Tapi kuasa ALLAH,siapa yang dapat melawannya...
kutipan lebih daripada target.
akhir kutipan derma hari ini berjumlah LE 10082...
alhamdulillah....alhamdulillah....
syukur pada Allah yang maha kuasa..

semoga ALLAH memberkati hidup setiap penderma yang ikhlas menderma untuk LE FOR GAZA...=)


"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."

surah al Baqarah:262





06 August 2012

LE FoR GaZA

Assalamualaikum..

pagi tadi,tiba2 timbalan ketua PCI telefon meminta tolong dari saya untuk menjadi wakil kutipan derma untuk palestin"LE FOR GAZA".Pada mulanya terasa berat untuk terima tanggungjawab tu memandangkan saya masih ada kelas,nak kemas kotak kargo n nak beli barang2 untuk letak dalam kargo lagi.Tapi,alhamdulillah ALLAH memberi saya peluang untuk membuat kebaikan maka akhirnya mulut saya menyatakan"OK!insyallah akak usaha"



dalam hati kata...macam banyak sikit halangan untuk derma kali ini..sebabnya:
1)kebanyakan student alex dah balik malaysia-yang tinggal tahun 5 dan 6 serta beberapa kerat dari tahun 
   yang lain.
2)tahun 5 pulak 7hb tu last exam diorang n ramai da start balik malaysia esok dan hari seterusnya
3)kami tahun 6-masih ada di Mesir untuk pre internship training tapi dipecahkan kepada grup2 kecil yang 
    memang susah untuk berjumpa dengan antara satu sama lain.
4)saya juga dalam kekalutan mengemas buku2 serta barang2 untuk dimasukkan dalam kotak kargo untuk 
  dihantar ke Malaysia.


Dalam kekalutan,saya berjaya juga mengiklankan kutipan derma ini dalam group batch dan laman FB
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alangkah bertuahnya kita diberi kehidupan yang aman,tenang dan bahagia serta kesihatan yang baik sehingga kini.Tapi,dalam masa yang sama ada saudara2 seislam kita hidup dalam kemelaratan,kebuluran dan penuh kesusahan.Jadi,PERUBATAN mengambil inisiatif dengan melancarkan derma "LE FOR GAZA" dengan harapan sumbangan kita ini walaupun sedikit dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban mereka...insyallah.

Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai.pada tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(surah al Baqarah:261)
memang kita banyak guna duit sekarang ni...duit kargo lagi,tiket flight lagi, beli barang2 nak bawa balik malaysia lagi..tapi tu bukan penghalang untuk kita tidak membantu orang lain yang dalam kesusahan...

mari kita hayati firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 265:

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk meneguhkan jiwa mereka adalah seperti sebuah kebun di dataran yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan."

rezeki itu milik Allah..jom pakat2 menderma!!


Moga Allah permudahkan urusan saya dan membuka hati semua pelajar Alex untuk membantu saudara-saudara se-Islam kami di Gaza,Palestin.

29 July 2012

final paper as a medical student..

6 tahun...
serasa masa itu seakan lama...
realitinya, sungguh kejap masa berlalu....
tanpa sedar usiaku juga menginjak laju...
meniti hari2 yang penuh liku..

kaki ini perlu terus melangkah..
walau tidak pasti apa yang bakal muncul di hadapan..
jiwa ini perlu terus bersemangat...
kerana perjuangan ini bukan hanya berakhir di sini...
masih banyak ilmu yang perlu ditimba..
masih banyak pengalaman yang perlu dicari...
masih banyak cerita yang perlu diterokai..

 perjuangan yang sebenar bakal bermula..
perjuangan yang menuntut kekuatan yang lebih utuh..
perjuangan yang bakal menguji seluruh jiwa dan raga...
perjuangan yang mungkin diselangi air mata..
perjuangan yang banyak meruntun hati doktor2 muda...


moga kita terus tabah dan kuatkan hati...
moga kita menjadi penawar duka sang pesakit..
moga kita menjadi perawat setia..
bukan hanya anggota tapi hati mereka juga...

menjadi yang "istimewa" itu bukannya mudah...
tapi,bukankah itu pilihan kita?


Alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah.....


tadi berakhirlah sudah paper yang terakhir-YA!!!!yang terakhir sebagai seorang pelajar perubatan...tiada lagi exam selepas ini(kecuali kalau x lulus).insyallah,berdoa moga semua rakan2 saya termasuklah diri saya lulus dengan cemerlang dan dapat grad dgn hati yang senang...

Tiada kata dapat diungkap betapa lega seluruh hati dan minda apabila terlepas satu beban yang dirasa amat berat...Exam kali ni memang berat,sebab banyak sgt buku kena baca..Tapi,alhamdulillah dapat juga lalui saat2 kesukaran ini dan akhirnya Allah kurniakan ketenangan yang sangat bermakna..


"maka sesunguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(surah Asy-Syarh:5-6)


Sungguh perjuangan ini masib belum berakhir.Masih banyak ilmu yang perlu dikutip.Masih banyak pengalaman yang perlu dicari.Menjadi doktor bukan pekerjaan yang mudah seperti yang kita fikirkan.Pekerjaan ini adalah satu ibadah dan pekerjaan ini memerlukan komitmen yang tinggi serta kesabaran yang jitu dari kita.

Kita bukan sahaja perlu merawat tubuh badan seseorang,tapi kita juga perlu merawat hati2 mereka.Tambah2 lagi dengan suasana masyarakat Malaysia yang kucar kacir..insyallah..Moga Allah memberkati perjuangan ini!!
Moga kaki ini terus kuat melangkah ke hadapan!!!


doakan saya dan rakan2 seperjuangan saya...(^.^)