20 November 2008
dilema bila exam menjelang...
05 November 2008
aku ada 4 isteri....
Assalamualaikum kawan-kawan semua..
Semoga anda semua berada dalam sihat sejahtera di bawah limpah kurniaNya.Saje je nak berkongsi citer.Boring lak takde keja nak wat ni(mentang-mentang baru abis exam mid term kan+cuti daripada kuliah lak tu tapi praktikal still adala.)Insyallah hari Sabtu ni start blok baru lak...eh,ni tak masuk citer lagi tau..ni baru muqaddimahnya..sabar..sabar...emm..takleh sabar eh..ok..ok..takpela..bacala citer ni..moga2 anda mendapat mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya..selamat membaca...
Alkisahnya...beginilah ceritanya...
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri(banyak tu,bukan sikit tau). Berbanding isterinya yang lain,peladang ni sangat mencintai isterinya yang keempat(yalah..isteri keempat tu paling lawa,paling cun,kira paling cantik la antara yang lain)Maka, peladang ni sayang lebih la isteri ke-4 ni..Apa-apa je yang isteri ke-4 nak,peladang ni bagi je(x heran sikit pun walau banyak habis duit,sayang punya pasal kan)
Namun begitu,Pedagang ni juga sayang kat isteri no-3(tapi pas isteri no-4 la).. Dia sangat bangga dan megah dengan isterinya ini, kalau boleh dekat semua orang dia nak bagitahu ni isteri dia.Tapi,peladang ni bimbang gak kekadang takut isteri dia ni lari ngan lelaki lain(al maklumlah,peladang ni tak mampu berikan kasih sayang sepenuhnya kepada isteri no 3 ni).
Alahai!!oh peladang,rupa-rupanya dia sayang jugak kat isteri no 2 sebabnya isteri no 2 ni seorang yang sabar dan penuh pengertian(memang understanding sangat-sangatla). Bila-bila masa je peladang ni ada masalah,isteri no 2 la yang dicari dulu,tak ingat dah isteri yang lain.Memang isteri no 2 sangat istimewa la di hati peladang ni.Kalau takda isteri no 2 peladang ni seakan-akan hilang tempat bergantung.Begitulah penangan isteri no 2 ni kalau kawan-kawan nak tau.
Tapi kan,sikap isteri no 2 sama je ngan isteri peladang yang pertama.Isteri pertama ni seorang yang sangat setia dan jujur sayang sangat kat suaminya ni. Dialah yang paling banyak berkorban selama ni,bersusah payah menguruskan ladang dari sekangkang kera sehinggalah sekarang ladang dah jadi berhektar-hektar.Dia jugalah yang membenarkan suaminya kahwin lain walaupun hatinya tidak dapat menerima keputusan suaminya ni(makan hati betul)Dia jugalah yang jadi bendahari urus wang keluar masuk si suami ni. Akan tetapi si peladang ni x sayang sangat kat isteri pertama(yala,dah tua,kerepot lagi).
Nak dijadikan cerita la kan,Suatu hari, si pedagang jatuh sakit. Dia dapat rasa macam umurnya dah tak panjang dah. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya bersama 4 orang isteri, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal nanti, aku akan sendiri. Oh,betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati si peladang,dahla dia tengah sakit,makin bertambah sakitnya bila isterinya cakap camtu.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau bersamaku, dan menemani nanti?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup aku dah sempurna di sini. Aku akan kahwin lagi jika kau mati". kejam sungguh jawapan yang diberikan oleh isteri ke-3.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
alhamdulillah..abis dah citer ni.Dapat x apa yang ingin disampaikan dalam citer ni?kalau x tahu kenala baca sampai habis citer ni..hehe
Sebenarnya kita semua ada 4 orang isteri tau.Eh,takkan la pempuan pun ade 4 orang isteri gak.pempuan mana leh kawin sama pempuan.lelaki boleh la.alamak!!!camne eh??hehe..alahai.....isteri dalam citer ni metafora je la..ok..baca selanjutnya..
ISTERI KEEMPAT sebenarnya adalah tubuh kita.Cuba kira berapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk badan kita supaya nampak cantik.Kalau pempuan beli ubat diet la,make up la,beli baju cantik2..tu semua nape?sebab nak nampak cantik kan?nampak indah kan?Tapi kan,1000 kali sayang kerana semuanya akan hilang. Semua tu akan meninggalkan kita apabila jasad berpisah dengan ruh. Tak ada keindahan dan kecantikan yang tersisa walau sedikitpun saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita.Kita punyala sayang kat duit kita sampai nak keluarkan sedekah pun,kita takut..takut habis duit padalah dalam bank tu berlonggok2.teringat kata seorang kawan..duit berkepol2 dalam bank,nape tak guna nati berkulat gak..hehe.. Saat kita meninggal, semua tu akan pergi juga Mereka akan berpindah ke tangan orang lain dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah keluarga,kaum kerabat dan teman-teman kita. Memang kalau ada apa2 masalah yang melanda merekalah yang kita rujuk.Namun,hubungan sesama manusia setakat manala kekal kerana mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai ke kuburla mereka akan menemani kita,dan akhirnya kita ditinggalkan juga.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya.Kekadang kita dop sibuk uruskan harta kita,urusan kita sampai kita lupa kat isteri pertama. Namun, sebenarnya, hanya merekalah saja yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kita selama-lamanya walau kemana jua kita melangkah. jangan lupa isteri pertama lah yang boleh menolong kita diakhirat kelak.
habis dah cerita.Harap anda semua dapat memikirkannya dengan sebaik mungkin.Jadi,moga anda semua menyayangi isteri pertama anda dengan sebaik mungkin kerana dialah yang bersama-sama anda dari awal hingga akhirnya.....
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
10 July 2008
kisah lucu..

Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk
menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang
dilakukan oleh mereka-mereka ini....
Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal
dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti
melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat
terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan
orang lain hancur....nauzubillah...
Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin
sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka
terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh
handal tersebut.
kadangkala jumlahnya terlalu ramai...
bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar
pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.
bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
'anak ini berniaga kah?'
saya menjawab: tidak. saya hanya.......
mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk
melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak
ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'
Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di
sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain
akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.
bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar."baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan
perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini' lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk
mengenakan sihir terhadap si polan tadi.
sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar
cukup-cukup.
saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat...
'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi.
saya: er..Mcdonald dan KFC.....
Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin
mempermainkannya tetapi saya menjawab.Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan
perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih
angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar)
Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya
juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu....moralnya...mereka ini hanya bermain silap
mata. 'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa.....hanya mengunakan tipu daya sahaja...dan
bagi mereka yang percaya tentang perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan
yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh
maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi
perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam....maaf andai ada yang tersinggung
dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...
p/s: terima kasih kepada orang yang telah memfowardkan cerita ini kepada saya...