30 May 2008

dekat tapi jauh...

Saya tertarik dengan status seorang sahabat pada petang itu yang berbunyi"dekat tapi jauh".Berbagai persoalan muncul di benak fikiran saya lantas saya menanyakan sahabat itu "apakah contohnya perkara yang dekat tapi jauh ni?"Nasib tak menyebelahi saya kerana sahabat itu menyuruh saya memikirkannya sendiri,mana tahu katanya lagi banyak yang saya boleh tafsir.."huhu..

Fikiran saya mula menerawang and my neuron start to generate to find the answer behind this uncertain phrase..





DEKAT TAPI JAUH.....


perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ketika otak saya mula berfungsi ialah pandangan kita terhadap sesuatu perkara.kadang2 kita nampak sesuatu benda itu sangat dekat dan hampir dengan kita,tetapi hakikatnya ia bukanlah seperti yang kita sangka.Sebenarnya benda itu terlampau jauh untuk kita gapai,terlalu sukar untuk kita perolehi,terlalu banyak ranjau yang datang menghalang menyebabkan ia makin jauh dan terus jauh dari kita.Saya tanya pada diri saya,apa pula contohnya?

Contoh yang paling terdekat yang saya boleh utarakan dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang pelajar medic ialah view kita in the future that we will be a doctor about few years from now.Saya mengaku dengan ikhlasnya,saya sendiri dah lihat kehidupan saya sebagai seorang doktor,bekerja di wad2 hospital merawat pesakit dan berkhidmat demi masyarakat khususnya.Tapi,saya ingin bertanya kepada anda semua adakah kita yakin bahawa impian kita ini akan tercapai?Adakah jalan ini terlalu mudah untuk kita susuri sehingga kita boleh goyang kaki sahaja meniti hari demi hari?Adakah tiada duri-duri yang perlu kita lalui di sepanjang perjalanan kita?

Persoalan demi persoalan menerjah fikiran saya yang membuatkan saya terpana seketika..Ya Allah,sesungguhnya jalan yang aku sangka sangat mudah dan dekat itu sebenarnya amat payah dan sukar..Jika Allah S.W.T telah mentakdirkan saya untuk tidak menjadi doktor satu hari nanti,apa yang saya boleh buat?Adakah saya terlalu yakin sehingga boleh melawan kuasa Allah?Semestinya tidak sama sekali..Sekiranya,Allah mentakdirkan saya gagal setiap kali ambil exam tentulah juga impian saya akan terkubur ditelan masa..Sesungguhnya perjalanan kehidupan manusia telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi..Jadi,janganlah kita sangka bahawa yang dekat itu sebenarnya dekat dengan kita..


Aspek kedua yang saya dapat simpulkan ialah hati dan perasaan seorang manusia..Contohnya,

situasi pertama:kita bersahabat baik dengan seseorang dan kita merasakan bahawa kita dan dia mempunyai banyak persamaan dari segala segi.Apabila berjumpa dengannya pun hati kita merasa tenang dan tenteram walaupn ketika itu diri dirundung masalah bertimbun..Namun kerana hati kita dekat dengan hati dia,segalanya dilupakan...

situasi kedua:kita bersahabat baik dengan seseorang,namun setiap kali bertemu,hati kita merasa tidak tenteram..Macam ada yang tak kena.Walaupun takderla bertekak sampai tumbuk menumbuk atau tarik-tarik rambut tapi hati kita merasa jauh dengan dirinya.Bagaimana pula dengan hati kita dengan dirinya?Dekat atau jauh?


Dapat tak perbezaannya?

Dalam kedua-dua situasi menggambarkan dua sahabat baik.Dua-dua selalu jumpa,selalu bertemu tapi bagaimana pula dengan hati mereka?Berbeza bukan?


~~dekat di mata dan dekat di hati..
~~dekat di mata dan jauh di hati...



Akhirnya persoalan saya terjawab jua.Mungkin ada banyak lagi contoh yang boleh kita simpulkan.Namun,apa yang saya ingin tegaskan di sini,yang dekat di mata mungkin jauh di hati dan yang jauh di mata mungkin dekat di mata.Walau apa pun tafsiran kita tentang ungkapan ini,apa yang paling penting biarlah kita menjadi seorang hamba yang dekat di mata Tuhan dan moga hati kita tak pernah jauh dari rahmat dan keberkatan dari Tuhan yang esa..Bukankah itu yang paling penting wahai sahabat semua??..

Dalam sebuah pencarian kehidupan yang sempurna moga kita tidak jauh dari jalan yang telah kita sematkan dalam diri.Moga yang jauh itu kita boleh dekatkan dan yang dekat itu boleh kita dekatkan lagi..

sekian,wassalam

No comments: