31 December 2007

BERSAMA SC............

Hari ini 31 disember saya menghadiri Smart Circle (SC) bersama kak Elli .Saya menuju ke sana bersama kak Rai dan Abid setelah bersama-sama menghabiskan kelas mengaji.Sebenarnya sebelum itu,saya telah menghabiskan masa ronda2 Ibrahimyyah dengan farah dan Ika.Memang niat di hati untuk pusing2(dah lama dah tak pusing2 ni)sambil2 tu nak jengok2 jugak Fatahhallah yang baru bukak kat Ibrahimiyyah..

Dah lama rasanya tak jumpa Kak Elli(walaupun selalu jumpa sebab rumah Kak Elli bawah rumah saya jer)…tapi saya percaya itulah manisnya ukhwah yang dijalin…saling rindu-merindu walaupun sekejap berpisah…

Selepas maghrib,semua dah berkumpul dan Kak Elli memulakan pengisian dengan tafsir Surah Al-Balad.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

لَآ أُقۡسِمُ بِہَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ (١) وَأَنتَ حِلُّۢ بِہَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ
Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini; (1)

وَأَنتَ حِلُّۢ بِہَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ (٢)
Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas), (2)


وَوَالِدٍ۬ وَمَا وَلَدَ (٣)
Demi manusia yang melahirkan zuriat dan zuriat yang dilahirkannya; (3)

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِى كَبَدٍ (٤)
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran(4)

أَيَحۡسَبُ أَن لَّن يَقۡدِرَ عَلَيۡهِ أَحَدٌ۬ (٥)
Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)? (5)


يَقُولُ أَهۡلَكۡتُ مَالاً۬ لُّبَدًا (٦)
Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (5)

أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ يَرَهُ ۥۤ أَحَدٌ (٧)

Adakah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (7)
أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُ ۥ عَيۡنَيۡنِ (٨)
Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: Dua mata (untuk dia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) (8)

وَلِسَانً۬ا وَشَفَتَيۡنِ (٩)
Dan lidah serta dua bibir (9)

وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ (١٠)
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (10)

فَلَا ٱقۡتَحَمَ ٱلۡعَقَبَةَ (١١)
Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; (11)

وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ (١٢)
Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? (12)

فَكُّ رَقَبَةٍ (١٣)
Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi;

أَوۡ إِطۡعَـٰمٌ۬ فِى يَوۡمٍ۬ ذِى مَسۡغَبَةٍ۬ (١٤)
Atau memberi makan pada hari kelaparan. (14)

يَتِيمً۬ا ذَا مَقۡرَبَةٍ (١٥)
Kepada anak yatim dari kaum kerabat, (15

أَوۡ مِسۡكِينً۬ا ذَا مَتۡرَبَةٍ۬ (١٦)
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah. (16)

ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ (١٧)
Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang. (17)

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ (١٨)
Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga). (18)

وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا هُمۡ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ (١٩)
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. (19)


عَلَيۡہِمۡ نَارٌ۬ مُّؤۡصَدَةُۢ (٢٠)
Mereka ditimpakan (azab seksa) Neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya). / (2o

Kemudian,acara seperti biasa(vafourite verse yang boleh memberi impak yang besar pada diri kita…Jadi,tanpa membuang masa yang agak ketat ni, saya memilih ayat 12 sebagai ayat favourite.Ayat yang membawa maksud”dan apakah kamu tahu jalan yang mendaki dan sukar itu”.Bagi saya,ayat ini menyebabkan kita berfikir dan tertanya-tanya apakah jalan yang perlu kita daki dan sukar itu?Sukar sangatkah jalan itu sehingga ramai orang tergelincir dari pendakiannya?bagaimanakah pula caranya untuk kita sampai ke puncak yang kita ingin daki itu?

Itulah antara sebab kenapa saya memilih ayat itu sebagai saya memilih ayat itu sebagai ayat favourite saya.Bagi saya,adalah lumrah manusia untuk menyeloka dan selidik secara mendalam dan teliti akan apakah yang tersirat disebalik apa yang tersurat itu.

Sememangnya kehidupan manusia penuh dengan kesukaran.Apalah gunanya menjadi manusia tanpa ujian mendatang,kosong tiada makna kerana ujian itu membentuk manusia menjadi seorang individu yang mempunyai kekuatan serta ketabahan untuk meneruskan hidup yang mendatang.Kak Elli memberi satu analogi sekiranya kita mempunyai seorang sahabat dan kita amat menyayangi sahabat kita itu sehingga melebihi kasih kita kepada Allah S.W.T.Sesungguhnya itu juga dalah satu ujian dalam perhubungan kita,dalam ukhwah kita.Rasanya tidak ada seorang manusia pun yang hidup dalam dunia ini tidak menempuh kesusahan atau keperitan sepanjang hayatnya.

Oh ya..berbalik kepada soalan tadi,bagaimanakah caranya untuk kita sampai ke puncak yang kita ingin daki itu?Jawapannya telah termaktub dalam surah Al-Balad ini iaitu melepaskan hamba dari perhambaan jika sekiranya kita ada hamba.Mungkin di zaman ini jarang sekali terdengar adanya sistem perhambaan dalam sebuah masyarakat ,amalan lain ialah memberi makan pada hari kelaparan,membantu anak yatim yang ada kaitan hubungan kerabat dengan kita dan menolong fakir miskin.


Senangkah amalan2 ini untuk diamalkan?..Bagi saya amalan2 ini amat senang dilakukan jika kita sendiri berusaha untuk mengamalkannya.Bukannya susah pun untuk bersedekah pada fakir miskin yang sememangnya kais pagi makan pagi,kais petang makan petang sdangkan kita kadang2 makanan ada yang dibuang sahaja.Sedikit demi sedikit kita cuba melatih diri kita..insyallah..


Apakah balasannya pula jika kita Berjaya mendaki jalan yang sukar ini?Allah telah berkata bahawa golongan ini akan termasuk dalam golongan orang2 yang beriman dan terdiri dari golongan kanan.Lalu saya teringat pada satu buku yang telah saya baca.Andaikata anda sekarang seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan ataupun seorang pekerja di sebuah syarikat contohnya.Tiba2,cikgu menyatakan suatu berita yang membuatkan semua orang melompat2 kegembiraan..manakala pekerja syarikat itu didatangi bosnya yang juga menyatakan sesuatu yang membuatkan pekerja ini tersenyum girang dan makin tekun bekerja…

Rasa-rasanya la,apakah yang telah cikgu dan bos ini katakan kepada pelajar dan pekerja tadi?

Emmmmm….Sebenarnya cikgu tadi telah menyatakan akan soalan2 spot yang mungkin akan keluar semasa exam nanti manakala bos tadi telah menstimulatekan pekerjanya dengan berjanji bahawa pekerja itu akan dinaikkan pangkat sekiranya dia rajin bekerja.Nampakkah apa yang saya cuba ingin sampaikan?

Dua2,guru dan bos itu masing2 telah menyatakan sesuatu yang menyebabkan perubahan sikap pada pelajar dan pekerja itu.Tapi belum tentu apa yang guru dan bos itu nyatakan akan menjadi kenyataan.Tapi,apakah sikap pelajar dan pekerja itu?Mereka sangat yakin dan percaya pada kata2 guru dan bos mereka kan?

Jadi kenapa tidak kita percaya pada kata2 Allah,kata2 khalik pencipta seluruh alam ini yang sememangnya kata2 yang benar,tiada unsur penipuan atau pemalsuan dan semestinya janji Allah memang tidak boleh dinafikan akan kebenarannya kerana ia pasti akan berlaku..


Saya cuba fikir kembali,kembali dan kembali…..

Sememangnya kehidupan seorang manusia itu sukar,namun apa yang lebih sukar ialah apabila kita sendiri yang menyukarkan keadaan itu.kata Kak Elli faktor yang menyukarkan keadaan itu ada 3 iaitu:

Nafsu
Syaitan
Sifat terlalu cintakan dunia

Walaupun sukar untuk mengatasi ketiga-tiga benda ni,namun semestinya kita perlu ada usaha untuk berubah dan mengatasinya supaya kita dapat berubah kepada yang lebih baik….insyallah….azam tahun baru akan tersemat didada….:-)



28 December 2007

aku dan kesibukanku....



ISNIN

8-2 tengahari:lecture
4 petang-8 malam:bersama sc
8.30-11 malam:berbincang untuk persembahan..


CUTI RAYA AIDLIADHA BERMULA

SELASA
8-12: sesi latihan persembahan..
12.30-2 : perjumpaan peserta BEYOND HORIZON OF ISLAM
2-3.30 petang : gi mahattah(ada benda kena ambik)
PETANG : rehat
Malam : persiapan raya(wat popiah and kek coklat..yummy)

RABU(HARI RAYA AIDILADHA)

5-6.30 : Bersiap untuk raya
6.30-7.30 sembahyang raya
7.45-2 : jamuan hari raya akhawat iskandariah
3.30-7 : ziarah
7-9 : pengisian malam qiamullai


KHAMIS(HARI RAYA KE-2)

3.30-6.30 : Qiam Jamie
: solat subuh
: tazkirah pagi
: taaruf
7-11.30 : futsal
12-3 : berkemas untuk ke Cairo
4-7 : dalam train
7 malam : selamat tiba di Cairo
7-9 malam : bergerak ke hayyu sabi’
: ke rumah Perlis
: ke rumah Kelantan
: ke rumah Kak Bal
10 malam :zzzzzzzzzzzzz
z

JUMAAT(HARI RAYA KE-3)

9.00 : Menuju ke rumah Kak Faqiha(jumpa fateh)
9.05: ke rumah kak Ibtisam
10.00 jumpa kak pipah
11.00-1.00 : round hayyu sabi’
1.30 menuju ke fustat
2.30 : tiba di Fustat
3.10: menaiki teksi ke stesen Metro
3.30 : menaiki Metro ke stesen Ramsis
4.00: selamat menaiki train ke alex
7.35 : sampai di Alex
9.30:sampai di rumah
9.45:cari maklumat untuk Beyond the horizon of islam



SABTU
10.00-1.30 :slot 1 BEYOND THE HORIZON OF ISLAM
3.30-7.30: perbincangan(system pendidikan di Malaysia
9 malam:zzzzzzzzzz(penat sangat kot)


AHAD
9-12.15 :slot 2
12.20-1.15 : rehat
1.18-3.00 : persiapan untuk pembentangan
4.00-8.45 : pembentangan
8.45-10.00 : BBQ
: sesi bergambar



ISNIN
12.30-3.30 : program Bajik untuk junior akhawat
4.00-8.00 : jamuan sec 2
9 malam: zzzzzzzzzzzz

SELASA DAH START KELAS….

sibuknya diriku...cuti secuti cutinya..tapi takper…sekurang-kurangnya cuti ini dimanfaatkan dengan perkara yang bermanfaat..Insyallah ada ganjaran menanti dirimu….walaupun saya merasakan berat di hati kerana tiada masa untuk berehat sedikitpun pada masa cuti yang memang jarang2 dapat ni,tapi saya percaya ALLAH lebih tahu segala-galanya…

insyallah…nikmatnya tiada dapat dihitung..inikan pula pengorbanan sekecil ini….”cambahkan rasa tadhiyah dalam diri”….nasihat saya pada diri sendiri…

24 December 2007

korban kita korban mereka







Apakah yang kawan 2 akan jawab apabila saya menanyakan apakah yang telah terjadi pada 19 Disember 2007 atau dalam calendar hijrahnya 10 Zulhijjah 1423 H dan apakah kepentingannya hari ini kepada umat Islam?

Jeng..jeng…jeng….

Tak ingat ker??ala….takkan la tak ingat…piker dulu betul2…jangan cepat mengalah..emmmm…x tau jugak…okla..ok..saya bagitau k…

kalau nak tahu,sebenarnya hari yang tersangat istimewa ini adalah hari yang memperingatkan kita kembali kepada kisah sebuah pengorbanan ayah yang sanggup mengorbankan anaknya demi ketaatannya kepada Allah dan cerita ini tidak lain tidak bukan adalah berkaitan dengan pengorbanan nabi Allah,Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.Selain itu,hari ini juga menjadi symbol perpaduan ummah yang jitu apabila setiap tahun umat Islam akan berhimpun di Mekah untuk menunaikan ibadat haji.


Dah dapat dah klu sikit??tak dapat jugak….ala…jangan sedih…saya bagitau k…

Hari itu ialah HARI RAYA AIDILADHA atau HARI RAYA HAJI atau HARI RAYA KORBAN mengikut sesetengah orang..




Kalau raya kat Mesir ni.hari raya aidiladha memang meriah,lebih meriah dari hari raya aidilfitri.Kalau kat Malaysia,mestila terbalik(hari raya aidilfitri lebih meriah dari hari raya aidiladha).Hari raya aidilfitri meraikan kemenangan kita setelah mengakhiri puasa selama 30 hari(lebih kurang) manakala hari raya aidiladha adalah tanda peringatan semula kepada kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail di samping tanda kesyukuran untuk para jemaah haji kerana dapat menunaikan rukun Islam yang ke-5.

Semalam kami serumah sibuk menyediakan sedikit kuih muih untuk jamuan yang akan diadakan di dewan esok pagi(akhawat sahaja).Namun,saya tidak lupa pesan seorang rakan jangan terlalu menyibukkan diri dengan hal2 duniawi pada malam raya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Pada pagi esoknya kawan2 dan saya berkumpul di dewan setelah menunaikan solat sunat raya.Program dimulai tepat pukul 8 pagi yang bertemakan KORBAN KITA KORBAN MEREKA.Program dimulakan oleh saudari pengerusi majlis dengan tayangan slide show khas untuk akak senior tahun 6 yang akan mengakhiri tahun mereka.

Sesungguhnya pengorbanan akak2 memang tidak terbalas.Betapa besarnya pengorbanan mereka dalam menguruskan kehidupan kami kepada yang lebih baik sejak mula2 datang sehinggalah sekarang.slide show yang menyayat hati itu menyaksikan jatuhnya air mata dari kami(termasuklah saya)…Sayunya hati apabila memikirkan mungkin ini kali terakhir dapat menyambut hari raya dengan mereka semua…


Sesuai dengan tema KORBAN KITA KORBAN MEREKA,kami juga diingatkan supaya tidak lupa dengan nasib masyarakat Islam di luar sana yang ditindas sewenang-wenangnya oleh orang2 yang zalim dan tidak berperikemanusiaan..Sesungguhnya mereka sanggup berkorban diri untuk mempertahankan tanah air mereka..Besar sunggguh pengorbanan mereka..

Kemudian…
seorang ibu sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan anak2nya

Saya tanya pada diri apakah pengorbanan yang telah saya lakukan??apakah rasa tadhiyah dalam diri ini sungguh kurang berbanding mereka?lalu,saya berfikir…mungkin cara saya berkorban berlainan dari mereka(namun tiadala sebesar mereka yang sanggup korban harta dan nyawa)..betapa kerdilnya diri saya ini…


Apabila bandingkan KORBAN SAYA dengan KORBAN MEREKA,sungguh jauh jaraknya…dan ini membuatkan saya sedar sendiri…bersyukurlah dengan apa yang kita sudah ada..jangan tamak haloba meminta sesuatu kerana ukurlah apakah yang telah kita korbankan sepanjang kita hidup di dunia ini…..

Wassalam….

17 December 2007

a story of a barber...


A man went to a barber shop to have his hair cut and his beard trimmed.As the barber began to work, they began to have a good conversation. They talked about so many things and various subjects, when they eventually touched on the subject of ALLAH.

The barber said, "I don't believe that ALLah exist."
"Why do you say that?" asked the customer.
"Well, you just have to go out in the street to realize that ALLAH doesn't exist. Tell me, If ALLAh exist, would there be so many sick people? Would there be abandoned childrens? If ALLAH existed, there would be neither suffering nor pain. I couln't imagine a loving ALLAH who would allow all these things."

The customer thought for a moment, but didn't respond because he didn't want to start an argument.

The barber finished his Job and the customer left the shop.
Just after he left the barber shop, he saw a man in the street with long, stringy, dirty hair and an untrimmed beard. He looked dirty and unkempt.

The customer turned back and entered the barber shop again and he said to the barber,

"You know what? Barbers do not exist."
"How can you say that?" asked the surprised barber. "I am here, and I am a barber. And i just worked on you!"

"No!" The customer exclaimed. "Barber don't exist because if they did, there would be no people with dirty long hair and untrimmed beards, like that man outside."
"Ah.. But barbers do exist! That's what happens when people do not come to me."
"Exactly!" Affirmed the customer."That's the point! ALLAH, too, does exist! That's what happens when people do not go to Him and don't look to Him for help. That's why there's so much pain and suffering in the world."

hidupku,resahku,dayaku.....

Hidup satu percaturan…
Percaturan yang merungkai seribu erti
kadang2 mendewasakan..
Kadang2 menyedihkan..
Kadang2 memeritkan…

Aku masih mencari sebuah identiti diri..
Semakin aku dekati sebuah pengharapan..
Semakin jauh pula aku ditinggalkan..
Aku semakin tidak mengerti…
Apakah makna semua ini??


Benakku berfikir…
Adakah ini yang ku inginkan??
Lantas nulariku berkata..
“tidak”
jikalau begitu
Berikanlah jawapan wahai hati..


Lantas hati berkata…
Kau akan menemui jawapannya satu masa nanti..
jangan kau gusar..
jangan kau resah..
Lalu cahaya itu meninggalkanku..
dan membiarkan aku sendiri..
Terpangu-pangu kekeluan..
Di sebalik malam yang suram…

dedicated to my best friend...

A Special Friend

Sometimes in life, you find a special friend.
Someone who changes your life just by being part of it.
Someone who makes you laugh until you can't stop.
Someone who makes you believe that there really is good in the world.
Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it.
This is forever friendship.

When you're down and the world seems dark and empty, your forever friend lifts you up in spirit and makes that dark and empty world suddenly seem bright and full.
Your forever friend gets you through the hard times, the sad times and the confused times.

If you turn and walk away, your forever friend follows.
If you lose your way, your forever friend guides you and cheers you on.
Your forever friend hold your hand and tells you that everything is going to be okay.

And if you find such a friend, you feel happy and complete because you need not worry.
You have a forever friend, and forever has no end.

BaNtAl Oh BanTal..


1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.
Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan
sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan
sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan
seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org
ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala
sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kesian betul... pergila kedai beli satu ok???hehe

14 December 2007

untuk seorang lelaki yang ku cintai

Ya Rabbi...

Aku berdoa untuk seorang lelaki...

Yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..

Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..

Seorang lelaki yang akan meletakkanku...

Pada kedudukan kedua di hatinya setelah engkau..




Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati...

Yang sungguh mencintai dan dahaga..

Akan Engkau...




Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan...

untuk apa dia hidup,sehingga hidupnya tidaklah sia2..

seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak ...

dan bukan sekadar otak yang cerdas...



Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku...

tetapi juga menghormati aku...

seorang lelaki yang tidak hanya memujaku..

Tetapi dapat juga menasihatiku ketika aku berbuat salah..


Seorang lelaki yang mencintaiku..

Bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku...

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku...

Dalam tiap waktu dan situasi..



Seorang lelaki yang dapat membuatku...

Berasa sebagai seorang wanita ketika berada disisinya..

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya...

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..

Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya....

Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk...

membuat hidupnya menjadi sempurna....


Sesungguhnya aku amat menyayanginya....

amat menyintai dirinya...

Seorang lelaki yang diciptakan untuk membahgiakanku....

12 December 2007

kaca mata--->buta--->ERTI SYUKUR

Di suatu pagi,

"Ahhh….sudahla..ari ni spek takder”keluhku.camna nak blaja ni,tak nampak apa-apa pun yang prof anat tu tulis.Dalam sedar tak sedar rupanya mataku sudah adapt dengan kaca mata berpower 100 itu.Sebenarnya salah diriku juga,terlalu cuai dan alpa sehingga tertinggal kaca mataku di meja prof semasa praktikal micro.alahai,aperla nasibku…pagi yang sengsara akhirnya berakhir dengan kegagalanku untuk memahami lecture dengan sebaiknya…tengahari itu saya menuju ke lab micro,1000 kesyukuran kupanjatkan(alhamdulillah)apabila mendapati bahawa pekerja itu menyimpan kaca mataku..kalau hilang nampaknya kaca mata baru itu akan bertukar kepada yang lebih baru..nasib baik..


Sedang saya berjalan pulang,saya mula terfikir akan kepentingan kaca mata ini..walaupun tak selalu pakai,hanya utilize this glasses only in lecture..tapi tadi,betapa sukarnya saya untuk memahami apa yang diajar oleh prof kerana dibatasi oleh pengelihatan yang bukan seperti orang normal.. kerap kali juga menjenguk nota orang sebelah..

Nampaknya,satu nilai kehidupan telah ku pelajari..ERTI SYUKUR… saya terfikir betapa besarnya nikmat mata yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya..

Ya Allah Ya tuhanku,betapa bersyukurnya aku kerana dikurniakan sepasang mata yang dapat berfungsi dengan baik,tiada abnormality sejak dari lahir lagi (walaupun sekarang agak bergantung kepada sepasang alat yang membantu pengelihatan)..betapa bersyukurnya diriku kerana dikurniakan ingatan yang baik(tak melupakan terus dimana saya tinggalkan kaca mata itu) dan betapa bersyukurnya diriku kepadaMu kerana membuatkan aku lupa sehingga i get to learn one value of life today yang dapat membimbing diriku seterusnya..insyaallah..

Dalam pada itu,fikiran saya mula menerawang memikirkan bagaimanakah perasaan orang yang terbatasnya pengelihatan,orang buta yang tak dapat melihat walau secebis cahaya sedikitpun,tiada warna menyerikan hari-hari mereka,tidak dapat melihat wajah-wajah manusia yang menyayangi mereka..yang ada hanyalah kegelapan yang menyelubungi diri mereka buat selamanya....


Saya cuma terfikir jika satu hari tanpa diduga,apabila saya bangun dari tidur dan mendapati sekeliling saya hanya diselubungi kegelapan,saya cuba membuka mata saya..saya sudah buka…saya gosok-gosok mata saya..namun hanya kegelapan juga yang menghantui diri saya.Ya Allah,tak sanggup rasanya membayangkan diri saya sebegitu..
Namun jika itu takdirmu apalah dayaku untuk menolak apatah lagi menyalahkan takdirMu.


Saya percaya kita jarang mensyukuri apa yang kita ada sehinggalah tiba satu masa, apabila kita kehilangannya barulah kita tersedar akan berharganya ia dan kita tersedar dari sebuah lamunan dan mula menagih kembali apa yang telah hilang..Namun apa yang telah hilang jarang akan kembali ke sisi kita semula..


oleh itu,sahabat2 semua sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada....Jangan bersikap tamak haloba menagih apa yang kita tidak mampu perolehi....insyallah,sama-sama kita usahakan ya...

11 December 2007

KISAH KUPU-KUPU...


Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. .Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan. Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

pernahkah sahabat-sahabat sekalian memohon diberi kekuatan dan keteguhan hati??...Dan sebenarnya Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal.. Kita memohon kebijaksanaan...Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang. Kita memohon kemakmuran...Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran. Kita memohon cinta...Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk
diselamatkan dan dicintai. Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati...Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti. Begitulah cara Tuhan membimbing Kita...Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?

Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.Tidak semua yang kita inginkan akan kita perolehi..apa yang kita perlu lakukan ialah yakin dan percaya bahawa Allah punya rahsia...

kenapa manusia diuji??

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat
216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. " -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang
yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " -Surah
Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal. " -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

atas nama cinta



DI ATAS NAMA CINTA-UNIC

tika mata diuji manisnya senyuman
terpamit rasa menyubur harapan
dan seketika terlontar ke dunia khayalan
hingga terlupa singkat perjalanan

tersedarla aku dari terlena
dibuai lembut belaian cinta
rela aku pendamkan impian yang tersimpan
enngan ku keasyikan
gusar keindahnnya merampas
rasa cinta pada Dia yang
lebih sempurna

bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
dan ku cuba menghindar pesona maya
kerna tak upaya ku hadapinya
andai bukannya menghukum leka

dia atas nama cinta pada yang selayaknya
ku nafikan yang fana
moga dalam hitungan setiap pengorbanan
agar disuluh cahaya redhanya

biar sendiri hingga hujung nyawa
agar tak sepi dari kasihnya
kerana sesungguhnya kahikat cinta
hanya Dia yang esa...

dia atas nama cinta pada yang selayaknya
ku nafikan yang fana
moga dalam hitungan setiap pengorbanan
agar disuluh redha(2*)
salahkah hati ini
dengan cinta hakiki
sehingga ku rasai nikmatNya


syurganya...cintaNya...



pernah sekali lagu ini menyerang diri saya sehingga saya tidak berhenti-henti mendengarnya..sampai ada salah seorang sahabat bertanya tak puaskah asyik mendegar lagu yang sama..saya hanya tersenyum tanpa menjawab persoalannya..

Tak tahu kenapa saya amat tersentuh mendengar lagu ini..seorang insan yang sanggup menolak cinta dunia,cinta yang fana,cinta yang sememangnya mengasyikkan dan antara anugerah yang terhebat oleh Allah kepada manusia hanya kerana cintanya kepada Allah S.W.T mengatasi segalanya.Adakah saya boleh mencapai tahap kecintaan orang-orang seperti ini?persoalan ini kerap kali menghantui benak fikiran saya..


Namun,saya juga ingin menjadi seperti insan ini..hatinya hanya dipenuhi dengan kecintaan oleh Allah.Beliau tidak takut untuk hidup bersendiri walau akhir hujung nyawanya kerana dia percaya bahawa Allah akan sentiasa bersamanya.

Ya Allah,betapa aku begitu jauh sikapnya dari sikap insan ini..Aku takut untuk hidup bersendirian,aku takut akan kesunyian,aku takut menempuh perjalanan kehidupanku tanpa teman di sisi,aku bimbang aku tiada tempat pergantungan,aku gusar aku lemah tanpa kasih sayang..sedangkan aku lupa bahawa ENGKAULAH yang paling pemurah,penyayang,pelindung,peneman yang teragung...ya Allah..berilah aku kekuatan dan ketabahan dalam menempuh dugaan-dugaan ini..
Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita


Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan


Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan


Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan


Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli


Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan


Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan


Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli


Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan


Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan

"You're my lovely school, I love you, I miss you"



lagu yang membuatkan kita teringat kembali pada zaman persekolahan kan??
setiap kali laptop saya memutarkan lagu ini,perasaan saya terus meronta-meronta keriangan..bukan apa..sekadar terkenang kisah-kisah di zaman muda2 dulu.


Alahai,seringkali juga jiwa saya terasa ingin terbang merentasi masa untuk kembali pada saat itu..di saat masih kebidak-budakan,bermain sorok2,kejar2,panjat2 pokok(ganasnya...hehe),di saat fikiran masih belum matang( buat apa pun takper),mandi sungai dengan kawan2 dan di saat masalah tak memberatkan kepala...alangkah indahnya kenangan itu...:-)



Namun,saya sedar mana mungkin masa dapat kembali ke saat2 itu...yang tinggal hanyalah memori indah yang tak mungkin saya lupakan...semakin saya dewasa,semakin saya mengerti akan hakikat sebuah kehidupan..dahulu saya selalu berfikir untuk terus kekal di zaman kanak2,namun mana mungkin...kalau itu yang terjadi,tiadalah gunanya kita hidup di dunia ini..tiada perkembangan,tiada proses perubahan,tiada litar kehidupan..sedangkan rama2 yang indah itu pun mengalami proses perubahan yang berperingkat hanya dari larva yang sangat kecil.Dedaun pokok yang menghijau juga akan turut gugur menyembah bumi,jadi mana mungkin kita boleh kekal pada satu peringkat kehidupan..saya termenung sejenak memikirkan keindahan alam ciptaan Tuhan..



bagi saya zaman kanak2 adalah masa untuk membentuk jiwa seseorang individu itu sendiri...kan anak kecil ini ibarat kain putih,terpulang pada penjaganya bagaimana untuk mencorakkannya samada untuk membuat corak2 yang penuh dengan lukisan hati yang bersih,damai dan menenangkan atau menconteng sesuka hati dan membiarkan corak itu tanpa dibaiki sehingga corak yang terbentuk sangat buruk dan menjelikkan mata yang memandang??



maka,sahabat-sahabat semua saya pasti tentunya kalian semua kanak2 yang baek sajer masa kecik2 dulu.Kalua tak,takkanla kalian semua boleh menjadi orang yang cemerlang sepeti ari ini kan?jika ada rezeki,apabila kalian semua berpeluang untuk memperoleh zuriat sendiri,didiklah anak2 kalian dengan baik berasaskan teras agama dan ajarlah mereka dair kecil lagi tentang hukum hakam agama agar mereka tidak akan sesat dalam perjalanan mereka menemouh hidup di dunia ini...insyallah...

10 December 2007

adakah anda menghargai emas??

sedang saya termenung sambil fikiran melayang-layang...

ermmm....sedar tak sedar dah dua kali saya menempuh musim winter disini...cepatnya masa berlalu,terus bergerak pantas tanpa saya sedari,masa yang berlalu tak mungkin akan kembali lagi dan saya terus teringat surah al asr :



وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)

walaupun surah ini pendek,mencakupi 3 ayat sahaja namun cukup memberi sebuah peringatan kepada muslimin muslimat seluruhnya tentang kepentingan masa.Manusia sentiasa alpa dan lalai dengan kehidupan dunia sehingga tidak sedar masa usia mereka dihabiskan dengan kehidupan duiawi yang semestinya tidak akan kekal selamanya.


Jika al-Quran itu seperti satu pokok besar,maka surah ini seperti biji benihnya dan semestinya biji benih yang mengandungi segala nutrient yang diperlukan oleh sepohon pokok akan menjadikan pokok itu tumbuh dengan suburnya.Surah al asr mengandungi segala keperluan yang diperlukan oleh Al Quran yang suci.Bagi saya,surah ini komprehensif di mana ia senang dibaca dan senang diingat namun amat mendalam maksudnya.

Apabila saya ulang-ulang lagi membaca surah ini sesungguhnya surah ini cukup bermakna dan sekiranya dipraktikkan tentulah kita akan menjadi seorang individu yang sistematik,menepati janji dan tidak membuaang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

saya ingin membuat satu situasi di sini,contohnya apabila kita berjanji dengan sahabat kita untuk bertemu di satu tempat untuk berdiskusi contohnya sekiranya kita seorang yang tidak menghiraukan akan kepentingan masa,sekaligus kita terlupa pada pertemuan yang telah dijanjikan kerana lalai bermain game atau menonton televisyen tanpa kita sedari jarum masa bergerak melewati masa pertemuan kita.Maka,jadilah kita seorang yang tidak menepati janji,malah sikap ini boleh merosakkan hubungan persaudaraan sendiri.


jadi,sahabat-sahabat semua hargailah masa dengan sebaiknya.Janganlah menyesal di kemudian hari mengingatkan waktu yang telah pergi dan takkan kembali lagi ke pangkuan anda.

"masa itu emas".Namun semestinya masa itu tidak boleh dibandingkan walau dengan segnung emas,Perbandingan di sini hanya untuk menunjukkan bahawa masa itu amat berharga seperti emas.Jika anda sayangkan emas(sekiranya),maka anda juga patut mempunya rasa sayang pada masa.. ....mari kita bersama-sama menjadi individu yang menghargai masa..insyallah..


zulhijjah menjelma lagi..

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. Disebutkan oleh Nabi SAW : "Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih). Allah SWT pula berfirman : "Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).


Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari). Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-


a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28). In Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.


b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah " Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim). Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.


c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.


d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat bertentanglah jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.


e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.


f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)


Nabi SW pula menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)"





Apakah Haji Akbar ?


Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab: "Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi) dan menurut Ulama itulah yang dimaskudkan dalam ayat surat Taubah. Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah. (Ahkam al-Quran, Jassas). Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-sihah, bagaimanapun Imam al-Munawi menolak hadith itu dengan hujah "tiada asalnya". Kesimpulannya : terdapat sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).



Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu 'alam

lawak yang patut diambil pengajaran..

1. Seorang a'rabi berdoa "Ya Allah ampunilah dosaku seorang" Maka ada yg menegurnya "Kan lebih baik kalau engkau brdoa untuk semua; sesungguhnya Allah luas keampunannya" Maka arabi menjawab "Aku tak suka memberati tuhanku"

2. Suatu hari seorang a'rabi sembahyang dibelakang seorang imam. Sedang imam tu baca al-Quran; tiba2 dia terlupa bacaan dan terus membaca ta'awwuz(mnta perlindungan dr syaitan) berulang kali. Maka a'rabi berkata "Syaitan sebenarnya tak bersalah pun. Kau je yg tak pandai baca Quran"

3. Suatu hari seorang a'rabi menyelam di lautan pd musim panas beberapa kali. setiap kali dia menyelam dia akan menghitungnya dgn dia mengikat helaian tali. Maka ada org bertanya tentang perbuatannya. Dia menjawab "Ini adalah mandi2 junub yg yg aku qadakan dr hadas2 besar yg aku tak mandi lagi pd musim sejuk."

4. Suatu pagi seorang a'rabi solat subuh di belakang seorang Imam. Imam itu membaca surah Al-Baqarah(lembu betina) sehingga a'rabi tadi terlepas agenda yg nak dilakukan selepas solat. Pd hari berikutnya sblum Imam solat subuh; a'rabi tadi bertanya "Pagi ni kau nak baca suruh ape?" Imam menjawab "Surah al-Fil(gajah)" Lantas a'rabi tadi keluar lari dr masjid. Dia berkata "Semalam surah al-Baqarah (lembu betina) pun dah sampai tengah hari; ni nak baca surah al-Fil(gajah) mesti sampai tengah malam."

5. Seorang a'rabi yg bermuka hodoh dan tinggi tubuhnya ingin berkahwin. Org bertanya "Bagaimana wanita yg kamu nak?" dia menjawab " Perempuan yg rendah tapi cantik; supaya dapat anak yg tinggi seperti ku dan cantik seperti ibunya." Bila dia kawin perempuan yg dia inginkan dia mendapat anak yg rendah seperti ibunya dan hodoh spertinya.

a'rabi: org arab yg duduk di padang pasir(di luar pekan dan kampung).

soul of Avicenna....

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua....

hanya sedikit ilmu yang ingin ana kongsikan bersama sekadar membuka pemikiran kita dalam menuju puncak untuk menjadi seorang Islam yang berjaya dunia dan akhirat..ana mengupas sedikit tentang tokoh Islam yang terkenal dalam dunia perubatan,Ibnu Sina.


Jangan tak tau,Ibnu Sina bukan hanya mengupas tentang isu kerasulan,ilmu pengetahuan dan metafizik malah beliau turut menyelitkan tentang isu “soul” atau dalam bahasa melayunya roh, jiwa,atau rohani,

Dalam Al Shifa’,beliau menerangkan bahawa roh ini tiada rupa bentuk atau badan kerana ahli cendiakawan mendapati roh ini tidak boleh dibahagi-bahagikan atau dipecahkan kepada beberapa bahagian contohnya.Selain itu,beliau menjelaskan bahawa roh ini sentiasa akan hidup,tidak akan mati walaupun tubuh seseorang individu itu musnah dimakan cacing dan ulat-ulat.

Oleh kerana Ibnu Sina menyatakan bahawa roh ini tidak akan musnah,maka muncullah soalan tentang karakter roh ini.Antara soalan yang menyelubungi benak minda ialah:

1. apakah yang diharapkan oleh roh dari dunia yang diciptakan oleh Allah?
2.Ibnu Sina juga menyatakan bahawa roh ini samada akan diberi ganjaran atau hukuman lalu bagaimanakah ia ditentukan?
3. Ibnu Sina juga menyatakan bahawa roh ini tidak akan mati,jadi kemanakah destinasi roh ini seterusnya

Jawapannya ialah:
1. apa yang diharapkan oleh roh adalah keredhaan Allah semata-mata
2. keperluan hukuman bergantung kepada kewujudan unsur kejahatan dan kajian dari Ibnu Sina mendapati unsur kebaikan dan kejahatan saling bertarung dan mempengaruhi seseorang individual.Jadi,Allah telah menciptakan unsur kebaikan,unsur kejahatan dan juga roh sebagai watak lakonan dalam dunia ini.
Samada roh itu akan mendapat ganjaran atau hukuman bergantung kepada
pilihannya di dunia ini
3. destinasi roh ini akan ditentukan melalui pemilihannya di dunia samada unsur
kebaikan ataupun kejahatan.


Ini hanyalah salah satu cabang ilmu yang dikemukakan oleh Ibnu Sina namun cukup mendalam untuk membuat kita berfikir sejenak,mentafsir diri dan bermuhasabah,apakah nasib roh atau jiwa kita ini?apakah balasan yang kita akan terima,samaada hukuman atau ganjaran? dan kemanakah destinasi roh kita seterusnya,syurga atau neraka?cukupkah amalan kita untuk membawa roh kita ke syurga?seterusnya apakah amalan yang kita boleh lakukan untuk menghidupkan roh kita dengan unsur kebaikan dan bukan sebaliknya?

Oleh itu wahai sahabat semua,marilah bersama kita bersihkan hati,sucikan jiwa,cerahkan nurani.Moga-moga roh kita berada dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa dan diredhai olehNya.

7 tanda2 hati yg hidup dan tidak mati..



Pertama: Lapangnya dada menerima ajaran Islam.

Firman Allah:

Maksudnya: Orang yg Allah lapangkan dada mereka adalah org yg mendapat cahaya dr tuhannya.(22: Zumar)

Nabi bersabda: "Apabila cahaya masuk ke dalam hati seseorang maka dadanya akan lapang dan terbuka" Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah; Adakah ada tanda2 yg menunjukkan demikian?" Nabi s.a.w menjawab:

الإنابة إلى دار الخلود والتجافي عن دار الغرور والإستعداد للموت قبل نزوله

Maksudnya: Org yg beramal utk kembali ke Akhirat yg kekal, Jauh dirinya dgn dunia yg memperdaya dan bersedia untk mati sebelum ianya tiba."(Hr Hakim)

Lapang dada ialah mudah dia nak mematuhi dan menerima ajaran Islam dan tidak berasa sempit dada dgn perkara dunia.

kedua: Gementar hati ketika berzikir mengigati Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya sifat khusus org2 yg beriman apabila disebut nama Allah akan gementar hati2 mereka..."(2: Al-Anfal)

Ketiga: Hati yg khusuk mengingati tuhan.

Firman Allah:

"Sesungguhnya mereka bersegera melakukan kebaikan, berdoa kepada kami dgn penuh mengharap dan takut dan mereka khusuk mengingati kami"(90:Al-Anbiya)

Khusuyk adalah 1. Hadirkan hati dlm Ibadah. 2. Memahami makna yg di lafazkan. 3. Mengagongkan sang pencipta dgn adanya sifat takut dan harap.

keempat: Mudah terkesan dgn Nasihat.

Seperti mana cerita Ali Zainal Abidin bila beliau melihat hamba perempuanya tertuang air panas ke kepala anaknya sehingga mati. Baru sahaja beliau nak marah; hambanya membaca Ayat "Dan org2 yg menahan marahnya" Maka beliau kata: Aku tahan marahku. Hambnya menyambung ayat tadi "Dan org2 yg memaafkan kesalahan manusia lain" Beliau berkata: Aku Maafkan kamu. Hambanya menghabiskan ayat tadi "dan Allah mengasihi org2 yg melakukan kebaikan."(134: Ali Imran) Beliau berkata: Engkau dibebaskan.

Kelima: Merasai kemanisan Iman.

Nabi s.a.w bersabda: "Seseorang itu akan merasai kemanisan Iman bila dia reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muahmmad sebagi Nabi dan Rasul. (Hr Muslim)
Imam Ibnu hajar mengumpamakan org yg mempunyai hati yg baik sperti org yg sihat yg mana dia merasai kemanisan madu. Adapun org yg mempunyai hati yg sakit seumpama pesakit yg merasai madu itu pahit.


keenam: Sentiasa merasai dekat dgn Tuhan.

Tandanya ialah org yg suka beribadah dan bermunajat dgn tuhannya. Seperti mana Nabi Isa a.s berkata kepada hawariyyin " Banyakkan bercakap dgn tuhan dan sedikitkan bercakap dgn manusia" Mereka bertanya "Bagaimana banyak bercakap dgn tuhan?" Nabi Isa mnejawab "Hendaklah kamu sentiasa bersendirian mengingatinya, bersendirian beribadat kpdnya dan bersendirian bermunajat dgnnya."(Hr Abu Naim dlm kitab Hilyah)


ketujuh: Sentiasa kembali kepada Allah.
Firman Allah:"Maka hendaklah kamu lari menuju kepada Allah...(50: az-Zariat)Firman Allah:"Dan org2 yg apabila mereka melakukan kejahatan atau menzalimi diri mereka sendiri; mereka terus mengingati Allah dan meminta ampun kpd Allah..."(135: Ali Imran)
Dlm keadaan senang dan susah hendaklah kita kembali kepada Allah. Nabi bersabda:"Amat dikagumi keadaan org beriman. Mereka sentiasa dlm kebaikan. Sekiranya mereka mendapat kebaikan mereka akan bersyukur; itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan mereka akan bersabar; itu juga kebaikan bgnya."(hadis sahih)

01 December 2007

reZeKI jAdi LuAs KalAu.......


Saya teringat pesan seorang ustaz yang berjaya. Katanya: "Kalau kau
rasa kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah."

Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah.

Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang.. Kena pulak
sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia.

Alhamdullilah lepasdia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas. Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.


Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih
kenyang dan puas.Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya
kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan
kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan,nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah al-Baqarah, ayat 272).


Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?"Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."


Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda,
"Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."

Nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan Betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa..........
Semoga kita semua mendapat manfaat...insyallah