06 January 2008

cantik atau tampan

Apa yang ada dikepala anda ketika seseorang menyebut anda ‘cantik’,takpun lawa,comel,ciut(sah untuk perempuan sahaja) manakala "tampan" ,kacak,hensem(semestinya untuk untuk lelakisahaja)?Apa perasaan anda ketika itu??

Senang, suka,gembira, bahagia, berbunga-bunga, mungkin itu yang anda rasakan.

Apalagi kalau kata-kata itu keluar dari seseorang yang memang anda harapkan untuk mengucapkannya.
Fhuhhh... bukan main rasanya!!!!!


'Cantik' ( secara fizikal ) menurut kamus diertikan sebagai indah, elok, rupawan, menarik atau manis dan sedap dipandang. Tidak pula dijelaskan secara terperinci yang bagaimana yang sedap dipandang itu, apakah hidung mancung dengan bibir tebal? Atau hidung biasa dengan bibir kecil? Itu semua terpulang pada setiap individu.


seindah hiasan adalah wanita solehah


Cantik itu memang relatif. Definisi kecantikan selalu berubah menurut waktu dan tempat. Sebahagian mengatakan orang yang berkulit putih itu cantik, sementara sebahagian yang lain pula mengatakan yang cantik adalah yang berkulit sawo matang. Sebahagian lagi berpendapat orang cantik itu adalah yang tinggi seperti para model, padahal ada sebahagian yang lain mengatakan bahawa yang comel itu adalah orang yang kecil 'kiut-miut'. Ada juga orang yang mengatakan bahawa yang bermata sepet itu cantik, dan ada orang yang mengatakan cantik kepada seorang orang yang bermata besar.


Setiap orang mungkin mempunyai definisi masing-masing tentang apa itu cantik dan apa itu tampan, dan takde seorangpun yang boleh kita paksa untuk menerima definisi ' cantik ' menurut kehendak kita.

Namun jika kita renungkan lebih jauh, tidak selalu pujian itu mengatakan perkara yang sebenarnya. Ianya sangat bergantung kepada orang yang mengucapkan, keadaan ketika kata itu terlontar, ekspresi wajah dan gerak tubuh dari si pemuji, konteks kalimah itu sendiri, kalimah yang mengiringi pujian itu, dan sebagainya.


Boleh jadi seseorang menyebut kita cantik hanya untuk menghibur hati yang sedih, atau ingin mengambil hati untuk sesuatu sebab, atau malah ingin menyindir, atau memang kerana perkara itu adalah suatu kebenaran.

Jangan besar kepala ketika ada seseorang yang menyanjung kita dengan pujian cantik atau tampan..
Jangan pula berkecil hati ketika tidak pernah ada yang memuji kita seperti itu.


Bukankah itu semua adalah ujian. Apakah kecantikan ( atau ketidakcantikan ) itu akan membawa kita lebih dekat kepadaNya, ataukah justeru akan menjadi fitnah besar yang menyeret kaki kita ke jurang kenistaan.

Ketika pujian itu terlontar, ucapkanlah ' Alhamdulillah ' kerana memang segala pujian itu hanya layak ditujukan kepadaNya, Sang Penyempurna segala kejadian. Lalu, segeralah beristighfar! Kerana pujian itu boleh jadi akan melintaskan rasa sombong ( walaupun mungkin orang lain tidak melihat kesombongan itu ). Segeralah beristighfar!!

Sementara ketika pujian itu tidak juga terlontar, atau justeru terlontar kepada orang selain kita, ucapkanlah juga ' Alhamdulillah ' Kerana mungkin Allah sedang hendak menguji rasa syukur kita. Rasa syukur atas apa yang ada, juga rasa syukur atas kesempurnaan kejadian kita.

Ingatkan firmanNya;
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya ). "
Q.S At-Tiin : 4

Berbahagialah kalian ketika kecantikan itu bukan sekadar menghiasi wajah, tapi terutama hati dan akhlak kita. Kerana kecantikan fizikal pasti akan berkurang seiring dengan bertambahnya usia. Tetapi kecantikan hati dan akhlak, itulah yang akan bersinar dan terus dikenang oleh orang-orang disekeliling kita.


" Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah kejadian ( fizikal ) ku, maka perindah pulalah akhlakku. "
HR. Ahmad


Wallahua’lam bishshawab.

No comments: