23 July 2007

wanita......




Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di
zaman Rasulullah, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW
untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.


Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah
seperti berikut:

"Assalamualaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku
lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu
tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
bawah:

Contoh 1Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, harta suami pun
kena sumpah.

Contoh 2Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan
di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami
yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.
Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,
jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu
ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan
berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata,
"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita
banyak
beristighfar dan bersedekah,
kerana ia dapat menyelamatkan kita dari perkara yang boleh menjerumuskan
kita ke dalam api neraka seperti
yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari,
dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih
dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan
amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.


b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu
yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"


c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

SedekahSedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga
termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri.

Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak
menambat hati suami.


Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang
pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang
hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama
beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan
isteri-isteri baginda
.


Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada
Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.


Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan muhasabah diri-diri kita.
Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke
dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"




RAHSIA DISEBALIK DEMAM




Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?



Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :


"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)


Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.


Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.


Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.



Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?


Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat
dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.


Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.



Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.



Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.



Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :



Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)



Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani".


Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada


Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.


Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.



Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :


"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?


Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".


Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".

(Hadith Riwayat Muslim)


Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.



Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.


Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.


Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

.

kematianku




Wahai saudaraku apabila malam ini malaikat maut menghampiri kita, maka solat
kita hari ini adalah solat terakhir kita. Wahai saudaraku, ingatlah satu desah
nafas adalah satu langkah menuju kubur kita. Semakin hari sesungguhnya kita
semakin dekat degan kematian kita. Kematian bukan hanya milik orang lain tetapi
juga milik kita. Ingatlah bahawa ajal dapat menjemput kita dimana sahaja.
Mungkin dikala tidur, dikala berjalan. Ingatlah bahawa ajal tidak dapat diduga.

Wahai saudara-saudaraku,


kita pasti akan mati dan kita pasti akan dipertanggung jawabkan walauapapun yang kita lakukan. Tidak ada sedikit pun yang kita lakukan tidak akan kembali kepada kita sendiri. Allah melihat persis apa yang kita lakukan;tidak ada yang tersembunyi. bersiap sediakah kita andaikata malaikat maut menjemput kita hari ini ?

Ingatlah waktu sarakatul maut adalah saat yang sangat pahit. Kita sering melihat
bagaimana haiwan korban yang tidak mempunyai dosa, Allah memperlihatkan
kepada kita pahitnya saat ajal berpisah dari tubuh kita dengan mata terbeliak, lidah
menjulur, badan menggelepar-gelepar. Sesungguhnya kitapun akan sedemikian.
Walaupun kelihatan tenang, sesungguhnya pahit,kecuali bagi mereka yang
merindukan Allah.

Andaikata kita sudah mati, tidak ada lagi yang dapat menolong, harta-harta kita
yang bermati-matian kita kumpul tak dapat kita bawa kerana bukan milik kita
tetapi milik Allah. Tinggallah sehelai kain kafan yang dililitkan ditubuh kita.
Bayangkanlah apabila tubuh ini sudah kaku, wajah ini sudah beku. Kain kafan
sudah mulai dibungkus.

Bersyukur kalau kita ada yang menguruskannya. Bayangkanlah bila tubuh kita
sudah terbujur kaku. Bersyukur bila ada yang menyolatkan kita. Isteri, suami,
anak-anak kita hanya boleh menangis disamping kita. Kita akan diusung kekamar
kita yang baru, iaitu ke liang lahat. Wajah kita akan dibuka untuk menyentuh
tanah dan papan akan ditutup disekitar kita.

Perlahan-lahan orang yang kita cintai akan menaburkan tanah sehingga semakin
gelap, dan kita makin sendiri. Tanah semakin penuh, kita semakin jauh dari mereka.
Inilah pertemuan terakhir dengan mereka

Tinggallah kita sendiri di liang lahat, mereka semua akan pulang. Berenga, cacing
sudah mulai mengunyah tubuh kita. Tetapi yang menjadi masalah ketika mulai
datang malaikat kubur. Mungkin pertanyaannya: ? Wahai mahkluk malang berpuluh-
puluh tahun engkau hidup di dunia, betapa banyaknya engkau menghianati Allah
yang selalu menjamumu. Betapa banyak nikmatnya hanya kau balas dengan
pengkhianatan? ?

Mungkin ketika itu dinding kubur mulai menghimpit tubuh. Sebetulnya solat kita
akan membela, tetapi solat kita terlalu lemah, kerana tidak pernah khusyuk.

Mungkin sedekah kita akan membela, tetapi sedekah kita terlalu lemah kerana kita
terlampau bakhil.

Mungkin puasa kita akan menolong, tetapi puasa kita hanya puasa perut, mata
tidak pernah puasa, mulut tidak pernah puasa hanya menyakiti orang lain.

Mungkin haji kita akan menolong, tetapi haji kita haji mardun, yang tertolak
kerana niatnya tidak benar.

Tinggallah kita menderita, hanya doa anak dan keluarga kita yang kita
tunggu-tunggu, tapi bagaimana?

Mereka tidak boleh berdoa kerana kita tidak pernah mengajar mengenal Allah
dengan baik. Tahukah saudaraku, siksa kubur terhenti apabila anak kita berdoa
atau orang yang Allah amanahkan.

Doa tersebut bagai cahaya yang masuk sehingga kubur kita menjadi terang
benderang. Berbahagialah bagi orang orang yang cukup bekalan, kubur akan
menjadi salah satu kenikmatan. Solatnya menjadi cahaya terang benderang,
sedekahnya menjadi ganjaran, wakafnya menjadi pahala yang tak pernah putus,
orang-orang yang ditolong akan selalu mendoakan, ilmu yang diajarkan akan
mengalirkan ganjaran.

Wahai saudaraku, kenapa kita selalu menganggap kematian itu kelihatannya adalah
untuk orang lain, padahal kita pasti mati. Setiap perbuatan kita di dunia akan
dihitung lengkap, apakah kebaikan atau keburukan yang lebih banyak.

Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui bila ajal akan menjemput kami.
Kain kafan mana yang akan dililitkan di tubuh ini. Juga liang lahat mana yang
akan kami huni. Wahai Allah izinkanlah kami memiliki sisa umur yang benar,
ampunilah andaikata selama ini kami mengkhianatimu. Jadikan harta yang engkau
amanahkan benar-benar dapat menjadi cahaya dalam kubur kami kelak.
Jadikanlah solat-solat kami menjadi pendamping kami Ya Allah.





KESIMPULAN

Saudaraku, sebaik-baiknya manusia adalah manusia yang selalu ingat mati dan
paling mempersiapkan diri kita untuk mati dan selalu berfikir hari ini adalah hari
yang terakhir kita. Luruskan niat dan berbuatlah yang terbaik setiap saat, jangan
pernah sia-siakan satu kejadianpun, kecuali harus membawa manfaat bagi dunia
dan akhirat.

Ya Allah berikan kesempatan untuk memberikan yang terbaik dalam hidup ini
berguna bagi dunia dan bermanfaat bagi akhirat. Kita songsong malaikat maut
dengan amalan yang utama.

Selamat berjuang saudaraku sekalian untuk mengharungi sisa umur ini. Semuga
kita diberi kesempatan untuk mempersembahkan yang terbaik dan kita berjumpa
dihadapan Allah kelak di Syurga. Aamin Ya Rabbal A?lamin, hidup untuk
mempersembahkan yang terbaik berguna untuk dunia dan bermanfaat bagi akhirat.
Selamat berjuang.

22 July 2007

kelebihan kaum perempuan....

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)



1. Doa wanita

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Pahala Wanita Mengandung

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Pahala Wanita Bersalin

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Kelebihan Melahirkan Anak

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
5. Kelebihan Menyusukan Anak

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Pahala Memelihara Anak
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Menggembirakan Perempuan
Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8. Keistimewaan Anak Perempuan
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Ganjaran Menolong Suami
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
10. Ganjaran Wanita Solehah
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Darjat Wanita Solehah
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Hak Suami dan Ibu
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Keutamaan Terhadap Ibu
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Kelebihan Mentaati Suami
Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Ganjaran Mentaati Suami

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Keistimewaan Seorang Ibu
Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Ganjaran Memelihara Anak

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Ihsan Terhadap Perempuan

Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Penghalang Api Neraka
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

wanita pertama syahid dalam islam...


Dialah Sumayyah binti Khiyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughirah. Hidupnya sebatang kara dan beliau bernikah dengan Yasir seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekah kerana pada masa itu tidak ada kabilah yang dapat membelanya, menolongnya dan mencegah kezaliman atas dirinya. Hasil pernikahannya itu lahirlah anak mereka berdua yang bernama Ammar dan Ubaidullah.


Tatkala Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki, beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w. kepada beliau. Akhirnya, berfikirlah Ammar bin Yasir sebagaimana berfikirnya penduduk Mekah. Kerana kesungguhan dalam berfikir dan fitrahnya yang lurus maka masuklah beliau ke dalam agama Islam. Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dan menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah s.a.w. kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh barakah itu dan mengumumkan keislamannya sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.


Dari sinilah bermulanya sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam. Sejarah Islam telah memaparkan bahawa hampir semua orang yang masuk Islam di peringkat awal telah menerima seksaan dari orang-orang kafir Quraisy. Berbagai cara yang telah dilakukan orang-orang kafir Quraisy untuk melemahkan semangat Islam pada jiwa pengikut Muhammad s.a.w. termasuklah menyeksanya dengan kejam. Namun demikian, usaha mereka gagal dan tidak dapat menawan hati orang-orang Islam. Antara mereka yang menerima seksaan hebat itu ialah Sumayyah, ibu Ammar bin Yasir.


Ia adalah seorang yang sangat tabah dan cekal dalam mengharungi sebarang ujian. Keimanannya tidak pernah luntur sekalipun ia banyak menerima ancaman dan penyeksaan dari Abu Jahal. Suatu ketika Abu Jahal menyedari bahawa seorang demi seorang hambanya telah memeluk Islam. Ia merasa sangat marah lalu mengambil tindakan keras terhadap mereka lantas Bani Makhzum segera menangkap Sumayyah dan suaminya serta dua orang anaknya Ammar dan Ubaidullah telah ditangkap. Tangan dan kaki mereka telah diikat dengan tali sehingga tidak mampu untuk melepaskan diri.


Abu Jahal berusaha memaksa Sumayyah dan keluarganya supaya meninggalkan ajaran nabi Muhammad s.a.w. Abu Jahal berkata dengan keras, "Celaka kamu semua, Muhammad itu adalah seorang gila, mengapa kamu mengikut ajarannya? Jika kamu mahu selamat. kembalilah kepada agama nenek moyang kita".


Oleh kerana Yasir, Sumayyah dan anak-anak mereka masih setia dengan Islam, Abu Jahal mengambil keputusan untuk melakukan deraan. Mereka semua telah dilemparkan di tengah-tengah padang pasir yang panas di simbah kepanasan matahari, kemudian meletakkan di atas dadanya sebongkah batu yang berat akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan. Ketika itu Sumayyah menyaksikan sendiri bagaimana nasib yang menimpa ke atas keluarganya. Dia terpaksa menerimanya dengan hati yang tabah dan redha kepada ketentuan Allah s.w.t.


Abu Jahal semakin meradang kerana keteguhan hati wanita ini, kekuatan imannya dan kekukuhannya berpegang kepada akidahnya. Maka dari itu dia pun meningkatkan keseksaannya. Mula-mula Sumayyah menyaksikan suaminya, Yasir disebat dengan cemeti. Kemudian ia dipanggang di atas bara api sehingga dagingnya melecur. Bau kulit terbakar menusuk hidung. Yasir tidak dapat menahan kesakitan yang amat sangat sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Sumayyah melihat kejadian itu dengan hati yang sabar dan tenang. Kedua-dua orang anaknya berpelukan sambil menangis kerana kesedihan.


Kemudian Sumayyah melihat sendiri bagaimana giliran anaknya Ubaidullah menerima seksaan. Ubaidullah diangkat ke atas pemanggang api yang sedang menyala-nyala. Tubuhnya terbakar sehingga hangus, dia mati dengan wajah yang berseri-seri. Abu Jahal sedang dalam kemarahan kerana keluarga Sumayyah masih enggan meninggalkan agama Muhammad s.a.w. Sebagai seorang ibu, Sumayyah tetap merasa sedih dengan kejadian itu tetapi dia berdoa agar Allah s.w.t. memberikan balasan yang baik kepada keluarganya.


Sumayyah menerima hukuman dari Abu Jahal dengan hati yang tenang. Dia diangkat ke atas tempat pemanggang api, kemudian diturunkan semula. Abu Jahal berkata, "Jika engkau mahu keluar dari agamamu, aku akan lepaskan Ammar." Lantas Sumayyah berkata dengan tenang kepada Abu Jahal "Ammar tahu tanggungjawapnya terhadap Tuhan, sebagaimana aku tahu tanggungjawapku terhadap Tuhanku. Oleh itu, aku tidak ada kaitan dengannya."


Dengan hati yang marah, Abu Jahal dan para pengikutnya telah mendera Sumayyah dengan keras. Sumayyah telah dijemur di tengah padang pasir yang panas, dia dibiarkan di bawah pancaran matahari yang sangat terik. Tubuhnya telah ditusuk dengan sebatang tombak yang tajam. Akhirnya Sumayyah menemui ajalnya dengan keimanan yang suci.
Sungguh mulia kedudukan Sumayyah di sisi Tuhannya. Rasulullah s.a.w. yang menyaksikan peristiwa tersebut ada menyatakan, "Bersabarlah wahai keluarga Yasir! kerana tempat yang dijanjikan untukmu adalah syurga."
Abu Jahal telah membunuh Sumayyah kerana dia menolak untuk tunduk kecuali kepada Allah semata-mata.


Firman-Nya :
“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” (Al-Buruj : 8).


Begitulah semangat dan keberanian Sumayyah ketika menghadapi ujian yang paling berat. Ia bukan sahaja wanita yang hebat dengan ketabahannya, bahkan tercatat dalam lembaran sejarah dengan tinta emas. Dialah wanita terulung mati syahid dalam Islam. Dengan keimanannya, Sumayyah berani menghadapi golongan manusia yang paling zalim sebaris dengan Fir'aun. Gambaran wanita cemerlang inilah yang harus dimiliki oleh kelompok orang-orang yang beriman dalam menghadapi pihak yang zalim.

muslimah hari esok....



Muslimah yang dikasihi…
Pelihara auratmu walau di mana kau berada dan jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan Mahrammu…

Muslimah yang dikasihi…Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah moga – moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari syurga Ainul Mardhiyah…

Muslimah yang dikasihi…
Berakhlaklah dengan panduan dari Rasulmu. Contohi dan ikuti pastinya engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu…

Muslimah yang dikasihi…Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelahan kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al Quran panduan hidupmu. Hadith jadi sumber rujukanmu…

Muslimah yang dikasihi…
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada, moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga…

Muslimah yang dikasihi…
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu…kasihi Tuhanmu…redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu Sayangku…kelak satu hari nanti ada Insan yang menantimu berkat kasihmu pada Allah yang satu…pasti itulah Insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah…Moga bertambahlah Redha Allah padamu…melimpah kasihNya padamu…kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu…

21 July 2007

Cinta...

Sebuah kata yang amat singkat namun memiliki makna yang amat luas... Walaupun sepnuhnya tiada definisi yang pasti, namun kewujudansebuah cinta diakui oleh semua orang.

Imam Al-Ghazali mengatakan cinta itu ibarat sebatang kayu yang baik. Akarnya tetap di bumi, cabangya di langit dan buahnya zahir, batin, lidah dan anggota-anggota badan.,apa yang dimaksudkan ialah pengaruh-pengaruh yang muncul dari cinta itu boleh merebak sampai ke hati dan anggota badan.



Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang semestinya takkan bertepuk sebelah tangan. Namun Allah tidak egois mendominasi cinta hamba-Nya. Dia memberikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, orang tua,serta kaum muslimin dan muslimat..


Tapi cinta pada manusia semestinya tidak melebihi cinta kita pada Allah, kerana Allah mengatakan, 'Katakanlah! Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-istrimu, kaum keluargamu, harta-benda yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatiri akan rugi dan rumah tangga yang kamu senangi (manakala itu semua) lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah keputusan-Nya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.'

Prestasi kepahlawanan para pejuang tidak terlepas dari pengaruh cintanya seorang pemuda kepada pemudi. Umar bin Abdul Aziz berhasil memenangi pertarungan cinta sucinya kepada Allah daripada cinta tidak bertuannya kepada seorang gadis.


Tidak ada yang salah pada cinta. Berusahalah menempatkannya pada tempat, waktu dan situasi yang tepat.

Ya Allah,
aku mohon kepadaMu...
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar
tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta palsu....

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,

jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah...
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu..
Kukuhhkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.....
Tunjukilah jalan-jalannya....
Penuhilah hati-hati ini
dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar....
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.....



pandangan://percintaan yang sebaik-baiknya adalah percintaan selepas adanya ikatan yang sah antara dua pasangan.... sesungguhnya pekahwinan itu adalah prcintaan suci antara dua insan....

10 peringatan bumi.....




BERKATA ANAS BIN MALIK R.A. ; SESUNGGUHNYA SETIAP HARI BUMI MENYERU KEPADA MANUSIA DENGAN SEPULUH PERKARA:-

1. Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan masuk ke dalamnya kelak

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakang beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

dosa tinggal sembahyang lebih teruk dari zina....


PADA satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya.

Tanpa bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulit yang bersih, badan ramping dan roma mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Pintu diketuknya perlahan-lahan pelan sambil mengucapkan uluk salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.



Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya...telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati,” ucap wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itupun segera bangun dan berlalu dengan hati hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Baginya, ke mana lagi hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon keampunan kepada Allah s.w.t untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tiada hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Manakala orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah s.w.t itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.

Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)

masihkah kau ingat????

ingatlah kawan2 beberapa perkara:



1.kebaikan 2 orang


Tiada kebaikan di dunia ini melainkan kepada dua orang; seorang yang mengerjakan beberapa dosa lantas diiringi dengan taubat, dan seorang yang segera mengerjakan kebaikan.


2. Tiga Perkara Merbahaya

Tidak ada yang lebih membahayakan manusia melainkan 3 perkara ;


a) Memikul sesuatu yang ia tidak berupaya kerana percaya kepada kekuatannya

b) Tidak berusaha kerana bersandar kepada Qadha dan Qadar

c) Tidak berjaga-jaga dalam makanan kerana bersandar kepada kesihatan yang baik



3. Akal Tumbuh Seperti Tanaman

Akal tumbuh seperti tumbuhnya tanam-tanaman dan bajanya adalah dengan ilmu dan pengalaman



4. Kesudahan Kebenaran & Kebatilan

Sesungguhnya kebenaran itu berat (sukar) tetapi baik kesudahannya. Sesungguhnya kebatilan itu ringan dan buruk kesudahannya


5. Jangan Lupa Tanggungjawab Kepada Allah

Janganlah engkau terlalu sibuk menghabiskan masa untuk urusan keluarga dan anakmu (sehingga lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah dsb), kerana jika mereka itu adalah kekasih Allah, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan kekasihNya, tetapi jika mereka itu musuh Allah, maka apakah gunanya kesibukan dan segala usahamu terhadap musuh-musuh Allah ?

masih adakah waktu????



ku lihat camar pulang…. riang terbang beriringan..
nun di ufuk barat….. terbenamnya sang cahaya..
terpegun aku seketika….
di kala senja…
bayang hitam menyelubungi…
menutupi siang yang gemilang…
sayup-sayup kudengar suara azan…

syahdunya hatiku….
kagum dengan kekuasaan-Nya
malam kelam ditutupi awan…




bulan terang menghiasi…
bintang sinar berkelipan…
menambahkan seri malam…
mergastua bersahut-sahutan…
permainya suara alam…
angin lembut bertiup..
menyapa wajahku..

alangkah indahnya jika ..
dapat ku nikmati lagi..
namun saat indah …
tak akan sentiasa bersinar…

aku mencari-cari…
di mana camar putih…
bintang,bulan,angin
semuanya telah lenyap…
bagai ditelan bumi…
angkara pemodenan yang rakus..
pembangunan menjalar…
telah menelan ketenanganku…

bangunan tinggi meragut
kesucian desa suci…
kembalikan maruah..
pulangkan permata ..
yang telah engkau rampas..
selamatkan suara alam ini..
jangan biarkan ia tenggelam…


dalam noda gelora yang iri hati…







aku merindui…
kedamaian pernah ku kecapi
suatu waktu dulu

TIPS UNTUK MENGATASI MASALAH KEGEMUKAN Bersama Dr Fauziah Mohd Hassan


GeForce_II menulis "- Pastikan anda mengambil makanan berzat dan seimbang. Makan tiga sarapan yang sederhana adalah lebih baik daripada satu yang berat.

- Pilih makanan mengandungi kalori rendah. Cara memasak seperti bakar, panggang atau kukus adalah baik daripada menggorengnya.

- Gunakan minyak yang sedikit untuk memasak dan dalam makanan.

- Makan banyak sayuran segar dan buah-buahan.

- Makanan mengandungi kadar serat tinggi seperti roti kaya serat, pasta, ubi kentang boleh memberi kepuasan kepada selera makan tanpa membekal banyak kalori.

- Banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman tinggi kalori seperti minuman gas, kordial dan minuman bergula atau berperisa.

- Jauhkan daripada makanan seperti kek, biskut, gula-gula, kuih-muih yang mengandungi kadar gula tinggi.

- Lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk menggunakan tenaga yang disimpan dan untuk mengimbangi tenaga yang didapati daripada pemakanan.

Ada salah faham mengenai kawalan berat badan boleh diperoleh serta merta. Tanggapan ini timbul dengan adanya pelbagai wonder diets yang dipromosikan.

Mengurangkan berat badan adalah satu proses yang berperingkat. Justeru, anda patut membuat sasaran menurunkan berat kira-kira satu hingga dua paun seminggu sehingga anda mencapai berat badan unggul untuk saiz badan anda.

Cara paling berkesan untuk menguruskan badan ialah dengan mengubah suai diet dan senaman berterusan ..
pandangan://setiap invidu ingin kelihatan kurus dan lansing,namun janganlah keterlaluan dalam menjaga pemakanan sehingga memudaratkan diri sendiri....apa yang lebih penting diri kelihatan cergas dan sihat....

20 July 2007

indahnya wanita ciptaan Allah....


Indahnya wanita ciptaan-Nya


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh .

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun),maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
p/s:wahai kawan2 ku semua..mari kita sama2 mencari keberkatanNya...

mengapa bukan aku??

Kawan
Sekadar renungan kita bersama
Suatu cerita penyakit jiwa
Bukan sakit kat wad gila
Zahir sihat, jiwa merana
Pandanglah teman renungkan bersama
Manusia dinilai dari iman dan amalnya..
Minta petunjuk moga tak dipersia
Selagi pintu taubat masih terbuka
Isikan dada dengan ilmu agama....
Takkan merana dan rasa sengsara...
Kerana pasti kembali padaNya....
Kejauhan remang rembulan,
dedaun mengusik jendela,
mengapa lena tiada menyapaku,
sedang malam bertandang sudah,
dan embun menyiram tanah.
haruman bunga segar mengharum,
di halaman kelawar berlegar,
mengapa bukan aku itu?
marilah malam,
temanilah sepiku,
saujana alamku terbentang
mengapa...........?
tiada yang sudi bertamu ,
halaman ku kosong terbiar,
dan haruskah aku bermusafir diri,
mencari dalam remang malam..........