Realiti makin menghampiri…
Tachycardia,dyspnea antara symptom…
Bila jer perkataan exam disebut….
buku phsio(tahun 2) yang agak2 tebal
Tapi,tapi,tapi(tiru gaya ipin)
Jangan kita dibelenggu dengan semua ni,sampai taknak solat(takut rugi masa),taknak mengaji(baca Al-Quran,takut terleka….ish…ni bukan cara yang betul..
Dalam apa jua yang kita lakukan semestinya niat kita kena diikhlaskan kerana Allah S.W.T lebih-lebih lagi dalam menuntut ilmu.Jangan pula kita menjadi sebagaimana hadis Rasulullah "sesiapa yang bertambah ilmunya tapi tidak bertambah petunjuk (yakni belajar dengan niat selain kerana Allah) tidak akan bertambah darinya kecuali semakin jauh dari Allah.
Hayati pula firman Allah dalam Surah Al-Maaidah ayat 35:
Wahai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah,carilah wasilah (jalan) untuk sampai kepadanya, dan bersungguh-sungguhlah diatas jalan tersebut semoga kamu menjadi orang yang berjaya.
Bukan senang untuk memperoleh kejayaan.Oleh itu, kita harus memikirkan langkah-langkah yang terbaik untuk menjayakan matlamat kita dalam belajar .Antaranya hadir ke kuliyah(saper2 yang tak datang kuliah tu,lain kali rajin2kanlah mai kuliah ya),ulangkaji berulang kali(jangan cepat bosan,bak kater prof,repetition made perfection), tambahkan dengan bacaan luar(info dalam tenet ker), cari kaedah membaca dan mengingat secara cepat dan tepat dan sebagainya.
Seterusnya, kita haruslah berusaha sedaya upaya dan segigih mungkin untuk mencapai apa yang kita inginkan.Hadapilah apa jua rintangan yang menimpa dengan hati yang tabah dan sabar kerana pasti ada ganjaran yang menanti di hadapan sana…insyallah…
Insyallah,jika kita istiqamah melakukan semua ini,kita akan menjadi orang yang berjaya bukan sahaja dalam pelajaran malah akan berjaya memperolehi ilmu yang bermanfaat untuk diri kita dan juga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Seterusnya,setelah berusaha kita kena la bertawakkal kepada Allah.
Mungkin ada orang Tanya,:camne caranya nak bertawakkal pada Allah?”maksudnya kita berserah kepada Allah.Apa jua keputusan yang kita akan dapat nanti harus kita terima dengan penuh redha dan sabar(samada cemerlang atau fail).
“Camne pula nak pupuk sikap tawakkal dalam diri ni?”Tanya seorang lagi…(contoh ya)..
Senang je jawapannya…
Kita kena ada sikap mengenal diri sendiri(keupayaan kita ni setakat mana), menyedari kelemahan kita(cthnya kita ni susah betul bab2 menghafal ni), keterbatasan ilmu kita,(ilmu kita ni bagai setitis air berbanding dengan ilmu Allah yang seluas lautan) dan kehendak kita sendiri(samada kita betul2 berserah kepada Allah atau apabila kita Berjaya semua tu adalah hasil dari usaha kita sendiri)
meja studyku yang menjadi tempat kegemaran
Apa yang saya sebut tadi,tu semua adalah modal utama untuk meraih tawakkal. Sesunggunya Allah menciptakan manusia dalam keadaan lemah, dikeluarkan dari perut ibunya tanpa mengetahui apa-apa, lalu diberi anugerah yang menjadikan manusia khilafah (pemimpin)di muka bumi ini. Namun demikian, ilmuNya tidak sebatas ilmu manusia, kemampuanNya tidak sebatas kemampuan manusia. Kesadaran tentang hal ini akan menjadi pendorong terbesar bagi seorang hamba untuk bergantung pada Allah
Akhir kalam.pernahkah anda dengar perkataan “DUIT”.Eh,ni bukan duit yang maksudnya money tu tau…huhu…
D- Doa
U-Usaha
I-Ikhlas
T-Tawakkal.
Jadi,selaraskan doa dan usaha serta ikhlaskan niat kita dalam menuntut ilmu kemudian bertawakkallah kepadaNya.Insyalllah,Dia tahu apa yang terbaik untuk kita…..
GUD LUCK SEMUA EXAM!!!!
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment