09 July 2008

beranikah anda menyatakan kebenaran?

salam....

dah lama saya tak mengupdate blog.Impak kedatangan exam menyebabkan saya tidak ada idea untuk mencetuskan sesuatu.Namun dalam fatrah exam yang sedang membahang,saya tidak lupa untuk mengupdatekan diri saya dengan berita-berita sensasi di Malaysia sekarang ni..

Saya bukanlah seorang yang suka berpolitik atau melibatkan diri dalam bidang politik.Namun dalam ketidaksedaran saya ini,rupa-rupanya saya turut melibatkan diri dalam hal ini..melawat dari satu blog ke satu blog,melayar akhbar online satu demi satu untuk mencari sebuah kebenaran dan banyak input tentang isu itu yang saya peroleh...Bagi sesiapa yang sedar akan kegoncangan hebat yang sedang berlaku dalam negara kita ini,tentulah lagi arif dari saya sendiri yang mungkin tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.Tak semua yang kita baca atau yang kita lihat itu adalah benar dan nyata belaka kan..

Saya tidak mahu mengulas tentang isu politik yang semua orang sedia maklum,apa yang saya ingin utarakan di sini ialah tentang keberanian untuk sebuah kebenaran.Saya dapat mengagak lebih dari 50% daripada kita tidak berani dan gentar untuk melafazkan sebuah kebenaran walaupun kita tahu bahawa perkara itu adalah benar.Saya sendiri turut mengakui yang saya kadang-kadang takut untuk menyatakan kebenaran walaupun saya tahu ianya adalah perkara paling terbaik untuk dilakukan dan akan mendatangkan satu buah hasil yang sangat manis dan indah jika kita mempraktikkannya iaitu sebuah ketenangan.

ingatkah anda tentang kisah khalifah Umar Al-Khattab yang tidak takut untuk menyatakan pengislamannya di khalayak ramai kaum musyrikin Mekah?Sungguh berani Saidina Umar walaupun beliau tahu risiko dan sikap kafir quraisy terhadap orang Islam.Namun,Saidina Umar yang memang terkenal dengan keberaniannya tidak mendapat tentangan lansung dari Kafir Quraisy.


saya hanya ingin memberi contoh mudah tentang ketidakberanian kita dalam menyatakan sebuah kebenaran.

"Si A meminjam barang yang sangat disayangi oleh Si B.Pada mulanya Si B teragak-agak untuk meminjamkan barangnya kepada Si A(yalah,barang tu hadiah dari sahabat baik dia).Tapi,Si A berjanji akan menjaga barang itu dengan baik.Tanpa diduga,tiba-tiba barang itu telah hilang dan Si A tidak menemuinya.Si A buat-buat tak tahu dan apabila Si B bertanya tentang barangnya Si A mengatakan dia telah memulangkan barang itu kepada Si B.Si B sangat sedih dan perhubungan antara Si A dan Si B mula renggang...--->bersambung di lain episod

dapatkah sahabat semua lihat tentang sikap Si A?Dia tidak menyatakan perkara yang sebenar kepada Si B(mungkin kerana takut,bersalah atau memang sikap dia begitu)


namun,saya ingin utarakan sedikit persoalan:

Tenangkah seorang penipu dan pendusta?
bahagiakah hidupnya hasil dari penipuannya?
adakah hidupnya diberkati oleh Allah yang esa?
adakah penipuannya akan terus tertutup tanpa terbongkar sedikitpun?
adakah dia tidak takut disoal oleh Allah di akhirat kelak?

SUBHANALLAH.....

pertanyaan ini membuatkan hati saya sangat takut,kecut,gentar..takut dengan balasan yang bakal diperoleh pada hari pembalasan nanti.Sungguh banyak rupanya impilkasi yang akan terjadi apabila kita tidak berkata benar tentang sesuatu perkara itu...

Jadi,sahabat semua...

jangan pernah takut untuk menyatakan sebuah kebenaran kerana kejujuran anda dinilai dari kebenaran kata-kata anda.



"BERANI KERANA BENAR DAN TAKUT KERANA SALAH"..


p/s:tentang situasi di Malaysia,saya harap yang benar akan terus berdiri teguh dan mendapat perlindungan dari ALLAH S.W.T...hanya Allah dan mereka yang terlibat sahaja yang tahu adakah sebenarnya mereka berkata benar ataupun tidak.Kita hanyalah penonton dari luar yang tidak tahu sedalam-dalamnya tentang apa yang berlaku.Sesungguhnya Allah itu Maha Adil terhadap setiap hamba-Nya..

wassalam dari saya....:-)

No comments: