01 June 2012

perang ahzab/khandaq





Assalamualaikum wbt...semoga kalian semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T...

hari ini jumaat yang mulia.Alhamdulillah berkesempatan bertemu dgn adik2 SC dan kami tadabbur surah Al-Ahzab ayat 1-30.Saya telah berkongsi dengan adik2 SC mengenai kisah  perang Ahzab dan seorang pemuda mulia bernama Salman Al Farisi..Ayat yang banyak menceritakan tentang Perang Ahzab ini adalah dari ayat 9-27.




[9]Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.


[10]Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.


[11]Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.


[12]Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja”.


[13]Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan”, pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).


[14]Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.


[15]Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).


[16]Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja”.


[17]Katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? ” Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun – yang lain dari Allah – yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.


[18]Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: “Marilah bersatu dengan kami”, sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.


[19]Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.


[20]Mereka menyangka bahawa tentera “Al-Ahzaab” itu belum pergi; dan kalaulah tentera Al-Ahzaab datang semula, tentulah mereka suka kalau mereka tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu; dan kalaulah mereka ada bersama-sama kamu (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja.


[21]Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)


[22]Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.


[23]Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.


[24](Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[25]Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.


[26]Dan Ia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikanNya hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian di antaranya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan.


[27]Dan Ia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu menjejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Permulaan Peperangan


Peperangan Khandak yang bererti kubu parit atau pun Ahzab yang beerti tentera bersekutu yang merupakan gabungan banyak puak kuffar dalam melawan tentera Islam di mana peperangan ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun kelima hijrah.


Peperangan ini disebabkan oleh perancangan jahat yahudi Bani Nadhir yang masih tidak berpuas hati dan ingin membalas dendam dengan penghalauan mereka dari bumi Madinah(dihalau kerana komplot ingin membunuh nabi Muhammad S.A.W) .Mereka telah menghantar beberapa orang pemimpinnya untuk menemui pemimpin musyrikin Mekah bagi merancang gabungan pelbagai puak kuffar untuk menyerang Madinah habis-habisan sehingga ke akar umbi. Selepas itu pemimpin yahudi ini berjumpa pula dengan Qabilah Ghatfan untuk turut sama memerangi Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin. Dengan gabungan ini tentera bersekutu kuffar berjaya mengumpul 10 ribu orang tentera iaitu jumlah yang begitu besar berbanding jumlah penduduk Madinah sendiri di mana kalau dicampur lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang yang uzur pun belum sampai kepada jumlah 10 ribu orang. 




Mendengar hal itu Rasulullah S.A.W berbincang dengan para sahabat samada untuk bertahan di Madinah sahaja ataupun keluar menghadapi musuh.Lantas,Salman al farisi  mencadangkan kepada Nabi SAW supaya dibuat parit yang mengelilingi Madinah supaya serangan tentera Ahzab tidak dapat menembusi Madinah. Lalu Rasulullah SAW bersama para sahabat dengan iman yang kental memulakan pembinaan parit tersebut untuk mempertahankan Islam


peta-khandakprojek pembinaan parit tersebut dilakukan di kawasan utara Madinah bermula drpd kawasan berbatu hitam di sebelah timur hingga kawasan berbatu hitam di sebelah barat.Bahagian ini adalah bahagian yang paling mudah diserang manakala bahagian lain dipenuhi dgn pokok2 kurma dan rumah2 yang tidak memungkinkan pihak musuh melakukan serangan dr arah tersebut.


Selepas itu Rasulullah s.a.w sendiri dibantu oleh tentera Islam yang lain berganding bahu dalam menggali parit bagi tujuan sebagai kubu pertahanan daripada serangan musuh. Ketika peperangan ini berlaku cuaca agak dingin sedangkan bekalan makanan tidak mencukupi sehingga Abu Talhah mengatakan :" Kami mengadu kebuluran itu kepada Rasulullah s.a.w dan kami tunjukkan batu demi batu yang diikat diperut kami lalu nabi juga menunjukkan dua ketul batu diperutnya". Tujuan diikat batu ini menurut setengah ulama’ adalah bagi menegakkan tulang belakang yang boleh menahan lapar. Di saat cemas ini maka berlakulah beberapa mukjizat daripada Rasulullah s.a.w untuk menaikkan semangat jihad tentera Islam 



Selama membangun parit dalam waktu 6 hari, pertahanan kota di bagian lain juga turut diperkuat. Wanita dan anak-anak dipindahkan ke rumah yang lebih kukuh dan dijaga ketat. Bongkahan batu-batu diletakkan ditebing parit untuk dilemparkan pada pasukan lawan. Sementara sisi kota yang tidak dibuat parit, diserahkan pengamanannya pada Bani Quraizhah.




Mukjizat semasa pembinaan parit



IMAM Bukhari meriwayatkan dalam Sahih Bukharinya yang dinukil dari Jabir r.a. katanya:
"Pada hari persiapan perang Khandak, kami bekerja keras menggali parit. Tiba-tiba kami dapati satu bungkah batu besar dalam parit yang sedang digali, lalu kami maklumkan kepada Nabi s.a.w. Setelah mendengar berita itu, Nabi s.a.w. menyatakan untuk turun sendiri ke dalam parit bagi mengatasi masalah batu besar itu.Ketika Nabi s.a.w. turun menghampiri batu besar itu, aku terlihat beberapa ketul batu dibalut dengan kain dan diikat pada perut Nabi s.a.w..Sudah tiga hari kami menggali parit dalam keadaan tiada sebarang makanan untuk mengalas perut kami. Semua bekerja dalam keadaan lapar, Nabi s.a.w. sendiri menanggung lapar sehingga perutnya dialas dengan ketul-ketul batu untuk mengurangkan rasa lapar yang sangat mencengkam."Demikianlah keadaan Nabi membuat persiapan perang dalam keadaan lapar.


Meskipun demikian namun Nabi s.a.w. tidak menyerah kalah dengan halangan batu besar yang hampir menggagalkan rancangan membina parit bagi menghalang kemaraan tentera al-Ahzab.Dengan sebuah tukul besi yang berat, Nabi s.a.w. menghayun dan menghentaknya ke atas batu pejal dengan sekuat hati. Dengan izin Allah batu besar itu pecah berkecai.Dilihat secara zahir, batu besar itu tidak mudah untuk dihancurkan. Namun Nabi s.a.w. tetap berusaha dengan kudrat yang ada. Allah SWT mendatangkan pertolongan-Nya dengan bantuan mukjizat, batu besar itu dapat dihancurkan.


Setelah itu Jabir minta izin dari Nabi untuk pulang ke rumah. Sampai di rumah, Jabir memberitahu isterinya keadaan di medan Khandak sudah tiga hari tiada makanan.
Keadaan Nabi s.a.w. sendiri sangat menyedihkan, baginda terpaksa mengikat perut dengan batu-batu berbalut kain, bagi mengurangkan rasa lapar supaya dapat meneruskan kerja-kerja membina parit."allahummadollialasayyidamuhammad"


Jabir dan isterinya berusaha menyediakan sedikit makanan untuk alas perut terutama untuk Nabi s.a.w. Mereka hanya mempunyai sedikit gandum dan seekor anak kambing yang sangat kurus. Jabir menyembelih satu-satunya kambing yang dimiliki, dan isterinya mengisar gandum untuk buat roti.Kemudian Jabir bergegas semula ke medan Khandak mempersilakan Nabi s.a.w. ke rumahnya untuk makan ala kadar. Jabir juga minta Nabi mengajak seorang dua sahabat untuk bersama menjamah makan. Kerana makanan yang disediakan oleh isterinya hanya beberapa keping roti dan seperiuk sup seekor anak kambing yang kurus.


           


Nabi s.a.w. memberitahu jabir, makanan tersebut cukup untuk menjamu semua tiga ribu petugas Khandak. Lalu Nabi berpesan kepada Jabir supaya periuk sup kambing itu tidak dialih dari dapur, dan tunggu sehingga Nabi s.a.w. datang membahagi-bahagikan makanan itu kepada ribuan ahli Khandak itu.Sebelum Jabir pulang kerumahnya, Nabi s.a.w. memaklumkan kepada semua ahli Khandak, bahawa Jabir dan keluarganya telah menyediakan makanan yang banyak. Semua para petugas Khandak dipersilakan ke rumah Jabir untuk menikmati jamuan tersebut.Jabir agak terkejut dan bergegas pulang dengan cemas, memberitahu isterinya tentang pengumuman Nabi s.a.w. menjemput semua (tiga ribu) ahli Khandak.Dia agak kebingungan dan mungkin akan mendapat malu besar apabila hanya segelintir dari mereka yang akan dapat menjamah makanan, kerana hanya sedikit makanan yang dapat disediakan.


Tetapi Isteri Jabir merasa cukup tenang apabila mendengar bahawa Nabi s.a.w. sendiri yang akan membahagi-bahagikan makanan itu.Dia berserah kepada Allah SWT dan terserah kepada Rasul-Nya membahagikan rezeki yang sedikit untuk sajian ribuan manusia.Nabi s.a.w. minta agar ahli Khandak masuk bergilir-gilir dan jangan berebut-rebut, kerana rezeki yang akan disajikan lebih dari mencukupi.Nabi s.a.w. mula membahagikan makanan setiap seorang dengan sepotong roti dan seketul daging sup kambing. Setiap kali Nabi s.a.w. mengoyak roti dan mengaut daging kambing dengan senduk dari periuk yang sama, makanan itu tetap berbaki meskipun telah dibahagikan kepada sejumlah besar manusia.

Begitulah seterusnya Nabi s.a.w. mengoyakkan roti dan meletakkan seketul daging, sehingga semua tiga ribu orang dapat menikmatinya dengan masing-masing merasa sangat kenyang. Yang anihnya roti dan daging kambing di dalam periuk itu sentiasa ada dan tidak berkurangan.Setelah semua ahli Khandak selesai menikmati hidangan yang luar biasa itu, lalu Nabi s.a.w. menyerahkan semula baki roti dan sup kambing itu kepada Jabir dan keluarganya.Nabi mempersilakan Jabir dan isterinya makan, di samping menganjurkan supaya memberikan makanan itu kepada penduduk kampung, kerana tahun itu Madinah sedang menghadapi kekurangan makanan.

Demi Allah, kata Jabir bukan saja tiga ribu ahli Khandak dapat menikmati makanan yang disediakan oleh isterinya, malah hampir seluruh penduduk Madinah yang datang kerumahnya pulang dalam keadaan kenyang. "ALLAHU AKBAR!

Serangan dari tentera Ahzab

Ketika kaum musyrikin sampai di kota Madinah, mereka terkejut melihat benteng pertahanan yang dibuat oleh kaum muslimin. Belum pernah hal ini terjadi pada bangsa Arab.Namun sejumlah ahli berkuda musyrikin Quraisy, di antaranya ‘Amr bin ‘Abdi Wadd, ‘Ikrimah dan lainnya berusaha mencari jarak lompat yang lebih sempit.

Akhirnya, sekutu membuat perkemahan di seberang parit mengepung kaum muslimin selama satu bulan.Di antara mereka tidak terjadi pertempuran yang sebenar kecuali lemparan panah dan batu. 



pengkhianatan Bani Quraizah


Peristiwa itu bermula apabila seorang tokoh Yahudi bani Nadir bernama Huyai bin Ahtok telah menemui tokoh Yahudi bani Quraizah bernama Ka’ab bin Asad. Huyai menjalankan kempen awal mempengaruhi Ka’ab supaya yahudi bani Quraizah membatalkan perjanjian dengan Nabi s.a.w..





Pada peringkat awal, Ka’ab bin Asad enggan mengikut rancangan Huyai bin Ahtok, kerana Ka’ab masih tetap menghargai perjanjian yang telah dimeterai bersama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Ka’ab sebagai seorang ulama Yahudi tahu akibat orang yang mengkhianati perjanjian, iaitu mereka akan menerima kehinaan sepanjang hayat.
Ka’ab menolak rancangan Huyai kerana kehidupan Yahudi bani Quraizah di Madinah bergantung rapat dengan perjanjian yang dimeterai bersama Muhammad s.a.w.. Dia lebih selesa hidup dalam keadaan terikat dengan perjanjian tersebut, saling bantu-membantu untuk mengekalkan keamanan yang dinikmati bersama sejak empat tahun lalu di negara Madinah yang dihuni oleh pelbagai etnik dan agama.
Menurut Ka’ab, sepanjang perjanjian dengan Muhammad selama empat tahun berlalu, semua berjalan dalam keadaan baik. Kaab mengakui bahawa Muhammad s.a.w. adalah orang yang amat setia dengan janji. Dia tidak pernah lihat dalam diri Muhammad itu melainkan benar dan setia dengan janji.
Huyai tidak mudah mengalah dalam isu ini, walaupun Ka’ab tetap menunjukkan keengganannya untuk bergabung dalam pakatan itu, namun dia tidak putus asa. Dia seorang Yahudi yang sangat licik dan pintar dalam segala putar belit.
Huyai mengingatkan Ka’ab bahawa Muhammad adalah orang buruan yang menumpang hidup di Madinah. Penduduk Makkah telah menghambatnya hingga dia terpaksa lari malam meninggalkan kampung halaman. Tiba-tiba Yahudi bani Quraizah yang sudah sekian lama bertapak di Madinah, terpaksa mengikat setia dengan seorang pelarian.
Ka’ab diperlekeh oleh Huyai atas pendiriannya, terikat dengan perjanjian dengan seorang buruan dari negara lain, tanpa memiliki apa-apa yang boleh dibanggakan. Di manakah kewajaran Ka’ab yang mengetuai Yahudi bani Quraizah, sanggup mengikat diri dan kaumnya dalam satu perjanjian yang hanya menguntungkan Muhammad dan orang-orang pelarian yang bersamanya. Kerana dengan perjanjian itu, orang-orang pelarian pimpinan Muhammad hidup aman dan dilindungi oleh penduduk asal Madinah.



Sungguh hebat hujah-hujah yang dikemukakan oleh Huyai bagi mengubah pendirian Ka’ab, yang peringkat awalnya begitu setia dengan perjanjian yang dimeterai bersama Muhammad s.a.w.. Tetapi akhirnya Ka’ab terpengaruh dengan segala alasan dan hujah yang dikemukan oleh Huyai ketua Yahudi bani Nadir dan bersetuju untuk menyertai pakatan yang diatur oleh Huyai. 




suasana tegang


surah al ahzab:

[10]Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.


[11]Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.



Suasana makin tegang dan kehidupan penduduk Muslim makin meruncing apabila Yahudi Bani Quraizah membatalkan perjanjian yang dimaterai.Ketika itu Muslim berada dalam keadaan kritikal diuji dengan musuh yang datang dari semua arah ditambah dengan kesempitan hidup yang semakin mencengkam.


Sebagian Bani Haritsah minta izin pulang ke kota, dengan alasan rumah-rumah mereka tidak terjaga. Bani Salimah pun mulai merasa lemah, tapi Allah Subhanahu wa Ta'ala mengokohkan hati mereka sehingga mereka tetap berjuang bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.



surah al ahzab:

[12]Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja”.


[13]Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan”, pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).


[14]Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.


[15]Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).









Pertolongan dari Allah


1)Nu'aim bin Mas'du


Nu‘aim bin Mas‘du, seorang dari Kabilah Gatafan yang menjadi muallaf tanpa pengetahuan teman-temannya  datang kepada Rasulullah S.A.W lalu berkata: “Wahai Rasulullah sesungguhnya saya telah masuk Islam. Perintahkanlah saya berbuat sesuatu yang boleh membantumu"
Kepadanya Rasulullah S.A.W berpesan :
“Kamu hanyalah seorang diri.Diantara kita, engkau adalah satu-satunya orang yang dapat melaksanakan tugas itu dan bantulah kami sekadar termampu.Ketahuilah bahwa peperangan, sesungguhnya adalah tipu muslihat.“
Nu'aim berjumpa dengan Bani Quraizhah dan berkata: “Wahai Bani Quraizhah sesungguhnya aku menyayangi kamu dan bimbang kamu ditimpa sesuatu yang buruk maka aku akan beritahu kamu satu rahsia. kalian telah memerangi Muhammad dan kamu tahu bukan orang-orang Quraisy da Ghotofan apabila  mendapat kesempatan tentulah mereka manfaatkan. Jika tidak, niscaya mereka akan segera kembali ke negeri mereka dan membiarkan kalian bersendirian menghadapi Muhammad . Sudah tentu dia akan menghabisi kalian.”
Mereka bertanya: “Lantas apa yg harus kami lakukan wahai Nu’aim?”
Kata Nu’aim: “Kalian jangan turut berperang bersama Quraisy sampai mereka memberi jaminan untuk tidak meninggalkan kamu sendirian.Ini dapat dilakukan dgn cara kamu mendapatkan 70 org pembesar mereka sebagai tawanan kamu.Mereka pun berkata: “Sungguh engkau telah memberikan saran yg tepat.”
Setelah itu Nu‘aim pergi mendatangi pemimpin-pemimpin Quraisy. Kepada mereka Nu‘aim memberitahukan bahwa Bani Quraizah telah menyesal atas apa yang mereka lakukan dan secara sembunyi-sembunyi mereka telah melakukan kesepakatan bersama Nabi saw untuk menculik beberapa peimpin Quraisy dan Ghatfahan untuk diserahkan kepada Nabi saw. Karena itu, bila orang-orang Yahudi itu datang kepada kalian untuk meminta beberapa orang sebagai tawanan, janganlah kalian menyerahkan seorang pun kepada mereka.
Setelah itu Nu’aim mendatangi orang-orang Ghathafan dan mengatakan kalimat yang sama dengan yang diucapkan kepada orang Quraisy
Ketika masuk malam Sabtu bulan Syawwal pasukan sekutu itu menemui tokoh-tokoh Yahudi dan mengatakan:"marilah bangkit bersama kami agar kita bisa menumpas Muhammad .”
Mendengar hal ini orang-orang Yahudi mengatakan: “Sesungguhnya hari ini adalah hari Sabtu. Dan kalian sudah tahu apa yg menimpa para pendahulu kami ketika mereka mengada-adakan sesuatu pada hari itu. Namun demikian kami juga tidak akan berperang bersama kalian sampai kalian memberi jaminan kepada kami.”
Ketika utusan itu datang menyampaikan hasil kepada mereka orang-orang Quraisy berkata: “Sungguh benar apa yang dikatakan Nu’aim.” Merekapun mengirim utusan lagi kepada orang-orang Yahudi dan mengatakan: “Sungguh demi Allah kami tidak akan menyerahkan apapun kepada kalian. Keluarlah bersama kami sampai dapat menumpaskan Muhammad .”
Orang-orang Quraizhah berkata pula: “Sungguh benar apa yg dikatakan Nu’aim.” Lalu kedua saling mengejek.Demikianlah akhirnya terjadi salah paham di antara mereka dan saling tidak mempercayai. Sehingga masing-masing dari mereka menuduh terhadap yang lainnya sebagai pengkhianat.
2)Angin kencang dan tentera malaikat
Pada suatu malam musim dingin itu Allah S.W.T telah mengirimkan kepada kaum musyrikin ‘tentera' berupa angin kencang, yang menerbangkan khemah-khemah serta memporak perandakan peralatan dan bekalan mereka. Akhirnya mereka tidak lagi dapat bertahan lama di sana. Sementara tentara Allah S.W.T dari kalangan malaikat menggoncang bumi yang mereka pijak dan melemparkan rasa takut ke dalam hati mereka.
[9]Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
Ibnu Ishaq meriwayatkannya dengan tambahan : Kemudian aku masuk di kalangan kaum Musyrikin, ketika angin dan tentara-tentara Allah sedang menimpa mereka, menerbangkan kuali, memadamkan api, dan menumbangkan perkemahan. Kemudian Abu Soffyan bangkit seraya berkata: “Wahai kaum Quraisy, setiap orang hendaknya melihat siapa teman duduknya?“ Hudzaifah berkata: “Kemudian aku memegang tangan orang yang berada di sampingku lalu aku bertanya kepadanya: “Siapakah anda?“ Dia menjawab: “Fulan bin Fulan”. Selanjutnya Abu Sofyan berkata: “Wahai kaum Quraisy, demi Allah swt, kalian tidak mungkin lagi dapat terus berada di tempat ini. Banyak ternak kita yang mati. Orang-orang Bani Quraizlah telah memungkiri janji dan kita mendengar berita yang tidak menyenangkan tentang sikap mereka. Kalian tahu sendiri kita sekarang sedang menghadapi angin taufan yang hebat. Karena itu, pulang sajalah kalian, dan aku pun akan berangkat pulang.“
Pada keesokan harinya seluruh kaum Musyrikin kembali meninggalkan medang perang, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersama para sahabatnya kembali ke Madinah.Kaum Muslimin segera menyebut Syukur atas pertolongan Allah SWT. Bertambahlah keimanan mereka dan kepercayaan bahwa Allah SWT selalu memenuhi janji-Nya.
Allah berfirman dalam Surah Ahzab ayat 25

Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.







2 comments:

Miss Mus said...

alhhamdulillah.. terima kasih share.. ^^ Akhirnye dapat juga saya tahu kisah full perang khandak.. saya dah ceritakan kat kawan2 saya jugak :) jzkk

Chao Jung said...

bagus niih.. lumayan buat tugas.. insya allah nilaiku seratus karena cerita perang khandaq ini.. pas disalin hampir 12-13 lembar.. Hebat!! Pertahankan ya ajaran islamiyah nya.. :)