13 June 2008

kisah ayah dan 3 orang anaknya...


Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun
kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan
tiga orang anak lelaki.Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis,
kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal.

Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya
Dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini
sayang juga dengan Anis. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke
penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga
iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-
rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus
kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah
kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi
mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua,
terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula
musykil hatinya"Apa sahajala yang dimahukan si Raja itu".bisik hati kecilnya.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau
seberang.Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak
pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab
Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye
ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana
anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau
seberang..Tuanku Raja telah memerintahkan ayah mengadap..boleh ya
nak?"

Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak
pernah Keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana
sebab Anis Tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung
sajalah, yeayah?"Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini
kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah
kalau begitu"jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau
seberang.. "Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal
menjawab,"Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Terkesan sungguh di hati ayah mendengar kata-kata Amsal tanpa alasan sedikitpun.Menyesallah dihatinya
kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi Amsal sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu
pagarrumah, Anis pun menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut
ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut
melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua
dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di
lautan.

Sekian seadanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

1) Harben ialah HARTA-BENDA,
2) Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
3) Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal.
Dimana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja)
yangdapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis
tinggal di penambang (di tepi kubur).

Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini janganlah pula kita lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima .

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.
"Hiduplah secara mulia, berjihadlah kamu kepada Allah dan matilah secara terhormat"
( Sayidatina Asma bt Abu Bakar R.A )

"Beruntunglah siapa yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya "
(Surah As Syam Ayat : 9 )

sekian,terima kasih.....

2 comments:

Anonymous said...

salam..kisah yg ckup menyedrkn..moga kita tidak lupa utk menambah bekal utk ke hari muka..

ShAfOrA BibI said...

emmm..insyallah..