18 April 2008

resultku...

hari rabu-16 april 2008...hari yang penuh dengan kegembiraan..

hari pembebasan setelah bertungkus lumus untuk MID SEM EXAM bagi sem 2 ni...alhamdulillah...rasa lega yang teramat sangat....bukan apa...macam terlepas satu beban dari pundak kepala ni...blaja medic ni adalah satu tanggungjawab yang mesti saya laksanakan dengan sepenuh hati..bukan main2..bukan jua hanya satu jalan untuk saya mencapai impian saya selama ini..

hari rabu...hari penuh kejutan juga..

setelah balik dari Mansyiyyah bersama ahli beit,saya terpaksa menanti di CC(Convention Centre..Kebetulannya ada kelas komputer..rasa macam tak patut pulak nak tinggal kelas komputer(memang tak patut pun)..dalam masa menanti tu,tetiba saya terkejut melihat ramai student badge saya berlari-lari seakan-akan ada gelora di belakang sana.."Apa yang terjadi?"kata hati kecil saya..ada seorang hamba Allah berkata"result final dah kluar..result final dah kluar"..

Bagai terhenti degupan jantung saya..."betulkah?"kata hati kecil saya lagi..Dalam keadaan diri masih dalam persoalan,tanpa saya sedar kaki saya turut mengatur langkah berlari bersama mereka..saper yang taknak tahu result kan??memang inilah yang semua student nantikan setelah peperiksaan..setelah sekian lama menanti(result untuk sem 1 tahun 2 ni)sampai selesai exam mid term untuk sem 2 tahun 2 dah,bagai menanti durian gugur...akhirnya result yang dinanti memunculkan diri juga..

Berdebar-debar hati saya mencari nama saya di tengah kesesakan orang ramai..Masyallah...tangan saya menunjuk pada sebaris nama yang terpampang di depan mata..nama saya..Betulkah?seakan-akan tak percaya...Hmmm...mulut saya bagai terkunci..lihat lagi buat kali kedua dan seterusnya namun result itu tetap begitu..Dalam pada itu,sempat juga diri ini mengucapkan setinggi-tinggi rasa syukur"Alhamdulillah" kerana tiada paper yang kena repeatwalaupun result sangat drop...

Walaupun pada hakikatnya,saya redha dengan ketentuan takdir..namun di hati kecil saya seakan-akan menafikannya..saya mengucap dan bertafakur sebentar..cuba mencari kekuatan diri..Beginilah manusia,bila berada dalam kesulitan barulah teringat pada PenciptaNya..seperti firman Allah dalam surah Al-Fajr:ayat 15-16 yang berbunyi;



فَأَمَّا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَٮٰهُ رَبُّهُ ۥ فَأَكۡرَمَهُ ۥ وَنَعَّمَهُ ۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكۡرَمَنِ (١٥) وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبۡتَلَٮٰهُ فَقَدَرَ عَلَيۡهِ رِزۡقَهُ ۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَـٰنَنِ (١٦)


maka adapun manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan memuliakannya dan memberikannya kesenangan hidup maka dia berkata,:Tuhanku telah memuliakan daku! "(15) Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! (16)


Ya Allah,sesungguhnya hindarkanlah hambaMu ini dari berfikiran sebegitu...

Namun,rata-rata student jatuh resultnya..soalan-soalan exam hari itu memang sangat mencabar..Namun,saya berfikir lagi..adakah saya ingin menyalahkan doktor-doktor yang membuat soalan??..adakah saya ingin menyalahkan tugas dan amanah yang saya pegang sebagai satu sebab atas kemerosotan result saya?adakah saya ingin menyalahkan orang lain di atas semua ini??sungguh tidak patut kalau saya berfikiran begitu..


tersedar saya dari satu lamunan...mungkin usaha saya masih belum cukupuntuk mencapai apa yang saya inginkan...mungkin juga saya tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh..atau mungkin juga ini adalah satu dugaan dari Allah untuk diri saya..namun bukan juga usaha itu adalah penentu segalanya kerana jangan kita lupa bukankah Allah itu Maha mengetahui segalanya...Allah tahu apa yang tersirat di sebalik sebuah kejadian dan Allah juga tahu apa yang terbaik untuk kita bukan??


syaa kembali kepada realiti..muhasabah diri..mungkin juga ini adalah kifarah atas dosa yang pernah saya lakukan selama ini...subhanallah..walaupun apa sebabnya,saya ingin sekali bangun berdiri dan terus melangkah dengan penuh semangat menuju ke puncak yang diimpikan..

bukan senang untuk sampai ke puncak..

bukan senang untuk meraih kejayaan..

semuanya memerlukan pengorbanan dan daya juang yang tinggi..perjuangan bukannya dihampar dengan permaidani merah atau dilemparkan dengan bunga-bungaan yang semerbak harum..perjuangan bukan hanya di bibir semata-mata..

perjuangan penuh dengan onak dan duri..perjuangan penuh dengan kesulitan dan kesusahan yang sentiasa datang menguji sejauh mana kekuatan dalaman kita..perjuangan bukan satu jalan yang mudah....



saya tajdidkan niat saya balik...saya cuba membina semangat baru dalam diri saya...saya akan tetap meneruskan perjuangan ini sehingga ke akhirnya..saya takkan membiarkan diri saya terus dibelenggu dengan kegagalan saya pada hari ini..saya senyum akhirnya kerana saya faham sekarang apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri...

seperti firman ALLAH dalam surah Al-Inshirah ayat 5-6;

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦)


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)

Berusahalah...berusahalah...dan terus berusahalah...

kata saya pada diri saya dan juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan...jangan pernah putus asa dalam berusaha...sesungguhnya kita akan merasai sebuah kemanisan apabila kita berjaya memperoleh sesuatu yang sangat sukar untuk kita peroleh..Percaya pada diri dan mulalah mengorak langkah dari sekarang..Insyallah...Allah sentiasa bersama hambaNYa yang berusaha..

1 comment:

Anonymous said...

salam, bibi.
teruskan berusaha!
natijah dunia kite nntkan cmne natijah akhirat nnt ye?
hamasah wahai pejuang