24 June 2012

alhamdulillah...Dr Morsi menang...

Assalamualaikum wbt...


Semalam,saya dapat tahu insyallah keputusan pilihan raya presiden Mesir akan diumumkan pukul 3 petang arini.Lama betul nak tunggu keputusannya,dekat seminggu dah sampai orang2 Mesir pun da kecoh sikit.Saya pulak,nasib baikla x berdebar-debar sangat macam pilihan raya aritu sampai xleh tidur.hehe


Dalam kelas clinical round petang tadi,dr siap cakap agi,"we need to be hurry and u need to reach home early.We don't know what will happen".Aishhh...dr ni wat suspen orang je-akhirnya awal la jugak kiteorang abis kelas,1.30 gitu...patutnya abis kol 2 kan..Masa balik tadi pun,sesak jugak jalan-yela...masing2 pun nak balik rumah nak dengar keputusan pilihan raya.




Tunggu punya tunggu, kol 4 petang pun still x announce agi-ketua SPR umum satu2 keputusan undi untuk setiap wilayah.DAN AKHIRNYA dia mengumumkan kemenangan DR MORSI sebagai presiden pertama selepas revolusi 25 Januari...ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR.....bergema takbir khasnya di Tahrir.....bertabkbirlah rakyat Mesir yang sememangnya dahagakan erti sebuah kemerdekaan dan pembebasan...


      rakyat Mesir yang berhimpun di Tahrir sujud syukur apabila Dr Morsi diumumkan sebagai presiden....




Sungguh saya merasa bertuah kerana dapat menjadi sebahagian dari sebuah sejarah yang bukan calang-calang perjuangannya.Bukan sikit yang bergadai nyawa,bukan sikit yang menderita,bukan sikit yang berkorban harta,tenaga dan masa.Penat lelah mereka akhirnya terbalas dengan pemilihan Dr Morsi sebagai presiden baru yang pertama selepas revolusi...


Alhamdulillah....alhamdulillah.......


“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH adalah sebaik-baik
Perancang” (surah al-Imran :54)


Firman Allah Swt Al-Isra 81
Dan Katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.




Bukankah janji Allah itu pasti.....




Namun,terkedu sebentar apabila terbaca status salah seorang kawan di fb yang berbunyi:


Alhamdulillah....
Kalau di Mesir, kita begitu cakne dengan segala perkembangan politik yang berlaku,
Kalau di Mesir, kita begitu inginkan kemenangan buat yang membawa Islam,
Kalau di Mesir, kita mengharapkan bersatunya pendokong-pendokong Islam di bawah satu naungan demi kekuatan yang jitu,
Bagaimana pula dengan negara Malaysia tercinta kita? 
Semoga Islam terus mekar bersama jiwa-jiwa yang berjalan di atas titian cinta RabbNya...
Tegakkan islam dalam dirimu, nescaya tertegaklah islam di watanmu.


ya...saya lupa saya bukanlah rakyat Mesir..saya adalah rakyat Malaysia..saya  akan pulang ke Malaysia dalam masa 3 bulan lagi selepas graduasi...
bagaimana suasana politik di Malaysia??
bagaimana sistem pemerintahan di Malaysia??
bagaimana dengan anak2 muda di Malaysia-sibuk berjuang untuk agama atau sibuk bershopping dan berparti?


Ya Allah....moga engkau tunjukkan jalan kepada kami....
moga kami generasi muda dapat membawa perubahan kepada malaysia....
moga kami sentiasa thabat dalam perjuangan kami sebagai pendokong Islam......
moga Malaysia dipimpin oleh pemimpin2 Islam yang sebenar-benarnya....insyallah...



23 June 2012

kenali Dr Morsi...







Kenali Dr. Mohamed Mursi (calon Ikhwanul Muslimin untuk Presiden Mesir) :

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran.
2. Satu-satunya calon yang berjanji dan berbaiah di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam di Mesir.
3. Satu-satunya calon yang pernah menjadi pensyarah di 5 buah universiti antarabangsa.
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA.
5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh Majlis Syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation.
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party).
9. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

Alhamdulillah, Dr.Muhammad Mursi telah diumumkan sebagai sebagai Presiden Mesir yang sah. Semoga ianya menjadi satu cetusan semangat untuk kemenangan Islam Di Malaysia.InsyaAllah.

17 June 2012

pilihan raya Mesir..

Assalamualaikum wbt..dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha pengasih masih lagi aku bernyawa pada pagi ini... 


sejak semalam lagi,hati ni sedikit berdebar-debar...bukan sebab nak exam,bukan juga sebab ade orang nak datang merisik(haha)... tapi sebab malam tadi adalah malam last untuk orang-orang Mesir mengundi presiden pertama diorang selepas revolusi aritu... 


2 calon utama ialah Dr Mohd Mursi dan Ahmad Syafiq.Sebelum ni,adalah jugak sembang2 dengan orang2 mesir,tanya2 siapa yang diorang nak pilih.Ingatkan semua org akan pilih Dr Mohd Mursi tapi x sangka ramai jugak yang cakap nak pilih Ahmad Syafiq.PELIKKKK!!x paham kenapa diorang still nak pilih Ahmad Syafiq sedangkan rata-rata tahu Syafiq tu antara orang kuat Mubarak. 


Pernah borak2 dengan seorang dr perempuan Mesir.Katanya dua-dua calon sebenarnya tidak disukai oleh rakyat Mesir.Syafiq tu memang la dalang Mubarak,manakala Mursi pulak dikatakan seorang pelampau islam dan tidak mempunyai sifat kepimpinan.Namun,kalau antara 2 tu,mestila kena pilih Mursi.Kalau pilih Syafiq apa guna revolusi besar-besaran yang mengorbankan bukan sikit nyawa orang Mesir. 
(Dalam hati cakap,manala orang2 ni tau Dr Mursi tu xde sifat kepimpinan...huhu)


emm...tarikh mengundi jatuh pada 16 & 17 Jun..kiranya kiteorang dapat cuti additional 2 hari+jumaat=3 hari cuti berturut-turut..alhamdulillah....tapi sayang,sebabnya minggu ni saya masuk chest department..huhu..Semalam tempoh mengundi yang sepatutnya ditutup pada pukul 9 malam dilanjutkan kepada pukul 10 malam(x tahula apa sebabnya,tapi ade orang cakap maybe tentera nak gi sumbat undi untuk Syafiq,tu yang dilanjutkan masa tu-tak tahula betul ke tak)


alkisahnya semalam saya da tutup lampu,baring-baring dalam kol 10 lebih gitu tapi disebabkan debaran yang makin kuat terasa kol 12 lebih gitu baru la tertido.Pastu bangun subuh kol 3.40 pagi-pas smayang terus bukak laptop nak tgk keputusan undi.Nampaknya Dr Mursi mendahului.Pastu dalam kol 4 pagi gitu,tgk update katanya Ikhwan Muslimin sudah meraikan kemenangan Dr Mursi dan beliau sedang berucap secara live di link ini.


http://www.livestation.com/channels/131-al-jazeera-mubasher-misr-arabic








antara kalam ucapan beliau ialah:
 Terima kasih kepada semua rakyat Mesir atas sokongan yang diberikan dan kita akan sama-
  sama membina masa depan yang lebih gemilang
- Siapa yang menyokong aku dan tidak menyokong, mereka semua adalah rakyat Mesir yang 

  aku cintai
- Ucapan khas kepada para pemuda Mesir demi masa hadapa yang cemerlang
- Ucapan khas kepada keluarga syuhada, di atas bahu aku untuk menunaikan hak 
mereka
- Kita semua berada dalam satu barisan yang sama. Dan aku menjadi jurukhidmat kepada semua rakyat Mesir
- Kita semua adalah anak watan yang satu
- Kita akan berusaha ke arah Negara Mesir Madani Demokratik berpelembagaan yang baru
- Tiada dendam untuk dilangsaikan kita semua adalah satu watan.





Saya yang rasa macam pening-pening sebab x cukup tido terus rasa x mengantuk pabila tahu Dr Mursi menang.Tapi,lepas tu dapat tahu still kemenangan tu x rasmi dan hanya akan diumum pada hari Khamis ni.Lepas tu baca status https://www.facebook.com/abdul.malik.1481 yang berbunyi:


Pasukan kempen Ahmed Syafiq turut mengadakan sidang media pagi tadi bagi menjawab sidang media pasukan kempen Mursi.

Menurut Mahmud Farrag, salah seorang pasukan kempen Syafiq, calon mereka kini mendahului Mursi sebanyak 51.56% berbanding Mursi 48.44%.

Tapi,menurut Al-Ahram juga, keputusan rasmi 26 buah wilayah daripada 27 wilayah di Mesir menunjukkan Mursi mendahului Syafiq dgn majoriti 971,923. Hanya sebuah wilayah masih belum diketahui keputusan rasmi iaitu Kaherah. Apa muslihat di sebalik pengumuman yg dibuat oleh Pasukan Kempen Ahmed Syafiq ini?

Musuh tak pernah mengaku kalah. Lebih dari itu saya bimbang,campur tangan Majlis Tentera sehari dua ini. Jika Dewan Rakyat yang baru berusia tak sampai setahun pun mereka boleh bubarkan..Semoga Allah memelihara revolusi Mesir.



Terkedu seketika.....Saya hanya mampu berdoa moga Allah berikan yang terbaik buat seluruh rakyat Mesir.Semoga Islam tertegak di bumi para ambiya' ini dan semoga yang hak tetap berada di puncak melawan yang batil...insyallah....mari kita semua berdoa!!

Kisah Salman Al Farisi mencari yang hak..



Salman di Parsi


Salman al-Farisi yang terkenal dalam sejarah dan Pemikiran Islam, dilahirkan dengan nama Parsinya, Mahbeh (Mayeh) atau Ruzbeh, merupakan anak seorang dihqan(ketua kampung) dari sebuah perkampungan Parsi dikenali Jaiy @ Jian atau Isfahan lama.Salman dilahirkan dalam keluarga beranutan Majusi, dan menjadi salah seorang pengikut Majusi.


Bapanya seorang yang kaya raya dan mempunyai tanah pertanian yang sangat luas.Disebabkan kecintaan yang mendalam terhadap Salman,bapanya tidak membenarkan Salman keluar dari rumah seperti kanak-kanak yang lain.Tugas Salman dari kecil hingga dewasa adalah menjaga api yang mereka sembah dari terpadam.


Diceritakan suatu hari,ayah Salman kurang sihat,maka disuruhnya Salman keluar melihat dan menguruskan kebun-kebunnya. Dalam perjalanan Salman melewati salah satu gereja Nasrani dan mendengar suara mereka yang sedang sembahyang.Oleh kerana Salman tidak pernah mendengarnya sebelum ini,maka perasaan ingin tahunya berkobar-kobar.Dia masuk ke dalam gereja dan merasa sangat kagum dengan solat mereka.Salman berkata dalam hari, ‘Demi Allah, ini lebih baik dari agama yang kami anuti


Sedar tak sedar,Salman berada di gereja itu sehingga petang dan tidak sempat pergi ke kebun ayahnya. Sebelum pulang ke rumahnya,Salman sempat bertanya kepada salah seorang paderi di situ, ‘Dari mana asal usul agama ini?Paderi itu  menjawab, ‘Dari Syam (Syiria).


Kemudian Salman pulang ke rumahnya.Lantas,ayahnya bertanya,‘Anakku, ke mana saja kamu pergi? Bukankah aku telah berpesan kepadamu untuk mengerjakan apa yang aku perintahkan itu?Salman menjawab, ‘Ayah, aku melihat  suatu kaum yang sedang sembahyang di dalam gereja, ketika aku melihat ajaran agama mereka aku merasa sangat kagum. Demi Allah, aku tidak beranjak dari lempat itu sampai matahari terbenam,

Ayah Salman menjawab, ‘Wahai anakku, tidak ada kebaikan sedikitpun dalam agama itu. Agamamu dan agama ayahmu lebih bagus dari agama itu.’ Salman membalas, Ayahku, sekali-kali tidak! sesungguhnya agama itu lebih bagus dan mulia dari agama yang kita anuti.

Oleh sebab ayahnya bimbang dengan sikap Salman lantas Salman dirantai kakinya, dan tidak dibenarkan lagi keluar dari rumahnya.Salman meminta tolong kepada khadamnya supaya disampaikan berita kepada paderi di gereja pabila datang pedagang dari Syam maka sampaikanlah kepadanya kerana dia ingin ikut serta.


Salman lari dari rumah


setelah beberapa tempoh masa,apabila datang pedagang dari Syam,maka Salman lari dari rumah meniggalkan keluarganya dan mengikut pedagang2 itu.Sesampainya Salman di Syam, Salman bertanya, ‘Siapakah paderi yang paling bagus dan paling baik di sini?’ Mereka menjawab, ‘Uskup (pendeta) yang tinggal di gereja.’ 

Salman menemui paderi itu dan berkata kepada pendeta itu, ‘Aku sangat mencintai agama ini, dan aku ingin tinggal bersamamu, aku akan membantumu di gerejamu, agar aku dapat belajar denganmu dan sembahyang bersama-sama kamu.’ Pendeta itu menjawab, ‘Silakan.’ Maka Salman pun tinggal bersamanya.

Namun ternyata pendeta itu seorang yang jahat, dia menyuruh dan menganjurkan umat untuk bersedekah ataupun membayar wang pengampunan.Namun setelah sedekah itu terkumpul dan diserahkan kepadanya, ia menyimpan sedekah tersebut untuk dirinya sendiri, tidak diberikan kepada orang-orang miskin, sehingga terkumpul 7 peti emas dan perak.

Salman sangat benci dengan perlakuan paderi itu namun dia tidak dapat membuat apa-apa kerana dia hanyalah seorang khadam.Apabila paderi itu meninggal dunia dan Orang-orang Nasrani pun berkumpul untuk mengebumikannya Salman berkata,"Sebenarnya, pendeta ini adalah seorang yang berperangai buruk, menyuruh dan menganjurkan kalian untuk bersedekah. Tetapi jika sedekah itu telah terkumpul, dia menyimpannya untuk diri­nya sendiri, tidak memberikannya kepada orang-orang miskin barang sedikitpun.’

Mereka pun mempertanyakan apa yang aku sampaikan, ‘Apa buktinya bahwa kamu mengetahui akan hal itu?’ Salman menjawab, ‘Marilah aku tunjukkan kepada kalian simpanannya itu.’ Mereka berkata, Baik, tunjukkan simpanan tersebut kepada kami.’ Lalu Aku memperlihatkan tempat penyimpanan sedekah itu. Kemudian mereka mengeluarkan sebanyak 7 peti yang penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka menyaksikan betapa banyaknya simpanan pendeta itu, mereka berkata, ‘Demi Allah, selamanya kami tidak akan menguburnya.’ Kemudian mereka menyalib pendeta itu pada tiang dan melempari jasadnya dengan batu.


Kemudian orang-orang Nasrani mengangkat orang lain sebagai pengganti paderi yang jahat itu. Paderi itu sangat zuhud, sangat mencintai akhirat, dan selalu beribadah siang malam.Salman tinggal bersamanya beberapa waktu sehinggalah tiba saat kematian paderi itu Salman berkata,selama ini aku hidup bersamamu, dan aku sangat mencintaimu, belum pernah ada seorangpun yang aku cintai seperti cintaku kepadamu, sebagaimana kamu lihat, telah menghampirimu saat berlakunya taqdir Allah, kepada siapakah aku ini engkau wasiatkan, apa yang engkau perintahkan kepadaku?’

Paderi itu berkata, ‘Wahai anakku, demi Allah, sekarang ini aku sudah tidak tahu lagi siapa yang mempunyai keyakinan seperti aku. Namun,aku punya kenalan yang memegang keyakinan seperti aku ini, dia berada di Mosul,temuilah dia di sana!’

Setelah paderi itu wafat Salman berangkat untuk menemui orang  yang dikatakan di Mosul. Setelah menjumpainya maka salman hidup bersama paderi itu beberapa ketika.’ Namun, ketika kematian paderi itu menjelang, Salman bertanya kepadanya, ‘Kini taqdir Allah akan berlaku atasmu sebagaimana engkau maklumi, oleh karena itu kepada siapakah aku ini hendak engkau wasiatkan? Dan apa yang engkau perintahkan kepadaku?’



paderi itu berkata, ‘Wahai. anakku, Demi Allah, tak ada seorangpun sepengetahuanku yang seperti aku kecuali seorang di Nashibin (kota di Aljazair) Temuilah dia!

Maka setelah beliau wafat, Salman menemui seseorang yang di Nashibin itu.Namun, ketika kematian hampir datang menjemputnya.Sepeninggalmu nanti, kepada siapakah aku akan engkau wasiatkan? Dan apa yang akan engkau perintahkan kepadaku?’

Orang itu berkata, ‘Wahai anakku, Demi Allah, tidak ada seorangpun yang aku kenal sehingga aku perintahkan kamu untuk mendatanginya kecuali seseorang yang tinggal di Amuria (kota di Romawi). 

Setelah seseorang yang baik itu meninggal dunia, Salman menuju Amuria dan setelah menemui paderi yang dikatakan tinggallah Salman bersamanya.Di tempat  itu, Salman turut bekerja, sehingga memiliki beberapa ekor sapi dan kambing.Kemudian,buat sekalian kalinya paderi itu turut jatuh sakit dan di ambang kematiannya bertanyalah Salman,"kepada siapakah aku ini akan engkau wasiatkan dan apa yang akan engkau perintahkan kepadaku?’

Orang itu berkata, ‘Wahai anakku, demi Allah, aku tidak mengetahui seorangpun yang akan aku perintahkan kamu untuk mendatanginya. Akan tetapi telah hampir tiba waktu munculnya seorang nabi, dia diutus dengan membawa ajaran nabi Ibrahim. Nabi itu muncul di tanah arab dan akan berhijrah menuju daerah antara dua batu hitam. Tanah itu subur dengan pohon-pohon kurma. Pada diri nabi itu terdapat tanda-tanda yang tidak dapat disembunyikan,antaranya
1) dia menerima hadiah tetapi tidak menerima sedekah
2)di antara kedua bahunya terdapat tanda cap kenabian. 

Jika engkau bisa menuju daerah itu,berangkatlah ke sana!’


rumah di Parsi-->paderi jahat di Syam-->paderi baik di Syam-->Mosul-->Nashibin-->;Amuriya-->Wadil Qura-->Madinah


Salman menuju ke Madinah

Pada suatu hari, Salman bertemu dengan serombongan pedagang dari Arab Salman bertanya,‘Bisakah kalian membawaku menuju tanah Arab dengan upah sapi dan kambing-kambingku?’ Mereka menjawab, ‘Ya.’ Lalu Salman memberikan ternakannya kepada mereka. Mereka membawa Salman,namun ketika tiba di Wadil Qura, mereka menzaliminya, dengan menjual Salman kepada seorang Yahudi. Tinggallah Salman dengan Yahudi itu untuk beberapa ketika.

Suatu hari datang anak saudara Yahudi itu dari Madinah berasal dari Bani Quraidzah. Dia membeli Salman dan membawanya ke Madinah. Sesampai di Madinah,Salman melihat banyak buah kurma dan hatinya merasa sedikit yakin dengan pesanan paderi sebelum ini.

Pada masa itu ,Rasulullah masih belum berhijrah ke Madinah dan Salman sentiasa sibuk dengan kerja2nya menguruskan ladang kurma.Hinggalah tiba satu hari,Salman berada di atas pokok kurma dan tuannya berada di bawah datang seorang Yahudi menceritakan kepada tuannya,"Celakalah Bani Qailah (suku Aus dan Khazraj). Mereka kini sedang berkumpul di Quba’ menyambut seseorang yang datang dari Makkah pada hari ini. Mereka percaya bahawa orang itu adalah nabi."

Apabila Salman mendengar berita itu lantas dia terjun dari pokok kurma dan bertanya,‘Apa tadi yang engkau katakan? Apa tadi yang engkau katakan?‘ Majikannya sangat marah, lantas memukulnya dengan pukulan keras. Kemudian berkata, ‘Apa urusanmu menanyakan hal ini, Lanjutkan saja pekerjaanmu.’






Salman bertemu Rasulullah S.A.W

Suatu hari, Salman cepat2 menyiapkan kerjanya di ladang dan menuju ke bandar untuk berjumpa Rasulullah.Salman membawa sedikit bekal bersamanya.Ketika sampai di bandar,Salman menuju kepada Rasulullah dan berkata , ”Telah sampai kepadaku khabar bahawasanya engkau adalah seorang yang soleh,maka aku membawa sedikit sedekah, dan menurutku kalian lebih berhak menerima sedekahku ini daripada orang lain.’

Salman pun menyerahkan sedekah tersebut kepada baginda,dan Rasulullah bersabda kepada para sahabat, ‘Silahkan kalian semua menjamah makanan ini, namun baginda tidak menyentuh atau memakan sedikit pun sedekah itu. Salman sungguh gembira dan berkata di dalam hatinya, ‘Ini satu tanda kenabiannya.’



Selang beberapa hari,Salman datang menemui Rasulullah lagi sambil berkata, ‘Ambillah makanan ini,aku memberi hadiah sebagai penghormatanku kepada engkau.’

Kemudian Rasulullah mengambilnya lantas makan hadiah pemberianku bersama-sama sahabatnya.Salman bertambah gembira dan berkata dalam hati, ‘lnilah tanda kenabian yang kedua.’

Namun,tanda kenabian ketiga masih belum ditemui iaitu tanda cap kenabian di bahu Rasulullah.Kebetulan suatu hari Rasulullah dan para sahabat mengiringi jenazah ke tanah pengebumian dan baginda memakai kain di bahunya.Salman mengikut di belakang dan memerhati Rasulullah dengan teliti.

Seolah-olah baginda tahu Salman sedang mencari bukti kenabian baginda melepaskan kain selendang yang menutupi bahunya dan ternampaklah cap kenabian  seorang Nabi. Maka Salman terus memeluk seraya menangis dan mengucap syahadah.



merdekanya Salman Al-Farisi


Apabila tuannya mendapat tahu Salman telah memeluk Islam dan Rasulullah ingin memerdekakan Salman,tuannya mula membuat rancangan dengan meminta bayaran yang tinggi agar Salman tidak berjaya dimerdekakan.


Antaranya Salman hendaklah menanam 300 pokok kurma dan membayar 40 uqiyah wang emas.Lantas para sahabat bersedekah sehingga terkumpullah 40 uqiyah wang emas dan 300 pohon kurma. kemudiannya Salmanmenanam pohon kurma dengan dibantu para sahabat. Setelah selesai ,Salman menghadap Rasulullah S.A.W dan memberitahu tentang hal itu.Kemudian Rasulullah S.A.W keluar bersama Salman menuju ke kebun yang Salman tanami pohon kurma itu. Kami dekatkan pohon (tunas) kurma itu kepada baginda dan Rasulullah pun meletakkannya di tangan beliau. Maka, demi jiwa Salman yang berada di TanganNya, tidak ada sebatang pohon pun yang mati.

Bebaslah Salman dari perhambaan dan menjadi orang yang merdeka.

Salman al-Farisi meninggal dunia pada tahun 33 @ 35/654 @ 656 dengan usia 88 tahun dalam zaman pemerintahan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan.Beliau dikatakan meninggalkan tiga orang anak perempuan, seorang di Isbahan dan dua orang lagi di Mesir.Beliau dimaqamkan di Mada’in (dahulunya, Ctesiphon) yang terletak di 'Iraq sekarang.


Penutup


Begitulah kisah Salman Al Farisi yang tidak pernah jemu dan bersungguh-sungguh dalam pencarian yang hak sehingga dia bertemu dengan Rasulullah dan memeluk Islam.Sifatnya yang tidak pernah berputus asa untuk mencari agama yang benar akhirnya membuahkan hasil yang sangat indah.Cuba kita muhasabah diri kita yang dari awal kehidupan dilahirkan dalam keluarga Islam,sejauh manakah penghayatan kita tentang islam dan sejauh manakah kesungguhan kita untuk mempelajari Islam dengan lebih teliti.

Wallahuallam..

09 June 2012

exopthalmos....

assalamualaikum....


jarum jam dah menunjukkan pukul 10 lebih,tapi mata x ngantuk lagi sebab da tido petang td....heeeee....actually ngah baca pasal thyrotoxicosis(hyperthyroidism) tiba-tiba ada satu page tu tunjuk gambar org ada penyakit ni....seram semacam lak sebab mcm org tu dengan mata dia yang terbeliak mcm tu dop tengok je kat saya...hahaha...terus tutup gambar tu,seram la nak tengok....



kalau korang tengok,korang rasa takut x??mesti rasa kan??kan??kan??



  

kita boleh measure mata terbelalak ni ataupun dalam bahasa medicnya "exopthalomos" guna exopthalmometer.Kalau lebih dari 18mm sah ada exopthalmos.

antara symptoms2 yang common dalam hyperthyroidism ialah:
1)selera makan bertambah tapi berat bdan makin kurang(orang yang nak diet untung lerrrrr)
2)badan rasa panas je pastu cepat berpeluh terutamanya bahagian tapak tangan padahal x wat exercise pun..
3)xleh nak tidur sangat padahal dulu punyala suke tido kan...
4)resah,gelisah,hati x tenteram dan selalu stress tanpa apa-apa sebab
5)asyik cirit birit je kadang2 muntah2 lagi
6)period day dan amount makin kurang takpun x keluar lansung...huhuhu
7)kadang2 jantung berdegup kuat(padahal bukan jumpa kekasih hati pun)
8)rasa sesak nafas bila naik tangga apatah lagi bila exercise(padahal sebelum ni lari beratus-ratus meter OK je xde masalah-badan athlete kan....)
9)tetiba rasa macam ade sesuatu sedang membesar dekat bahagian depan leher(thyroid gland enlargement-ataupun boleh panggil goitre
10)sakit-sakit sendi,letih,lesu dan x bermaya


kalau rasa mcm ade symptoms2 ni,cepat2 la gi jumpa doctor k...jangan dop biar je,takut  makin lama makin teruk lak jadinya....

p/s::kot2 la nanti terserempak dengan org mata terbelalak kat tepi jalan,leh la cuba-cuba siasat kot2 orang ni ade hyperthyroidism ke x ...tapi jgn dop kata sume org mata terbelalak tu ade hyperthyroidism...ade gak kes memang semulajadi mata nya begitu sejak azali dan ade kes sebab tumor,xpun cyst collection ataupun boleh juga sebab trauma...hehe







buat bakal imamku..







buat bakal imamku...


Aku ingin mencintaimu kerana Allah... 
Aku ingin menyayangimu kerana Allah... 
Aku ingin merindukanmu kerana Allah dan.. 
Aku menunggumu kerana Allah .. 

Aku menunggumu untuk menjadi pendamping hidupku, 
Untuk lebih membimbingku dgn tulusmu,
Untuk lebih mengajariku dgn sabarmu...

hgga kenikmatan imanku terhadapNya semakin dlm dgn izinNya.

Moga Allah memantapkan hati ini dan mendekatkan kita dijalan yang lebih Ia Redhai.






07 June 2012

~buah pinggang baru~



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang...

alhamdulillah...hari ni berakhirlah sudah course Internal Medicine selama 6 hari di Renal Department.Banyak sangat pengalaman dan ilmu yang berharga dapat dikutip sepanjang berada di sini....alhamdulillah...

Cuma nak cite sikit peristiwa menarik yang berlaku semalam.Semalam kiteorang gi "post renal transplantation clinic".Klinik ni dibina untuk follow up patient continously selepas penerimaan buah pinggang yang baru daripada penderma.Jangan ingat selepas terima buah pinggang semua da ok da tau,dah boleh bersenang lenang dan jalani kehidupan macam biasa.

patients perlu take care of their hygiene,diet,berat badan dan paling penting atients perlu ambil immunosuppressant drug for the whole of their life untuk avoid rejection.Dalam masa yang sama drug ni akan kurangkan imuniti badan,so  patient senang dapat infections.Dr pun cakap most of the renal transplant patient ni mati bukan sebab buah pinggang baru diaorang rosak ataupun da x berfungsi tapi sebab diorang dapat jangkitan kuman kesan dari immunosuppressant drug tu.

Lagi satu,patient kena jaga betul2 bahagian abdomen diorang ni sebab kidney yang baru transplant tu lebih superficial dari normal kidney.So,newly transplanted kidney ni sangatlah liable for any injury.




Kebanyakan patients yang datang harini buat pembedahan dekat hospital swasta dan bukan hospital universiti.Kalau buat kat hospital universiti free of charge tapi mestila kena ade penderma .Kalau kat hospital swasta pulak x perlu ada penderma(buah pinggang dah tersedia) tapi tahu-tahu sajelah kan bila buat kat hospital swasta tentulah tinggi kos pembayarannya-dalam LE 100 ribu atau RM 50 ribu.Bukan sikit jumlah tu,lebih2 lagi kebanyakan patient pun bukannya tergolong dalam orang berada..

Ada seorang pakcik ni awal 40-an kerjanya hanya seorang petani  sahaja dan dia ada 4 orang anak-kecik2 lagi sumenya namun untuk menampung kos pembedahan buah pinggang ni dia terpaksa menjual kesemua tanah yang dia ada-tak tanya detail la pulak dia ada tanah lagi ke x...huhu

Ada lagi sedih,remaja lelaki berusia 21 tahun buat pembedahan di hospital universiti sebab mak dia sanggup berkorban diri memberikan satu buah pinggangnya kepada anaknya yang tersayang.Tapi malangnya hari ke 4 pembedahan anak dia develop acute graft rejection so sekarang ni anak dia terpaksa buat pembedahan  lagi sekali dekat hospital swasta (sebab dah xde penderma) dengan kos LE 12000 ribu-mahal sikit dari pesakit lain sebab operation makin susah (kena buang kidney mak dia dan masukkan kidney yang baru).

Ada juga kes di mana pakcik ni bila buat investigation ternyata semua renal function deteriorate again selepas pembedahan-dr menjangka mungkin buah pinggang baru tu da x berfungsi agi..subhanallah...


itulah realiti yang berlaku di sekeliling kite tanpa kita sedari.Banyak orang menderita sakit tidak kira jasmani dan rohani.Ada orang tidak dapat berjalan,tidak dapat melihat,tidak dapat mendengar,tidak dapat bercakap tidak dapat makan dengan sempurna

Bagaimana pula dengan kesihatan kita??kita alhamdulilah masih diberi nikmat kesihatan yang baik dari Allah S.W.T.Alangkah pemurah dan penyayang Allah kepada hamba-hambaNYA kan tanpa pernah meminta apa-apa balasan pun-cukuplah dengan beribadah kepadaNYA.Namun ,adakah kita betul-betul bersyukur kepada Allah atas nikmat itu?adakah kita juga menggunakan nikmat itu untuk perkara kebaikan ataupun kemungkaran?adakah kita leka dan lalai dengan nikmat-nikmat itu?

masyallah.....memang ternyata kita lalai,kita alpa,kita leka dan kita tidak bersyukur dengan nikmat yang telah Allah curahkan kepada kita....

ayat ini banyak sekali diulang-ulang dalam Surah Ar Rahman:

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Adakah kita masih ingin membutakan mata dan hati kita dengan segala nikmat yang telah Allah telah turunkan kepada kita?


Apabila Allah hendak uji kita,ditarik sedikit nikmat itu,maka terumbang-ambinglah kita.ada orang kehabisan harta untuk sehat,ada orang sanggup berkorban diri untuk kesihatan anaknya,ada orang tidak putus asa untuk mendapatkan nikmat kesihatan.Kita pula yang masih sihat ni jagalah kesihatan kita dengan baik,jgn terjebak dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan dan yang lebih penting bersyukurlah dengan nikmat kesihatan itu moga-moga Allah  sentiasa memberikan kesihatan yang terbaik untuk diri kita semua..insyallah...







04 June 2012

1st attack of syncope...

with the name Of Allah the most gracious the most merciful....

Today,somewhat early in the morning(8.30 a.m) and we already here in the dialysis unit just want to make sure that we came before Dr Suhair( Renal Chief Department).TUP..TUP....when the clock showed it's already 9 a.m but still ,our beloved dr.didn't show herself.Then, we just realised it's not Dr Suhair that will teach us today as the responsible doctor came at 9.20 a.m.It's OK though...huhu...So,did u guys  familiar with the word "dialysis"??

ehem...ehem...here i want to explain...actually dialysis is some sort of an artificial process of getting rid of waste product  from the blood. This process is naturally done by our kidneys. Some people, however, may have failed or damaged kidneys which cannot carry out the function properly  and they may need dialysis. In other words, dialysis is the artificial replacement for lost kidney function (renal replacement therapy). 

there are two type of dialysis which are hemodialysis or peritoneal dialysis.Dr said here in Egypt it's not soo common to do PD opposite to Malaysia where PD is quite common.

In hemodialysis the blood circulates outside the body of the patient - it goes through a machine that has special filters. The blood comes out of the patient through a catheter that is inserted into the vein. The filters do what the kidney's do; they filter out the waste products from the blood. The filtered blood then returns to the patient via another catheter.  

Usually patiens need to be prepared for hemodialysis with minor surgical procedure called arteriovenous (AV) fistula is done.Fistula is a connection between an artery and vein .This is important to increase more blood flow into the vein. As a result, the vein grows larger and stronger, making repeated needle insertions for hemodialysis more easier.This fistula usually take about 1-3 months to develop.

Hemodialysis usually done about 2-3 session/week and 1 session last about 3 to 4 hours The duration of each session depends on how well the patient's kidneys work.It's somewhat tiring kan...huhu





















Usually for permanent access( long term dialysis) we do it in the forearm (radiocephalic , radiobasilic, brachiocephalic and brachiobasilic fistula). But,in the patient with acute kidney injury and need immediate access or only for short time dialysis we can insert a catheter elsewhere like in the subclavian,internal jugular or femoral vein.

Fortunately,today we had a young female patient who need immediate dialysis.So,responsible doctor started to prepare the things needed for the procedure.Dr put some betadaine n give local anasthesia to the patient.So,!!patient was fully awake when the procedure was done.

                     doctor withdrawed venous sample from jugular vein just to make sure 
                        we were in the right position(in the vein) and not in the artery.It will be catastrophic
                          event if we accidentally insert guide wire inside an artery near to the vein.


but when dr.tried to insert the guide wire it can't enter easily as if there was 
something obstructed the pathway...

So,doctor tried again and after 3rd attempt of withdraw and put guide wire repeatedly,suddenly i felt very dizzy.I hold my friend beside and told her"azzah...pening2".Then,my vision became blank totally and my leg became weak and can't support my body anymore..My friends immediately brought me to the nearest bed,raised my leg and gave me water to drink.After a while my vision became clear again.

OH MY!!!!!This is my 1st attack of syncope so,it was somewhat shocking to me.My friends and I assumed it's due to vasovagal attack as the procedure was somewhat extreme( patient herself stated it's painful but still dr repeated the procedure even she failed for many times)This trigger maybe had disturb my emotional state resulted in vasovagal syncope — a brief loss of consciousness caused by a sudden drop in  heart rate and blood pressure, subsequently reduces blood flow to my brain.

After a while,we found that still dr can't made the access and dr assume that maybe the vein was thrombosed and prepared patient for doppler ultrasound.huhuhu...soo pity to the patient as this procedure was'nt necessary if doctor did doppler/duplex first.But,here in Egypt we don't do that-they don't want to waste money for that.


p/s::may this attack become the 1st and the last one for me....huhuhu








Sunnah rasulullah


Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
  1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
  4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
  5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
  8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.
Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -
1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

01 June 2012

perang ahzab/khandaq





Assalamualaikum wbt...semoga kalian semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T...

hari ini jumaat yang mulia.Alhamdulillah berkesempatan bertemu dgn adik2 SC dan kami tadabbur surah Al-Ahzab ayat 1-30.Saya telah berkongsi dengan adik2 SC mengenai kisah  perang Ahzab dan seorang pemuda mulia bernama Salman Al Farisi..Ayat yang banyak menceritakan tentang Perang Ahzab ini adalah dari ayat 9-27.




[9]Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.


[10]Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.


[11]Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.


[12]Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja”.


[13]Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan”, pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).


[14]Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.


[15]Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).


[16]Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja”.


[17]Katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? ” Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun – yang lain dari Allah – yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.


[18]Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: “Marilah bersatu dengan kami”, sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.


[19]Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.


[20]Mereka menyangka bahawa tentera “Al-Ahzaab” itu belum pergi; dan kalaulah tentera Al-Ahzaab datang semula, tentulah mereka suka kalau mereka tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu; dan kalaulah mereka ada bersama-sama kamu (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja.


[21]Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)


[22]Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.


[23]Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.


[24](Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[25]Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.


[26]Dan Ia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikanNya hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian di antaranya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan.


[27]Dan Ia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu menjejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Permulaan Peperangan


Peperangan Khandak yang bererti kubu parit atau pun Ahzab yang beerti tentera bersekutu yang merupakan gabungan banyak puak kuffar dalam melawan tentera Islam di mana peperangan ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun kelima hijrah.


Peperangan ini disebabkan oleh perancangan jahat yahudi Bani Nadhir yang masih tidak berpuas hati dan ingin membalas dendam dengan penghalauan mereka dari bumi Madinah(dihalau kerana komplot ingin membunuh nabi Muhammad S.A.W) .Mereka telah menghantar beberapa orang pemimpinnya untuk menemui pemimpin musyrikin Mekah bagi merancang gabungan pelbagai puak kuffar untuk menyerang Madinah habis-habisan sehingga ke akar umbi. Selepas itu pemimpin yahudi ini berjumpa pula dengan Qabilah Ghatfan untuk turut sama memerangi Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin. Dengan gabungan ini tentera bersekutu kuffar berjaya mengumpul 10 ribu orang tentera iaitu jumlah yang begitu besar berbanding jumlah penduduk Madinah sendiri di mana kalau dicampur lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang yang uzur pun belum sampai kepada jumlah 10 ribu orang. 




Mendengar hal itu Rasulullah S.A.W berbincang dengan para sahabat samada untuk bertahan di Madinah sahaja ataupun keluar menghadapi musuh.Lantas,Salman al farisi  mencadangkan kepada Nabi SAW supaya dibuat parit yang mengelilingi Madinah supaya serangan tentera Ahzab tidak dapat menembusi Madinah. Lalu Rasulullah SAW bersama para sahabat dengan iman yang kental memulakan pembinaan parit tersebut untuk mempertahankan Islam


peta-khandakprojek pembinaan parit tersebut dilakukan di kawasan utara Madinah bermula drpd kawasan berbatu hitam di sebelah timur hingga kawasan berbatu hitam di sebelah barat.Bahagian ini adalah bahagian yang paling mudah diserang manakala bahagian lain dipenuhi dgn pokok2 kurma dan rumah2 yang tidak memungkinkan pihak musuh melakukan serangan dr arah tersebut.


Selepas itu Rasulullah s.a.w sendiri dibantu oleh tentera Islam yang lain berganding bahu dalam menggali parit bagi tujuan sebagai kubu pertahanan daripada serangan musuh. Ketika peperangan ini berlaku cuaca agak dingin sedangkan bekalan makanan tidak mencukupi sehingga Abu Talhah mengatakan :" Kami mengadu kebuluran itu kepada Rasulullah s.a.w dan kami tunjukkan batu demi batu yang diikat diperut kami lalu nabi juga menunjukkan dua ketul batu diperutnya". Tujuan diikat batu ini menurut setengah ulama’ adalah bagi menegakkan tulang belakang yang boleh menahan lapar. Di saat cemas ini maka berlakulah beberapa mukjizat daripada Rasulullah s.a.w untuk menaikkan semangat jihad tentera Islam 



Selama membangun parit dalam waktu 6 hari, pertahanan kota di bagian lain juga turut diperkuat. Wanita dan anak-anak dipindahkan ke rumah yang lebih kukuh dan dijaga ketat. Bongkahan batu-batu diletakkan ditebing parit untuk dilemparkan pada pasukan lawan. Sementara sisi kota yang tidak dibuat parit, diserahkan pengamanannya pada Bani Quraizhah.




Mukjizat semasa pembinaan parit



IMAM Bukhari meriwayatkan dalam Sahih Bukharinya yang dinukil dari Jabir r.a. katanya:
"Pada hari persiapan perang Khandak, kami bekerja keras menggali parit. Tiba-tiba kami dapati satu bungkah batu besar dalam parit yang sedang digali, lalu kami maklumkan kepada Nabi s.a.w. Setelah mendengar berita itu, Nabi s.a.w. menyatakan untuk turun sendiri ke dalam parit bagi mengatasi masalah batu besar itu.Ketika Nabi s.a.w. turun menghampiri batu besar itu, aku terlihat beberapa ketul batu dibalut dengan kain dan diikat pada perut Nabi s.a.w..Sudah tiga hari kami menggali parit dalam keadaan tiada sebarang makanan untuk mengalas perut kami. Semua bekerja dalam keadaan lapar, Nabi s.a.w. sendiri menanggung lapar sehingga perutnya dialas dengan ketul-ketul batu untuk mengurangkan rasa lapar yang sangat mencengkam."Demikianlah keadaan Nabi membuat persiapan perang dalam keadaan lapar.


Meskipun demikian namun Nabi s.a.w. tidak menyerah kalah dengan halangan batu besar yang hampir menggagalkan rancangan membina parit bagi menghalang kemaraan tentera al-Ahzab.Dengan sebuah tukul besi yang berat, Nabi s.a.w. menghayun dan menghentaknya ke atas batu pejal dengan sekuat hati. Dengan izin Allah batu besar itu pecah berkecai.Dilihat secara zahir, batu besar itu tidak mudah untuk dihancurkan. Namun Nabi s.a.w. tetap berusaha dengan kudrat yang ada. Allah SWT mendatangkan pertolongan-Nya dengan bantuan mukjizat, batu besar itu dapat dihancurkan.


Setelah itu Jabir minta izin dari Nabi untuk pulang ke rumah. Sampai di rumah, Jabir memberitahu isterinya keadaan di medan Khandak sudah tiga hari tiada makanan.
Keadaan Nabi s.a.w. sendiri sangat menyedihkan, baginda terpaksa mengikat perut dengan batu-batu berbalut kain, bagi mengurangkan rasa lapar supaya dapat meneruskan kerja-kerja membina parit."allahummadollialasayyidamuhammad"


Jabir dan isterinya berusaha menyediakan sedikit makanan untuk alas perut terutama untuk Nabi s.a.w. Mereka hanya mempunyai sedikit gandum dan seekor anak kambing yang sangat kurus. Jabir menyembelih satu-satunya kambing yang dimiliki, dan isterinya mengisar gandum untuk buat roti.Kemudian Jabir bergegas semula ke medan Khandak mempersilakan Nabi s.a.w. ke rumahnya untuk makan ala kadar. Jabir juga minta Nabi mengajak seorang dua sahabat untuk bersama menjamah makan. Kerana makanan yang disediakan oleh isterinya hanya beberapa keping roti dan seperiuk sup seekor anak kambing yang kurus.


           


Nabi s.a.w. memberitahu jabir, makanan tersebut cukup untuk menjamu semua tiga ribu petugas Khandak. Lalu Nabi berpesan kepada Jabir supaya periuk sup kambing itu tidak dialih dari dapur, dan tunggu sehingga Nabi s.a.w. datang membahagi-bahagikan makanan itu kepada ribuan ahli Khandak itu.Sebelum Jabir pulang kerumahnya, Nabi s.a.w. memaklumkan kepada semua ahli Khandak, bahawa Jabir dan keluarganya telah menyediakan makanan yang banyak. Semua para petugas Khandak dipersilakan ke rumah Jabir untuk menikmati jamuan tersebut.Jabir agak terkejut dan bergegas pulang dengan cemas, memberitahu isterinya tentang pengumuman Nabi s.a.w. menjemput semua (tiga ribu) ahli Khandak.Dia agak kebingungan dan mungkin akan mendapat malu besar apabila hanya segelintir dari mereka yang akan dapat menjamah makanan, kerana hanya sedikit makanan yang dapat disediakan.


Tetapi Isteri Jabir merasa cukup tenang apabila mendengar bahawa Nabi s.a.w. sendiri yang akan membahagi-bahagikan makanan itu.Dia berserah kepada Allah SWT dan terserah kepada Rasul-Nya membahagikan rezeki yang sedikit untuk sajian ribuan manusia.Nabi s.a.w. minta agar ahli Khandak masuk bergilir-gilir dan jangan berebut-rebut, kerana rezeki yang akan disajikan lebih dari mencukupi.Nabi s.a.w. mula membahagikan makanan setiap seorang dengan sepotong roti dan seketul daging sup kambing. Setiap kali Nabi s.a.w. mengoyak roti dan mengaut daging kambing dengan senduk dari periuk yang sama, makanan itu tetap berbaki meskipun telah dibahagikan kepada sejumlah besar manusia.

Begitulah seterusnya Nabi s.a.w. mengoyakkan roti dan meletakkan seketul daging, sehingga semua tiga ribu orang dapat menikmatinya dengan masing-masing merasa sangat kenyang. Yang anihnya roti dan daging kambing di dalam periuk itu sentiasa ada dan tidak berkurangan.Setelah semua ahli Khandak selesai menikmati hidangan yang luar biasa itu, lalu Nabi s.a.w. menyerahkan semula baki roti dan sup kambing itu kepada Jabir dan keluarganya.Nabi mempersilakan Jabir dan isterinya makan, di samping menganjurkan supaya memberikan makanan itu kepada penduduk kampung, kerana tahun itu Madinah sedang menghadapi kekurangan makanan.

Demi Allah, kata Jabir bukan saja tiga ribu ahli Khandak dapat menikmati makanan yang disediakan oleh isterinya, malah hampir seluruh penduduk Madinah yang datang kerumahnya pulang dalam keadaan kenyang. "ALLAHU AKBAR!

Serangan dari tentera Ahzab

Ketika kaum musyrikin sampai di kota Madinah, mereka terkejut melihat benteng pertahanan yang dibuat oleh kaum muslimin. Belum pernah hal ini terjadi pada bangsa Arab.Namun sejumlah ahli berkuda musyrikin Quraisy, di antaranya ‘Amr bin ‘Abdi Wadd, ‘Ikrimah dan lainnya berusaha mencari jarak lompat yang lebih sempit.

Akhirnya, sekutu membuat perkemahan di seberang parit mengepung kaum muslimin selama satu bulan.Di antara mereka tidak terjadi pertempuran yang sebenar kecuali lemparan panah dan batu. 



pengkhianatan Bani Quraizah


Peristiwa itu bermula apabila seorang tokoh Yahudi bani Nadir bernama Huyai bin Ahtok telah menemui tokoh Yahudi bani Quraizah bernama Ka’ab bin Asad. Huyai menjalankan kempen awal mempengaruhi Ka’ab supaya yahudi bani Quraizah membatalkan perjanjian dengan Nabi s.a.w..





Pada peringkat awal, Ka’ab bin Asad enggan mengikut rancangan Huyai bin Ahtok, kerana Ka’ab masih tetap menghargai perjanjian yang telah dimeterai bersama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Ka’ab sebagai seorang ulama Yahudi tahu akibat orang yang mengkhianati perjanjian, iaitu mereka akan menerima kehinaan sepanjang hayat.
Ka’ab menolak rancangan Huyai kerana kehidupan Yahudi bani Quraizah di Madinah bergantung rapat dengan perjanjian yang dimeterai bersama Muhammad s.a.w.. Dia lebih selesa hidup dalam keadaan terikat dengan perjanjian tersebut, saling bantu-membantu untuk mengekalkan keamanan yang dinikmati bersama sejak empat tahun lalu di negara Madinah yang dihuni oleh pelbagai etnik dan agama.
Menurut Ka’ab, sepanjang perjanjian dengan Muhammad selama empat tahun berlalu, semua berjalan dalam keadaan baik. Kaab mengakui bahawa Muhammad s.a.w. adalah orang yang amat setia dengan janji. Dia tidak pernah lihat dalam diri Muhammad itu melainkan benar dan setia dengan janji.
Huyai tidak mudah mengalah dalam isu ini, walaupun Ka’ab tetap menunjukkan keengganannya untuk bergabung dalam pakatan itu, namun dia tidak putus asa. Dia seorang Yahudi yang sangat licik dan pintar dalam segala putar belit.
Huyai mengingatkan Ka’ab bahawa Muhammad adalah orang buruan yang menumpang hidup di Madinah. Penduduk Makkah telah menghambatnya hingga dia terpaksa lari malam meninggalkan kampung halaman. Tiba-tiba Yahudi bani Quraizah yang sudah sekian lama bertapak di Madinah, terpaksa mengikat setia dengan seorang pelarian.
Ka’ab diperlekeh oleh Huyai atas pendiriannya, terikat dengan perjanjian dengan seorang buruan dari negara lain, tanpa memiliki apa-apa yang boleh dibanggakan. Di manakah kewajaran Ka’ab yang mengetuai Yahudi bani Quraizah, sanggup mengikat diri dan kaumnya dalam satu perjanjian yang hanya menguntungkan Muhammad dan orang-orang pelarian yang bersamanya. Kerana dengan perjanjian itu, orang-orang pelarian pimpinan Muhammad hidup aman dan dilindungi oleh penduduk asal Madinah.



Sungguh hebat hujah-hujah yang dikemukakan oleh Huyai bagi mengubah pendirian Ka’ab, yang peringkat awalnya begitu setia dengan perjanjian yang dimeterai bersama Muhammad s.a.w.. Tetapi akhirnya Ka’ab terpengaruh dengan segala alasan dan hujah yang dikemukan oleh Huyai ketua Yahudi bani Nadir dan bersetuju untuk menyertai pakatan yang diatur oleh Huyai. 




suasana tegang


surah al ahzab:

[10]Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.


[11]Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.



Suasana makin tegang dan kehidupan penduduk Muslim makin meruncing apabila Yahudi Bani Quraizah membatalkan perjanjian yang dimaterai.Ketika itu Muslim berada dalam keadaan kritikal diuji dengan musuh yang datang dari semua arah ditambah dengan kesempitan hidup yang semakin mencengkam.


Sebagian Bani Haritsah minta izin pulang ke kota, dengan alasan rumah-rumah mereka tidak terjaga. Bani Salimah pun mulai merasa lemah, tapi Allah Subhanahu wa Ta'ala mengokohkan hati mereka sehingga mereka tetap berjuang bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.



surah al ahzab:

[12]Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja”.


[13]Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan”, pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).


[14]Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.


[15]Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).









Pertolongan dari Allah


1)Nu'aim bin Mas'du


Nu‘aim bin Mas‘du, seorang dari Kabilah Gatafan yang menjadi muallaf tanpa pengetahuan teman-temannya  datang kepada Rasulullah S.A.W lalu berkata: “Wahai Rasulullah sesungguhnya saya telah masuk Islam. Perintahkanlah saya berbuat sesuatu yang boleh membantumu"
Kepadanya Rasulullah S.A.W berpesan :
“Kamu hanyalah seorang diri.Diantara kita, engkau adalah satu-satunya orang yang dapat melaksanakan tugas itu dan bantulah kami sekadar termampu.Ketahuilah bahwa peperangan, sesungguhnya adalah tipu muslihat.“
Nu'aim berjumpa dengan Bani Quraizhah dan berkata: “Wahai Bani Quraizhah sesungguhnya aku menyayangi kamu dan bimbang kamu ditimpa sesuatu yang buruk maka aku akan beritahu kamu satu rahsia. kalian telah memerangi Muhammad dan kamu tahu bukan orang-orang Quraisy da Ghotofan apabila  mendapat kesempatan tentulah mereka manfaatkan. Jika tidak, niscaya mereka akan segera kembali ke negeri mereka dan membiarkan kalian bersendirian menghadapi Muhammad . Sudah tentu dia akan menghabisi kalian.”
Mereka bertanya: “Lantas apa yg harus kami lakukan wahai Nu’aim?”
Kata Nu’aim: “Kalian jangan turut berperang bersama Quraisy sampai mereka memberi jaminan untuk tidak meninggalkan kamu sendirian.Ini dapat dilakukan dgn cara kamu mendapatkan 70 org pembesar mereka sebagai tawanan kamu.Mereka pun berkata: “Sungguh engkau telah memberikan saran yg tepat.”
Setelah itu Nu‘aim pergi mendatangi pemimpin-pemimpin Quraisy. Kepada mereka Nu‘aim memberitahukan bahwa Bani Quraizah telah menyesal atas apa yang mereka lakukan dan secara sembunyi-sembunyi mereka telah melakukan kesepakatan bersama Nabi saw untuk menculik beberapa peimpin Quraisy dan Ghatfahan untuk diserahkan kepada Nabi saw. Karena itu, bila orang-orang Yahudi itu datang kepada kalian untuk meminta beberapa orang sebagai tawanan, janganlah kalian menyerahkan seorang pun kepada mereka.
Setelah itu Nu’aim mendatangi orang-orang Ghathafan dan mengatakan kalimat yang sama dengan yang diucapkan kepada orang Quraisy
Ketika masuk malam Sabtu bulan Syawwal pasukan sekutu itu menemui tokoh-tokoh Yahudi dan mengatakan:"marilah bangkit bersama kami agar kita bisa menumpas Muhammad .”
Mendengar hal ini orang-orang Yahudi mengatakan: “Sesungguhnya hari ini adalah hari Sabtu. Dan kalian sudah tahu apa yg menimpa para pendahulu kami ketika mereka mengada-adakan sesuatu pada hari itu. Namun demikian kami juga tidak akan berperang bersama kalian sampai kalian memberi jaminan kepada kami.”
Ketika utusan itu datang menyampaikan hasil kepada mereka orang-orang Quraisy berkata: “Sungguh benar apa yang dikatakan Nu’aim.” Merekapun mengirim utusan lagi kepada orang-orang Yahudi dan mengatakan: “Sungguh demi Allah kami tidak akan menyerahkan apapun kepada kalian. Keluarlah bersama kami sampai dapat menumpaskan Muhammad .”
Orang-orang Quraizhah berkata pula: “Sungguh benar apa yg dikatakan Nu’aim.” Lalu kedua saling mengejek.Demikianlah akhirnya terjadi salah paham di antara mereka dan saling tidak mempercayai. Sehingga masing-masing dari mereka menuduh terhadap yang lainnya sebagai pengkhianat.
2)Angin kencang dan tentera malaikat
Pada suatu malam musim dingin itu Allah S.W.T telah mengirimkan kepada kaum musyrikin ‘tentera' berupa angin kencang, yang menerbangkan khemah-khemah serta memporak perandakan peralatan dan bekalan mereka. Akhirnya mereka tidak lagi dapat bertahan lama di sana. Sementara tentara Allah S.W.T dari kalangan malaikat menggoncang bumi yang mereka pijak dan melemparkan rasa takut ke dalam hati mereka.
[9]Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
Ibnu Ishaq meriwayatkannya dengan tambahan : Kemudian aku masuk di kalangan kaum Musyrikin, ketika angin dan tentara-tentara Allah sedang menimpa mereka, menerbangkan kuali, memadamkan api, dan menumbangkan perkemahan. Kemudian Abu Soffyan bangkit seraya berkata: “Wahai kaum Quraisy, setiap orang hendaknya melihat siapa teman duduknya?“ Hudzaifah berkata: “Kemudian aku memegang tangan orang yang berada di sampingku lalu aku bertanya kepadanya: “Siapakah anda?“ Dia menjawab: “Fulan bin Fulan”. Selanjutnya Abu Sofyan berkata: “Wahai kaum Quraisy, demi Allah swt, kalian tidak mungkin lagi dapat terus berada di tempat ini. Banyak ternak kita yang mati. Orang-orang Bani Quraizlah telah memungkiri janji dan kita mendengar berita yang tidak menyenangkan tentang sikap mereka. Kalian tahu sendiri kita sekarang sedang menghadapi angin taufan yang hebat. Karena itu, pulang sajalah kalian, dan aku pun akan berangkat pulang.“
Pada keesokan harinya seluruh kaum Musyrikin kembali meninggalkan medang perang, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersama para sahabatnya kembali ke Madinah.Kaum Muslimin segera menyebut Syukur atas pertolongan Allah SWT. Bertambahlah keimanan mereka dan kepercayaan bahwa Allah SWT selalu memenuhi janji-Nya.
Allah berfirman dalam Surah Ahzab ayat 25

Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.