17 January 2009


Malam Sabtu(16 Januari 2009)

“Hari ni kita nak wat tazkirah dan mesyuarat jap tau”kata Zda selaku ketua rumah”Beit Syatreen.”
Dah lama gak terhentinya(dimaksudkan dengan tidak sengaja) tazkirah  yang mana adalah satu aktiviti rumah.Al maklumlah sejak akhir-akhir ni semua busy dengan assignments dan presentation yang bertimpa-timpa ditambah pula dengan subjek-subjek yang mencabar dalam Neurology & special sense block untuk sem 1 ni.Maka,benda yang sepatutnya menjadi rutin malam Sabtu tidak dapat berjalan dengan lancar.Kekadang terlupa,kekadang tak bersedia,kekadang ada ahli beit tido rumah kawan lain.

Namun,tak disangka pula mesyuarat menjadi sesi meluahkan perasaan..hehe…
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Eh,bila nak tukar profile kat board tu,kan dah masuk tahun baru ni.”kata Ecah
“a’a la..”Kata Dayah dan terus berlari dengan semangatnya menuju ke board menarik kertas yang dilekat di situ dan kembali semula.
“haa…azam tahun 2008,dah tercapai lom?cepat!cepat!setiap orang kena cakap.”kata Dayah.
“ala Dayah…takyahla…malula…hehe…Kata saya dan semua tergelak.


Azam2008:
Disebabkan ahli beit saya menulis azam-azam mereka dalam bahasa Inggeris,maka saya akan menulis dalam bahasa Inggeris juga untuk mengekalkan keaslian azam-azam mereka ini.”PEACE”

Zda:To be a better a’bdu Allah,muslimah,student,daughter and friends.
Tercapai atau tidak: menjadi hamba Allah tu masih dalam peningkatan lagi,sama jugak dengan muslimah,student lak tahun lepas macam busy skit dengan Malaysian Day,daughter insyallah balik Malaysia tahun ni akan cuba lebih banyak menolong mak ayah,friends lak tengah cuba juga untuk jadi kawan yang baik.

Dayah:To have a heart
Masa mula-mula tengok azam Dayah,macam wonder jugak.Apa maksud Dayah sebenarnya?nak couple ke?nak kahwin ke?ishh..ishhh…wat andaian sendiri lak,tanyala tuan punya diri kan.
Tercapai atau tidak:maksud have a heart tu sebenarnya kita nak concern about other peoples la,sebab kita rasa masa kita tahun 1 kita cam selfish sikit,pentingkan diri kita je.Tp,insyallah mengikut pandangan diri kita,tak tahula apa pandangan orang lain azam kita “to have a heart” ni tercapaila.Terkesan betul masa Qiam yang kedua yang nyanyi lagu “tombok hati” tu.Masa tu la kita dapat rasa apa yang kita nak selama ni.

Saya:Being a good person with a good passion.
“emm…kita x tahula azam kita ni tercapai ke x..macam biasa je.”kata saya dan air mata mula menitis.
“eh,mesti ada cerita di sebalik azam ni kan.Citer la sikit.”kata mereka dapat mengagak dari wajah saya yang keruh.
Tercapai atau tidak:Sebenarnya masa tu kita ada konflik diri.Kita rasa macam x jadi diri kita yang sebenar bila kita sampai rumah.X tahulah,memang takde perasaaan lanssung. kita kan rapat ngan Alia,dengan dia kita boleh jadi diri kita yang sebenar tapi bila ngan korang kita jadi orang lain.Kita lebih suka berdiam diri dan memendam perasaan sorang-sorang,suka jalan sorang-sorang.Kita jenis orang yang x tunjukkan perasaan kita yang sebenar.Kalau kita tension pun,kita masih mampu senyum.Kalau kita sakit,kita masih mampu untuk gelak.Apa yang ada dalam hati kita tak dapat ditunjukkan dari ekpresi wajah kita.Kita x mahu disayangi kerana kita takut orang yang kita sayang tu akan meninggalkan kita satu hari nanti.Sangat teruk la perasaan kita masa tu,tapi semua tu hanya ada dalam hati,tak dapat dibaca di wajah kita.So,bila kita dah sedar akan benda ni, kita cuba untuk ubah diri kita kepada yang lebih baik,selaras dengan azam kita.
“emm..kitaorang perasan gak sebenarnya,tertanya-tanya gak la,nape ngan bibi ni.Balik umah terus masuk bilik diam sorang-sorang.Ni  la symptom-symptom orang yang x balik Malaysia ni.”kata Zda sambik gelak.

Nadiah:A new life for a new person with her new beginning…she’s learning
Tercapai atau tidak:Sebenarnya masa tu pun kita ada konflik diri ditambah pula dengan kesibukan kerja-kerja UPI.Kita cuba bertahan sedaya yang mampu.Study memang kita lost la terutamanya time CVS block,pastu bila balik rumah tengok korang study,rasa cam sedih sangat sebab kita x mampu untuk study.Time tu,walaupun sebenarnya kita ada masalah,kita x sanggup nak ganggu ahli-ahli beit kita yang tengah study untuk ceritakan masalah kita kat dia.Tapi,kita belajar melalui pengalaman dan masa summer hari tu memang banyak benda baru kita belajar.Yang paling menarik,bila kita balik rumah dan duduk atas kerusi study tu,terbayang hari-hari bersama korang,rasa alone sangat.

“Nadiah,terharunya saya”kata saya sambil menangis.
“haa…Ecah lak”
“Alamak,kertas hilang la,tak tahu jatuh kat mane”
“ish..ishh….”kata kami sambil gelak.

Ecah:Being sensitive of what had happened surround me(not sensitive feeling)
Tercapai atau tidak:Kite pun rasa dulu kita x cakne sangat pasal orang lain.Hal diorang hal diorang,hal kita,baru jadi hal kita.Tapi,insyallah dah ubah dah.

“kita rasa setiap dari kita memang belajar sesuatu bila datang ke Mesir ni kan.Mesir mengajar kita untuk menjadi manusia yang bukan hanya pada nama saja,tetapi seorang manusia yang mempunyai perasaan dan kasih sayang kat semua orang.”kata saya
“Alhamdulillah la,kita semua dapat hidup dengan aman damai dalam satu rumah.Ada sesetengah rumah tu,masing-masing buat hal masing-masing.Sekurang-kurangnya ukhwah antara ahli beit tu masih dikekalkan.”kata Zda.
“Memang dengan ahli beit sendiri kita xleh layan macam kita layan orang luar,ada perbezaan sikit.Maybe sebab kita dah jumpa hari-hari jadi bila jumpa kat mana-mana rasa cam biasa.Lainla kalau orang luar,kita jumpa kat mana-mana mesti kita sapa diorang kan.”kata Dayah

“Tapi suatu hari nanti mesti kita akan rindu sesame kita.Orang luar dengan ahli beit ni lain.Orang luar tak dapat tengok diri kita yang sebenar,ahli beit memang dialah yang paling rapat dengan kita.So,hargailah masa kita bersama-sama ni.Ada 3 tahun lagi nak bersama-sama.”Kata Zda

“Nanti balik Malaysia ni kena wat reunion sekali dalam setahun ni.Dahla lain-lain negeri,sorang Kelantan,sorang Terengganu,sorang Kedah,sorang Selangor dan sorang lagi Kuala Lumpur.”Kata Dayah


Sambil berpegang tangan  sesame kami:
“moga ukhwah ini akan terus berkekalan sehingga ke akhirnya dan diharapkan kita akan menjadi penguat antara satu sama lain..insyallah….”

p/s:terima kasih ahli beitku kerana sentiasa memahami diri ini.Baru ku tahu betapa indahnya ikatan ukhwah ini.Walaupun kita jauh suatu hari nanti,namun ku tahu kenangan antara kita semua akan sentiasa menjadi memori terindah kita bersama.

GUD LUCK EXAM!!!BEIT SYATREEN BOLEH!!!

                          Lots of love:Shafora bibi binti Samri.






No comments: