07 June 2009

PaLEsTINeVErGrEeN.....




salam... lama betul x update..ingat nak update skit sempena Palestinevergreen tapi....masa x mengizinkan dan hari ni saya berpeluang untuk mengupdate blog saya....:-)

cerita Palestin satu cerita lama..mungkin ramai dah muak dan bosan dengan cerita Palestin...dan mungkin ada yang masih tidak jemu bercerita pasal Palestin..
ada suara2 mungkin berkata:

"aduih.....lagi2 Palestin..xde cerita lain ke?bosan la...bila ntah nak stop perang kat sana tu?"

atau ada suara mungkin berkata ini:

"dari aku ambik tau pasal Palestin baik aku ambik tau pasal benda lain.Banyak benda lagi aku nak pikir.Lagipun kalau aku pikir bukan datangkan pape faedah pun kat aku..buat sakit kepala otak aku je"

atau pun ini:

"ahhh...aku ngan rakyat Palestin tu xde kena mengena pun..takde tali persaudaraan pun hatta bau2 bacang sekalipun"

atau ada insan yang masih prihatin akan berkata:

"Palestin bumi tertindas dan mereka yang ditindas itu adalah saudara mara Islam kita.Takkan kita nak berdiam diri je tengok mereka disiksa,dihina,dicaci di bumi sendiri.Bak kata orang cubit paha kanan paha kiri terasa juga"

dalam kategori manakah kita kawan2?golongan yang prihatin atau golongan angkuh yang mementingkan diri sendiri?

Ya benar...cerita palestin cerita lapuk.Dari dulu,hinggalah sekarang kisah Palestin tidak pernah berakhir dan tidak pernah berubah.Namun,kita perlu sedar,kisah Palestin adalah kisah kita,kisa saudara kita dan kisah umat Islam seluruhnya...



Tidak terasakah anda di kala anda berseronok dan bergembira, mereka ditimpa hujanan peluru dari segenap penjuru?










Tidak terkilankah anda di kala anda membuang makanan anda yang berlebihan,mereka terbaring di jalanan kerana kelaparan?









Tidak terfikirkah anda di kala anda merungut tentang sesuatu,mereka mengucapkan syukur kepada Allah yang masih memberikan mereka kehidupan?


Tidak terpakukah anda di kala anda melawan kata-kata ayah dan ibu anda,mereka menangis syahdu melihat ayah dan ibu mereka terkorban ditangan si celaka?

DAN




tidak tergugatkah jiwa anda di kala anda sentiasa lupa dan lalai pada Allah, mereka begitu bersemangat dan rindu untuk syahid di jalan Allah?







Ya Allah..kehidupan kita dan rakyat Palestin terlalu berbeza..walaupun pada hakikatnya kita adalah sama di sisi Allah,hanyalah hambaNya yang lemah lagi tidak berdaya.. Sungguh...kita terlalu mewah..kita terlalu senang..kita terlalu alpa dengan keindahan duniawi..sampai kita lupa akan saudara kita di sana...
mata hati kita terlalu buta untuk merasai kesengsaraan mereka...
jiwa kita terlalu lemah untuk berjuang bersama mereka..
tangan kita tidak berdaya untuk melawan sang rakus durjana...


kenapa kita tidak seperti mereka?mereka yang sangat bersemangat dalam berjihad memperjuangkan Islam?


kawan2...


Bukanlah saya menyeru supaya kawan2 semua menagkat senapang di bahu,beli tiket flight terus ke Palestin kerana saya tahu kita tidak mampu untuk bangkit berjuang bersama mereka membebaskan Palestin dan kita tidakberdaya untuk menggadaikan nyawa kita(siapa yang nak mati kecuali orang yang betul2 mahukan syahid kan)Lagipun,kita ada tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar.

Tetapi,di sini saya ingin menyeru supaya anda prihatin dengan nasib saudara kita..turut sama menyumbang apabila dihulur tabung..turut sama boikot barang2 buatan sang durjana...dan turut sama mendoakan mereka di sana supaya mereka sentiasa tabah dan tetap pendirian dalam perjuangan yang suci ini..


beratkah tangan kita untuk menadah tangan memohon doa untuk mereka?

terbuangkah masa kita pabila kita surf internet untuk baca berita,ambil tahu pasal isu Palestin? Jadi papa kedanakah kita pabila kita menderma kawan2?
Payah ke nak boikot?emmm....ramai orang bertanya,ramai juga orang berkata tentang boikot,

"boikot ni boleh pakai ke?macam x beri kesan pape pun"

"ala...susahla nak boikot KFC,McD semua tu..tu semua makanan kegemaran tu"
"apa kes nak boikot2....tak kelas la..lagipun bukan semua orang tak wat pun..nape kita nak wat?


wahai kawan2 ku semua..

"hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih anda boleh berikan."

Tidakkah anda terfikir kemana duit yang anda gunakan untuk membeli barang2 buatan sang durjana itu disalurkan kalau bukan kepada mereka? Tidakkah anda terfikir dari mana datangnya wang yang mereka gunakan untuk membuat peluru,senapang,bom dan peralatan2 perang yang lain kalau bukan dari hasil penjanaan ekonomi mereka? dan tahukah anda, sebenarnya anda turut menyumbang kepada kemusnahan Palestin?

>Anda geram dengan perbuatan Israel,tetapi anda masih xleh nak berhenti dari berkunjung ke KFC n McD..


>anda benci dengan Israel tetapi anda masih minum Milo,Nespray,Cola2,Pespi...


>anda hina Israel tatpi anda masih memakai barangan Loreal,Estee Lauder..



di mana pendirian anda sebenarnya?

wahai kawan2..

sedarlah..sedarlah dari sekarang..saya tahu bukan senang nak boikot barang2 ni semua,lagi2 makanan..Tapi,kita perlu sedar dan perlu hayati sikap prihatin..prihatin pada nasib mereka dan jangan pentingkan diri sendiri,jangan ingat nak memenuhkan kehendak diri dan perut sendiri saje,tapi nasib saudara kita,kita abaikan...


P/s: istiqamahla dalam melakukan sesuatu kerana istiqamah itu indah..Saya harap semangat2 student Alex bukan hanya setakat ini(tempoh berlansungnya Palestinevergreen) tetapi diharapkan semangat itu terus berkekalan dan berpanjangan.Hadirkanlah rasa prihatin dan simpati tentang nasib orang lain dalan diri anda..isyallah....moga Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang sentiasa berjuang dan berjihad di jalanNya...