20 November 2008

dilema bila exam menjelang...


Hari semakin hari,
Realiti makin menghampiri…
Tachycardia,dyspnea antara symptom…
Bila jer perkataan exam disebut….


Biasala dilema seorang pelajar apabila bulan peperiksaan menjengah diri…dan pastinya semua pelajar(khususnya student2 tibb) diserang kekalutan,ke”busy”an yang terlampau(rasa 24 jam nak dok kat atas krusi  tu) dan keributan ditambah dengan buku-buku bertimbun(bukan nipis tau,tebal…lebih2 lagi buku physio TAHUN 2 yang warna hijau tu….huhu) yang menanti untuk dibaca.Mana taknya masa inilah nak membuat nota cantik2(tula,dulu xnak buat),fahamkan apa yang tersangkut(dulu wat dono jer kalu x paham),menghafal(tindakan sympathetic,otak jadi cepat mengingat),mengulangkaji dsb.


Tapi,tapi,tapi(tiru gaya ipin)

Jangan kita dibelenggu dengan semua ni,sampai taknak solat(takut rugi masa),taknak mengaji(baca Al-Quran,takut terleka….ish…ni bukan cara yang betul..

Dalam apa jua yang kita lakukan semestinya niat kita kena diikhlaskan kerana Allah S.W.T lebih-lebih lagi dalam menuntut ilmu.Jangan pula kita menjadi sebagaimana hadis Rasulullah "sesiapa yang bertambah ilmunya tapi tidak bertambah petunjuk (yakni belajar dengan niat selain kerana Allah) tidak akan bertambah darinya kecuali semakin jauh dari Allah.

Hayati pula firman Allah dalam Surah Al-Maaidah ayat 35:
Wahai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah,carilah wasilah (jalan) untuk sampai kepadanya, dan bersungguh-sungguhlah diatas jalan tersebut semoga kamu menjadi orang yang berjaya.

Bukan senang untuk memperoleh kejayaan.Oleh itu, kita harus memikirkan langkah-langkah  yang terbaik untuk  menjayakan  matlamat kita dalam belajar .Antaranya hadir ke kuliyah(saper2 yang tak datang kuliah tu,lain kali rajin2kanlah mai kuliah ya),ulangkaji berulang kali(jangan cepat bosan,bak kater prof,repetition made perfection), tambahkan dengan bacaan luar(info dalam tenet ker), cari kaedah membaca dan mengingat secara cepat dan tepat dan sebagainya.

Seterusnya, kita  haruslah berusaha sedaya upaya dan segigih mungkin untuk mencapai apa yang kita inginkan.Hadapilah apa jua rintangan yang menimpa dengan hati yang tabah dan sabar kerana  pasti ada ganjaran yang menanti di hadapan sana…insyallah…

Insyallah,jika kita istiqamah melakukan semua ini,kita akan menjadi orang yang berjaya bukan sahaja dalam pelajaran malah akan berjaya memperolehi ilmu yang bermanfaat untuk diri kita dan juga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Seterusnya,setelah berusaha kita kena la bertawakkal kepada Allah.

Mungkin ada orang Tanya,:camne caranya nak bertawakkal pada Allah?”maksudnya kita berserah kepada Allah.Apa jua keputusan yang kita akan dapat nanti harus kita terima dengan penuh redha dan sabar(samada cemerlang atau fail).

“Camne pula nak pupuk sikap tawakkal dalam diri ni?”Tanya seorang lagi…(contoh ya)..

Senang je jawapannya…

Kita kena ada sikap  mengenal diri sendiri(keupayaan kita ni setakat mana), menyedari kelemahan kita(cthnya kita ni susah betul bab2 menghafal ni), keterbatasan ilmu kita,(ilmu kita ni bagai setitis air berbanding dengan ilmu Allah yang seluas lautan) dan kehendak kita sendiri(samada kita betul2 berserah kepada Allah atau apabila kita Berjaya semua tu adalah hasil dari usaha kita sendiri)

Apa yang saya sebut tadi,tu semua adalah modal utama untuk meraih tawakkal. Sesunggunya Allah menciptakan manusia dalam keadaan lemah, dikeluarkan dari perut ibunya tanpa mengetahui apa-apa, lalu diberi anugerah yang  menjadikan manusia khilafah (pemimpin)di muka bumi ini. Namun demikian, ilmuNya tidak sebatas ilmu manusia, kemampuanNya tidak sebatas kemampuan manusia. Kesadaran tentang hal ini akan menjadi pendorong terbesar bagi seorang hamba untuk bergantung pada Allah



Akhir kalam.pernahkah anda dengar perkataan “DUIT”.Eh,ni bukan duit yang maksudnya money tu tau…huhu…

D- Doa
U-Usaha
 I-Ikhlas
T-Tawakkal.

Jadi,selaraskan doa dan usaha serta ikhlaskan niat kita dalam menuntut ilmu kemudian bertawakkallah kepadaNya.Insyalllah,Dia tahu apa yang terbaik untuk kita…..

GUD LUCK SEMUA EXAM!!!!

Wallahu A'lam




05 November 2008

aku ada 4 isteri....

Assalamualaikum kawan-kawan semua..


Semoga anda semua berada dalam sihat sejahtera di bawah limpah kurniaNya.Saje je nak berkongsi citer.Boring lak takde keja nak wat ni(mentang-mentang baru abis exam mid term kan+cuti daripada kuliah lak tu tapi praktikal still adala.)Insyallah hari Sabtu ni start blok baru lak...eh,ni tak masuk citer lagi tau..ni baru muqaddimahnya..sabar..sabar...emm..takleh sabar eh..ok..ok..takpela..bacala citer ni..moga2 anda mendapat mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya..selamat membaca...


Alkisahnya...beginilah ceritanya...

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri(banyak tu,bukan sikit tau). Berbanding isterinya yang lain,peladang ni sangat mencintai isterinya yang keempat(yalah..isteri keempat tu paling lawa,paling cun,kira paling cantik la antara yang lain)Maka, peladang ni sayang lebih la isteri ke-4 ni..Apa-apa je yang isteri ke-4 nak,peladang ni bagi je(x heran sikit pun walau banyak habis duit,sayang punya pasal kan)


Namun begitu,Pedagang ni juga sayang kat isteri no-3(tapi pas isteri no-4 la).. Dia sangat bangga dan megah dengan isterinya ini, kalau boleh dekat semua orang dia nak bagitahu ni isteri dia.Tapi,peladang ni bimbang gak kekadang takut isteri dia ni lari ngan lelaki lain(al maklumlah,peladang ni tak mampu berikan kasih sayang sepenuhnya kepada isteri no 3 ni).

Alahai!!oh peladang,rupa-rupanya dia sayang jugak kat isteri no 2 sebabnya isteri no 2 ni seorang yang sabar dan penuh pengertian(memang understanding sangat-sangatla). Bila-bila masa je peladang ni ada masalah,isteri no 2 la yang dicari dulu,tak ingat dah isteri yang lain.Memang isteri no 2 sangat istimewa la di hati peladang ni.Kalau takda isteri no 2 peladang ni seakan-akan hilang tempat bergantung.Begitulah penangan isteri no 2 ni kalau kawan-kawan nak tau.

Tapi kan,sikap isteri no 2 sama je ngan isteri peladang yang pertama.Isteri pertama ni seorang yang sangat setia dan jujur sayang sangat kat suaminya ni. Dialah yang paling banyak berkorban selama ni,bersusah payah menguruskan ladang dari sekangkang kera sehinggalah sekarang ladang dah jadi berhektar-hektar.Dia jugalah yang membenarkan suaminya kahwin lain walaupun hatinya tidak dapat menerima keputusan suaminya ni(makan hati betul)Dia jugalah yang jadi bendahari urus wang keluar masuk si suami ni. Akan tetapi si peladang ni x sayang sangat kat isteri pertama(yala,dah tua,kerepot lagi).

Nak dijadikan cerita la kan,Suatu hari, si pedagang jatuh sakit. Dia dapat rasa macam umurnya dah tak panjang dah. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya bersama 4 orang isteri, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal nanti, aku akan sendiri. Oh,betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati si peladang,dahla dia tengah sakit,makin bertambah sakitnya bila isterinya cakap camtu.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau bersamaku, dan menemani nanti?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup aku dah sempurna di sini. Aku akan kahwin lagi jika kau mati". kejam sungguh jawapan yang diberikan oleh isteri ke-3.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."


alhamdulillah..abis dah citer ni.Dapat x apa yang ingin disampaikan dalam citer ni?kalau x tahu kenala baca sampai habis citer ni..hehe

Sebenarnya kita semua ada 4 orang isteri tau.Eh,takkan la pempuan pun ade 4 orang isteri gak.pempuan mana leh kawin sama pempuan.lelaki boleh la.alamak!!!camne eh??hehe..alahai.....isteri dalam citer ni metafora je la..ok..baca selanjutnya..

ISTERI KEEMPAT sebenarnya adalah tubuh kita.Cuba kira berapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk badan kita supaya nampak cantik.Kalau pempuan beli ubat diet la,make up la,beli baju cantik2..tu semua nape?sebab nak nampak cantik kan?nampak indah kan?Tapi kan,1000 kali sayang kerana semuanya akan hilang. Semua tu akan meninggalkan kita apabila jasad berpisah dengan ruh. Tak ada keindahan dan kecantikan yang tersisa walau sedikitpun saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita.Kita punyala sayang kat duit kita sampai nak keluarkan sedekah pun,kita takut..takut habis duit padalah dalam bank tu berlonggok2.teringat kata seorang kawan..duit berkepol2 dalam bank,nape tak guna nati berkulat gak..hehe.. Saat kita meninggal, semua tu akan pergi juga Mereka akan berpindah ke tangan orang lain dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah keluarga,kaum kerabat dan teman-teman kita. Memang kalau ada apa2 masalah yang melanda merekalah yang kita rujuk.Namun,hubungan sesama manusia setakat manala kekal kerana mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai ke kuburla mereka akan menemani kita,dan akhirnya kita ditinggalkan juga.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya.Kekadang kita dop sibuk uruskan harta kita,urusan kita sampai kita lupa kat isteri pertama. Namun, sebenarnya, hanya merekalah saja yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kita selama-lamanya walau kemana jua kita melangkah. jangan lupa isteri pertama lah yang boleh menolong kita diakhirat kelak.



habis dah cerita.Harap anda semua dapat memikirkannya dengan sebaik mungkin.Jadi,moga anda semua menyayangi isteri pertama anda dengan sebaik mungkin kerana dialah yang bersama-sama anda dari awal hingga akhirnya.....



Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!


p/s:kepada kaum pempuan,pakat2 jadi isteri pertama ya.Jangan dop jadik isteri ke-2,ke-3 or ke-4 la deh...hehe