Nun di atas sebuah pohon, tinggal seekor beluncas yang sedang sibuk membuntal dan menggondel tubuhnya yang sudah bulat itu dengan dedaun hijau yang segar. Tidak jauh dari situ, sekawanan semut pula sibuk memantau makanan untuk dibawa segera ke koloni. Kelibat beluncas oleh kumpulan semut menjadi hibur hati-hati semut ini.
Si beluncas mengengsot-engsotkan badannya, namun kerana terlalu berat untuk menampungnya, maka kerap ia tergolek-golek. Tergolek-golek di atas pentas daun. Terbahak-bahak kumpulan semut melihat gelagat beluncas. Hilang sudah lelah dan resah mencari rezeki melihat hiburan yang disajikan. Gemuruh tepukan semut kepada si beluncas. Si beluncas terkejut melihat riuh-rendah kawanan semut ke atas dirinya. Rasa takut mula menguasai diri. Di kelilingnya dia lihat kawanan semut dengan jumlah yang ramai. Anehnya, dia melihat kawanan semut seolah-olah tersenyum kepadanya. Takut tadi mulai pudar dan kini timbul tanda tanya akan reaksi semut ke atasnya.
Semut-semut tadi yang masih lagi merasa lucu dengan aksi beluncas yang mereka anggap sebagai gurauan dan hiburan maka senyum mereka makin melebar. Akhirnya mereka mula rapat kepada beluncas. Disampaikan kehendak dari hati mereka bahawa mereka ingin meminta khidmat beluncas untuk beraksi dan berlakon dengan lawak-lawak lucu dan aksi gelagat yang menggembirakan hati mereka di sarang mereka. Tanpa memikirkan keputusan Permaisuri dan juga pendapat pembesar-pembesar semut yang tinggal di sarang, mereka dengan melulu terus mengambil keputusan untuk menawarkan khidmat kerja pada si beluncas.
Dari hati kecil, namun dengan jiwa yang besar, si beluncas sudah mula menyusun strategi. Dari pinggir senyumannya yang hanya dibuat-buat sudah tergambar dalam rakaman mindanya akan rencana iblis untuk mendajjalkan golongan semut ini. Tersenyum puas beluncas dengan rancangan yang sudah difikirkannya.
Si beluncas lantas setuju dengan tawaran semut-semut itu. Namun, segera si beluncas menetapkan syarat-syarat kepada si semut itu. Syarat-syaratnya berbunyi seperti ini, ”Wahai semut-semut sekalian. Aku setuju dengan tawaran mu, namun ada beberapa syarat yang aku mahu kamu semua laksanakan sebelum aku mulakan kerjaku untuk menghiburkan kalian.”
”Pertama, kerana kamu akan membawaku kembali ke sarangmu di atas tanah, maka aku akan jauh dari sumber kelazatanku. Aku mahu kamu sediakan gudang yang setiap masa akan dipenuhi dengan daun-daun hijau yang segar buat santapanku.”
”Keduanya, aku mahu kamu semua berikrar bahawa kamu akan menjaga hal ehwalku dan mengutamakan aku dalam segala perkara termasuklah tadi dalam aspek makanan hinggalah aspek keselamatan, di mana kamu akan mengikut kemahuan dan arahanku lebih dari yang lain, hatta Permaisuri kamu jua.”
Semut-semut tadi kerana terlalu asyik dan hibur dengan aksi beluncas segera bersetuju. Mereka tak dapat bayangkan diri mereka terasing dan hilang sumber hiburan yang mereka rasakan adalah satu-satunya tujuan mereka untuk terus hidup. Terasa seolah-olah tanpa hiburan dari beluncas, maka tiada gunalah erti hidup. Membungkam hati mereka terbayang sejenak hidup mereka tanpa kehadiran lucu beluncas dalam diari hidup mereka.
Walau ada di kalangan golongan semut-semut itu yang masih sedar akan bahaya syarat-syarat beluncas, namun mereka merasakan bahawa tiada gunanya untuk melawan suara majoriti. Mereka juga dengan angkuh merasa bahawa rakan-rakan mereka yang menyokong pasti akan menyesal. Waima begitu, tiada usaha untuk mereka menghalang dengan suara apatah lagi dengan tenaga mereka. Mereka sendiri tidak merasakan mereka akan berputih mata. Malah ada yang mula merasa bibit akan kehangatan aura hiburan yang bakal dibawa oleh beluncas. Mereka mula membayangkan pesona maya yang fana. Mereka mula mengharap akan secebis racun dunia yang berkiaskan madu, juga mengharapkan bunga mekar yang diranjaui duri-duri.
Segera mereka menggendong beluncas ke sarang mereka. Seolah-olah sambutan seorang artis yang cukup terkenal lagaknya disajikan pada beluncas. Tiba di sarang, ketibaan si beluncas disambut dengan atma bercampur baur. Golongan yang faqih dan faham menolak sekeras-kerasnya akan tindakan golongan muda. Namun, kerana kerana tiada upayanya mereka mengahalang, maka beluncas diarak dangan penuh gemilang di seluruh arena koloni. Habis perarakan, si beluncas lantas mempertonton aksinya di hadapan kalangan semut-semut. Gegak gempita seluruh koloni dengan tawa riang dan lucu semut-semut itu.
Mereka seolah-olah merasakan bahawa dunia itulah segala-galanya. Itulah puncak kebahagiaan rasanya, puncak ekstasi dan terasa seolah-olah mereka mengecapi utopia yang cukup sempurna. Mereka lupa segala-galanya ketika menikmati sajian hiburan si beluncas. Tiada lagi batas-batas, basa basi yang mereka selalu tekankan. Golongan yang faham tidak mampu berbuat apa-apa. Ada yang cuba menegah, sedihnya sangat sedikit bilangan mereka ini. Mereka dituduh jumud, dicaci malah dihina oleh rata-rata semut yang lain. Ada juga golongan yang faham ini yang hanya berpeluk tubuh. Mereka hanya senyum sumbing, dan di dalam hati tiada rasa sedih atau sesal. Mereka rasa cukup hanya dengan menjaga diri mereka dan keluarga mereka yang terdekat. Mereka merasakan golongan yang lain sudah terlalu jauh dan mereka rasa tiada kuasa untuk memulihkan keadaannya.
Rutin-rutin harian semut-semut ini sibuk digelumang dengan dansa dan canda hiburan. Mereka makin kurang bekerja dan lebih mengutamakan hiburan yang dipersembah beluncas. Tiada lagi usaha untuk mencari makanan yang lebih buat hari-hari yang bakal susah mendatang.
Si beluncas, kian hari makin bulat dengan sajian makanan dari semut-semut ini. Tiada pernah semut-semut ini mengabaikan akan keperluan beluncas ini. Memang sejak dari hari pertama, sikap mereka tak ubah seperti hamba kepada tuan beluncas. Malah, keperluan anak-anak semut sendiri tidak dijaga sebegini rapi. Ada yang terus meninggalkan tugas untuk memberi makanan kepada anak-anak di koloni. Mereka hanyut ditelan gelombang nafsu. Hanya hiburan beluncas yang utama dihati.
Suatu pagi yang hening, terasa seolah-olah sangat terik. Semut-semut yang malam sebelumnya asyik dengan hiburan, walau letih malah terjaga dengan keadaan yang sangat panas. Sekonyong-konyong keluar sahaja dari sarang mereka terkejut dengan keadaan persekitaran. Api yang marak menjilat hampir semua pohon-pohon di hutan. Anehnya, rata-rata semut tidak berasa apa-apa. Seolah-olah mereka terasa masih berada dalam lambaian mimpi. Tidak secebis rasa takut atau risau terpalit di hati semut-semut.
Akhirnya golongan cerdik pandai bersuara. ”Oh, tidak! Habislah kita! Bagaimana dengan sumber makanan kita? Ni suatu ujian yang sangat besar.” Namun kata-kata mereka yang berpengalaman itu tidak diambil endah oleh golongan yang lain.
Keesokan harinya, barulah mereka terasa akan bahang besar ujian yang melanda. Walau jauh telah mereka terokai, namun kelibat pohon hijau yang segar tiada kelihatan. Mereka mula berpinar-pinar dengan limbasan pohon-pohon rentung tidak kurang juga oleh panahan terik sang suria. Fatamorgana bergenang-genang di kaca mata mereka. Mereka berlari-larian ke arah pelbagai arah seolah-olah tanpa arah tujuan. Disiplin yang mereka amalkan sebagai suatu kumpulan yang utuh dahulu bercerai berai dengan begitu mudah. Setelah sehari suntuk berusaha mendapatkan makanan, dengan longlai kekecewaan, mereka mengatur langkah pulang ke sarang.
Tiba di sarang, mereka dengan rasa lemah, terus ke pentas hiburan. Namun, ketibaan mereka tidak disambut dengan meriah oleh si beluncas. Dengan rengusan, si beluncas terus meminta hak makanannya. Golongan semut tidak mampu berkata apa-apa. Tiada helah yang mampu dibicara. Dengan ulitan senyuman yang disembunyikan dari pandangan semut-semut, beluncas memulakan bicara makar besarnya.
”Ah, aku tak peduli kamu tidak mampu mencari makanan. Bukankah kita telah menandatangani perjanjian bahawa kamu akan menyediakan bekalan makanan yang tidak akan putus, dan juga berikrar akan memenuhi hak-hak keselamatan aku. Nah, sekarang aku nak makan. Aku tidak peduli apa ikhtiar kamu.”
Semut-semut mula resah yang tidak keruan. Perit hati gagal mencari sumber makanan belum lagi mengurang, sekarang ditambah luka tiadanya hiburan buat penglipur lara.
Beluncas tersenyum nipis, ”Mudah saja. Bukankah kamu masih ada banyak pulpa-pulpa. Tidak kamu perlu khuatir. Aku sanggup-sanggup sahaja.”
Terkejut semut-semut mendengar kata-kata si beluncas. Terdengar suara-suara yang amat marah. Tetapi, rata-ratanya merasa seolah-olah betul apa yang dinyatakan oleh si beluncas. Kerana terasa sempitnya benak dan juga kerana terasa sukaranya untuk menempuh ujian, majoritinya bersetuju sebulat suara. Mereka merasakan cukup sekadar melepaskan beban di hati. Hiburan itu satu penyembuh yang mampu mengubat apa sahaja simptom-simptom. Inilah jalan yang mereka rasa mudah untuk diambail. Ya. Satu-satunya jalan keluar yang mudah dari perasaan murung yang menyelubungi mereka.
Lantas, pekerja-pekerja semut menggendong telur-telur yang selama ini disimpan dengan baik ke penghadapan si beluncas. Walau tiada setuju golongan cerdik pandai yang selama ini dihormati. Mereka kali ini tidak ubah diperhati seperti penyibuk, malah ada yang memandang dan juga memperlaku mereka seperti bajingan-bajingan yang jelik mata memandang. Dengan rakus, si beluncas terus menyantap sajiannya. Terasa begitu enak sekali hidangan kali ini. Nafsu makannya membuak-buak. Satu demi satu hidangan yang dihadapkan di depan mata disumbat dengan gelojoh ke dalam kantung perutnya.
Semut-semut semua tanpa terdetik apa-apa menunggu dengan penuh sabar akan si beluncas. Lipur lara yang dipersembah adalah yang terutama. Mereka seolah-olah buta hati. Atma tiada upaya untuk berfungsi selancarnya. Buta mata atau buta hati...
Cukup sekadar itu, ditamatkan penceritaan kisah dua makhluk ini. Memang diyakini pasti ada yang merasakan bahawa cerita-cerita ini hanya satu rekaan yang tidak mungkin berlaku. Sebenarnya, hubungann antara dua makhluk ini secara fitrah biologinya memang ada yang terjalin seperti ini. Mungkin tidak secara dramatis seperti yang digambarkan. Beluncas memang diminati oleh sejenis kumpulan semut. Rembesan dari badannya berupa sejenis gula memang dicari-cari oleh semut ini. Sebagai balasannya, semut-semut ini akan membawa beluncas pulang ke sarang untuk menjaga dan melindunginya. Si beluncas juga akan menghasilkan getaran atau vibrasi yang yang disalaherti oleh semut bahawa ia adalah signal dari golongan semut lain yang hasil terjemahannya ialah membawa pulpa semut kepada beluncas. Dan ya. Memang benar! Si beluncas memang akan diberi makan pulpa semut itu..
Sebagai makhluk Allah, sebagai insan, anugerah akal untuk memperhati dan mengambil pengajaran akan ciptaan dan kejadian alam adalah suatu kewajipan. Apatah lagi seruan ini memang wajib diamalkan oleh golongan yang beriman.
Ingin dibawa analogi akan si beluncas seperti regim zionis yang zalim dan juga musuh-musuh islam yang lain. Semut-semut pula tidak ubah gelagat dengan ummat islam yang bertaburan dengan jumlah yang sangat besar di seluruh dunia. Simile ini mungkin kebetulan dan mungkin juga Allah ciptakan untuk kita fikirkan. Tidak cukup setakat itu, untuk kita cernakan dan akhirnya terjemahan amal yang akan kelak dihitung. Terserah pada pembaca untuk mengekstrak pengajaran. Mungkin banyak yang bakal diperoleh. Terasa ingin diri melontar persoalan-persoalan ini, kerana hati manusia itu susah untuk disentuh. Walau di kaca mata sendiri melihat kekejaman musuh islam di seluruh dunia, namun tidak pernah tercuit akan sedikit. Jika ada, mungkin tiadanya tindakan yang menyusul. Harapan adalah moga kita berusaha membaiki segala-galanya. Insya Allah...

1 comment:
nice piece... :)
Post a Comment