Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk
menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang
dilakukan oleh mereka-mereka ini....
Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal
dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti
melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat
terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan
orang lain hancur....nauzubillah...
Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin
sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka
terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh
handal tersebut.
saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah
kadangkala jumlahnya terlalu ramai...
kadangkala jumlahnya terlalu ramai...
bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar
pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.
bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
'anak ini berniaga kah?'
saya menjawab: tidak. saya hanya.......
mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk
melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak
ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'
Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di
sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain
akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.
bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar."baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan
perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini' lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk
mengenakan sihir terhadap si polan tadi.
sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar
cukup-cukup.
saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat...
'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi.
saya: er..Mcdonald dan KFC.....
Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin
mempermainkannya tetapi saya menjawab.Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan
perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih
angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar)
Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya
juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu....moralnya...mereka ini hanya bermain silap
mata. 'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa.....hanya mengunakan tipu daya sahaja...dan
bagi mereka yang percaya tentang perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan
yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh
maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi
perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam....maaf andai ada yang tersinggung
dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...
p/s: terima kasih kepada orang yang telah memfowardkan cerita ini kepada saya...
2 comments:
i suka citer neh :)
wah..best2
Post a Comment