Hari semakin hari,
Realiti makin menghampiri…
Tachycardia,dyspnea antara symptom…
Bila jer perkataan exam disebut….
Biasala dilema seorang pelajar apabila bulan peperiksaan
menjengah diri…dan pastinya semua pelajar(khususnya student2 tibb) diserang
kekalutan,ke”busy”an yang terlampau(rasa 24 jam nak dok kat atas krusi tu) dan keributan ditambah dengan buku-buku
bertimbun(bukan nipis tau,tebal…lebih2 lagi buku physio TAHUN 2 yang warna
hijau tu….huhu) yang menanti untuk dibaca.Mana taknya masa inilah nak membuat
nota cantik2(tula,dulu xnak buat),fahamkan apa yang tersangkut(dulu wat dono
jer kalu x paham),menghafal(tindakan sympathetic,otak jadi cepat mengingat),mengulangkaji
dsb.
Tapi,tapi,tapi(tiru gaya
ipin)
Jangan kita dibelenggu dengan semua ni,sampai taknak
solat(takut rugi masa),taknak mengaji(baca Al-Quran,takut terleka….ish…ni bukan
cara yang betul..
Dalam apa jua yang kita lakukan semestinya niat kita kena
diikhlaskan kerana Allah S.W.T lebih-lebih lagi dalam menuntut ilmu.Jangan pula
kita menjadi sebagaimana hadis Rasulullah "sesiapa yang bertambah ilmunya
tapi tidak bertambah petunjuk (yakni belajar dengan niat selain kerana Allah)
tidak akan bertambah darinya kecuali semakin jauh dari Allah.
Hayati pula firman Allah dalam Surah Al-Maaidah ayat 35:
Wahai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu kepada
Allah,carilah wasilah (jalan) untuk sampai kepadanya, dan bersungguh-sungguhlah
diatas jalan tersebut semoga kamu menjadi orang yang berjaya.
Bukan senang untuk memperoleh kejayaan.Oleh itu, kita harus
memikirkan langkah-langkah yang terbaik
untuk menjayakan matlamat kita dalam belajar .Antaranya hadir
ke kuliyah(saper2 yang tak datang kuliah tu,lain kali rajin2kanlah mai kuliah
ya),ulangkaji berulang kali(jangan cepat bosan,bak kater prof,repetition made
perfection), tambahkan dengan bacaan luar(info dalam tenet ker), cari kaedah
membaca dan mengingat secara cepat dan tepat dan sebagainya.
Seterusnya, kita
haruslah berusaha sedaya upaya dan segigih mungkin untuk mencapai apa
yang kita inginkan.Hadapilah apa jua rintangan yang menimpa dengan hati yang
tabah dan sabar kerana pasti ada
ganjaran yang menanti di hadapan sana …insyallah…
Insyallah,jika kita istiqamah melakukan semua ini,kita akan
menjadi orang yang berjaya bukan sahaja dalam pelajaran malah akan berjaya
memperolehi ilmu yang bermanfaat untuk diri kita dan juga dapat memberi manfaat
kepada orang lain. Seterusnya,setelah berusaha kita kena la bertawakkal kepada
Allah.
Mungkin ada orang Tanya,:camne caranya nak bertawakkal pada
Allah?”maksudnya kita berserah kepada Allah.Apa jua keputusan yang kita akan
dapat nanti harus kita terima dengan penuh redha dan sabar(samada cemerlang
atau fail).
“Camne pula nak pupuk sikap tawakkal dalam diri ni?”Tanya
seorang lagi…(contoh ya)..
Senang je jawapannya…
Kita kena ada sikap mengenal diri sendiri(keupayaan kita ni
setakat mana), menyedari kelemahan kita(cthnya kita ni susah betul bab2
menghafal ni), keterbatasan ilmu kita,(ilmu kita ni bagai setitis air
berbanding dengan ilmu Allah yang seluas lautan) dan kehendak kita
sendiri(samada kita betul2 berserah kepada Allah atau apabila kita Berjaya
semua tu adalah hasil dari usaha kita sendiri)
Apa yang saya sebut tadi,tu semua adalah modal utama untuk
meraih tawakkal. Sesunggunya Allah menciptakan manusia dalam keadaan lemah,
dikeluarkan dari perut ibunya tanpa mengetahui apa-apa, lalu diberi anugerah
yang menjadikan manusia khilafah (pemimpin)di
muka bumi ini. Namun demikian, ilmuNya tidak sebatas ilmu manusia, kemampuanNya
tidak sebatas kemampuan manusia. Kesadaran tentang hal ini akan menjadi
pendorong terbesar bagi seorang hamba untuk bergantung pada Allah
Akhir kalam.pernahkah anda dengar perkataan “DUIT”.Eh,ni
bukan duit yang maksudnya money tu tau…huhu…
D- Doa
U-Usaha
I-Ikhlas
T-Tawakkal.
Jadi,selaraskan doa dan usaha serta ikhlaskan niat kita
dalam menuntut ilmu kemudian bertawakkallah kepadaNya.Insyalllah,Dia tahu apa
yang terbaik untuk kita…..
GUD LUCK SEMUA EXAM!!!!
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment