18 May 2008

kerna dia adalah A..

Di kala petang yang sungguh tenang itu,
rinduku padanya datang menjegah lagi,

lantas hatiku menjadi sayu,

air mata seakan-akan ingin mengalir,
menuruni laju pipi ini,
Aku lantas berkata,

"kuatlah wahai hati,sepertimana kuatnya hati Saidatina Aisyah."

Dia lelaki yang amat aku cinta,
Cintaku padanya terlalu mendalam,
kasih sayangku padanya terlalu padu,

kukuh tersemat di dalam kalbuku..
Seakan bisa ku korbankan segalanya untuk dia..

Dialah A..



seringkali bayangan wajahnya menerpa diriku..

merentasi seuntai pemikiranku,

meniti setiap pernafasanku..

alangkah indahnya hidup ini,
jika dapat bersama dengannya..


Namun tiada siapa dapat melawan kehendak takdir..

A pergi meninggalkan diriku sendirian..

Terkapai-kapai da
lam kelemasan,
Aku mencari secebis ruang untuk bernafas

ditambah ombak kejam tsunami..
Mengganas membunuh mangsa,

lantas tsunami menjadi rahsia diri..

ditelan kedukaan yang melanda sanubari..



Walau ku cuba untuk menerima hakikat kebenaran,
permulaan kehidupan pastinya berakhir dengan kematian,
kerap aku tersadung di permukaan jalanan,
terpesong dari sebuah kenyataan itu,
Ego menyelubungi,
Menafikan takdir yang ditetapkan..




Ku cuba kuatkan diriku,

ku cuba gagahkan langkahku,

ku cuba berjuang sepenuh hati
kerana ku tahu matlamatku,

kerana ku tahu arah tujuanku..





Jika dia berada di sisi,

Pastinya dia akan turut berbangga,
impian kecilku semakin hampir,
Ku ingin hadiahkan secebis kegembiraanku,
lantas ku panjatkan doa dan al fatihah,
Moga A ditempatkan di kalangan orang soleh,

Orang yang mendapat keberkatan sentiasa..


Tanah kubur itu sudah lama tidak ku jengah,

Berubahkah pokok rendang itu?
Masih tersusun rapikah kuburan itu?
Lama sudah aku di bumi Anbiya'
Meniti hari demi hari,

usia menginjak tanpa ku sedari,

Entah esok entah lusa,
Izrail datang menjemputku pula,
bersediakah aku untuk bertemuNya?



Andai masa dapat diputar kembali,
Ingin ku curahkan sepenuh kasih sayangku kepadanya,
Ingin ku genggam tangannya sehingga ke hari tua..
kerana dia,aku di sini,

kerana dia,aku ada di tanah ini,
kerana dia, aku menjadi aku,
kerana dia tiada gantinya..

kerana dia adalah A...