10 December 2007

adakah anda menghargai emas??

sedang saya termenung sambil fikiran melayang-layang...

ermmm....sedar tak sedar dah dua kali saya menempuh musim winter disini...cepatnya masa berlalu,terus bergerak pantas tanpa saya sedari,masa yang berlalu tak mungkin akan kembali lagi dan saya terus teringat surah al asr :



وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)

walaupun surah ini pendek,mencakupi 3 ayat sahaja namun cukup memberi sebuah peringatan kepada muslimin muslimat seluruhnya tentang kepentingan masa.Manusia sentiasa alpa dan lalai dengan kehidupan dunia sehingga tidak sedar masa usia mereka dihabiskan dengan kehidupan duiawi yang semestinya tidak akan kekal selamanya.


Jika al-Quran itu seperti satu pokok besar,maka surah ini seperti biji benihnya dan semestinya biji benih yang mengandungi segala nutrient yang diperlukan oleh sepohon pokok akan menjadikan pokok itu tumbuh dengan suburnya.Surah al asr mengandungi segala keperluan yang diperlukan oleh Al Quran yang suci.Bagi saya,surah ini komprehensif di mana ia senang dibaca dan senang diingat namun amat mendalam maksudnya.

Apabila saya ulang-ulang lagi membaca surah ini sesungguhnya surah ini cukup bermakna dan sekiranya dipraktikkan tentulah kita akan menjadi seorang individu yang sistematik,menepati janji dan tidak membuaang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

saya ingin membuat satu situasi di sini,contohnya apabila kita berjanji dengan sahabat kita untuk bertemu di satu tempat untuk berdiskusi contohnya sekiranya kita seorang yang tidak menghiraukan akan kepentingan masa,sekaligus kita terlupa pada pertemuan yang telah dijanjikan kerana lalai bermain game atau menonton televisyen tanpa kita sedari jarum masa bergerak melewati masa pertemuan kita.Maka,jadilah kita seorang yang tidak menepati janji,malah sikap ini boleh merosakkan hubungan persaudaraan sendiri.


jadi,sahabat-sahabat semua hargailah masa dengan sebaiknya.Janganlah menyesal di kemudian hari mengingatkan waktu yang telah pergi dan takkan kembali lagi ke pangkuan anda.

"masa itu emas".Namun semestinya masa itu tidak boleh dibandingkan walau dengan segnung emas,Perbandingan di sini hanya untuk menunjukkan bahawa masa itu amat berharga seperti emas.Jika anda sayangkan emas(sekiranya),maka anda juga patut mempunya rasa sayang pada masa.. ....mari kita bersama-sama menjadi individu yang menghargai masa..insyallah..


No comments: