28 December 2008

tahun baru 1430H

Assalamualaikum w.b.t....


sedarkah sahabat bahawa hari ini adalah tahun baru?Hari pertama dalam bulan Islam-1 Muharam.Saya pasti anda tahu bukan..semestinya anda alert pasal semua ni kan?Namun,saya sedikit kecewa dan sedih apabila ada sesetengah sahabat yang beragama Islam tidak sedar bahawa hari ini ialah 1 Muharam.Kenapa 1 Januari anda boleh ingat yakni permulaan tahun baru bagi barat tetapi anda tidak ingat permulaan tahun baru dalam bulan Islam?

Saya harap saya masih belum terlambat untuk mengucapkan"Selamat menyambut tahun baru-1430 H.Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya."Saya ingin berkongsi sedikit amalan yang boleh dilakukan sebelum tibanya 1 Muharam ini iaitu membaca doa.Perkara ini xla wajib untuk kita lakukan,tak berdosa pun kalau tak buat..Tapi,kalau buat insyallah dapat ganjarannya dan alangkah bertuahnya anda sekiranya doa anda ini di makbulkan.Bacaan doa awal tahun biasanya dibaca selepas masuk waktu Asar manakala doa akhir tahun selepas masuk waktu Maghrib.


BACAAN DOA AWAL TAHUN




Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


BACAAN DOA AKHIR TAHUN



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


p/s:moga dengan munculnya tahun baru akan mengubah kita semua ke arah yang lebih baik.Azam baru dengan diri yang baru....:-)