22 July 2007

kelebihan kaum perempuan....

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)



1. Doa wanita

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Pahala Wanita Mengandung

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Pahala Wanita Bersalin

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Kelebihan Melahirkan Anak

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
5. Kelebihan Menyusukan Anak

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Pahala Memelihara Anak
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Menggembirakan Perempuan
Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8. Keistimewaan Anak Perempuan
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Ganjaran Menolong Suami
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
10. Ganjaran Wanita Solehah
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Darjat Wanita Solehah
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Hak Suami dan Ibu
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Keutamaan Terhadap Ibu
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Kelebihan Mentaati Suami
Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Ganjaran Mentaati Suami

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Keistimewaan Seorang Ibu
Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Ganjaran Memelihara Anak

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Ihsan Terhadap Perempuan

Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Penghalang Api Neraka
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

wanita pertama syahid dalam islam...


Dialah Sumayyah binti Khiyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughirah. Hidupnya sebatang kara dan beliau bernikah dengan Yasir seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekah kerana pada masa itu tidak ada kabilah yang dapat membelanya, menolongnya dan mencegah kezaliman atas dirinya. Hasil pernikahannya itu lahirlah anak mereka berdua yang bernama Ammar dan Ubaidullah.


Tatkala Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki, beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w. kepada beliau. Akhirnya, berfikirlah Ammar bin Yasir sebagaimana berfikirnya penduduk Mekah. Kerana kesungguhan dalam berfikir dan fitrahnya yang lurus maka masuklah beliau ke dalam agama Islam. Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dan menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah s.a.w. kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh barakah itu dan mengumumkan keislamannya sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.


Dari sinilah bermulanya sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam. Sejarah Islam telah memaparkan bahawa hampir semua orang yang masuk Islam di peringkat awal telah menerima seksaan dari orang-orang kafir Quraisy. Berbagai cara yang telah dilakukan orang-orang kafir Quraisy untuk melemahkan semangat Islam pada jiwa pengikut Muhammad s.a.w. termasuklah menyeksanya dengan kejam. Namun demikian, usaha mereka gagal dan tidak dapat menawan hati orang-orang Islam. Antara mereka yang menerima seksaan hebat itu ialah Sumayyah, ibu Ammar bin Yasir.


Ia adalah seorang yang sangat tabah dan cekal dalam mengharungi sebarang ujian. Keimanannya tidak pernah luntur sekalipun ia banyak menerima ancaman dan penyeksaan dari Abu Jahal. Suatu ketika Abu Jahal menyedari bahawa seorang demi seorang hambanya telah memeluk Islam. Ia merasa sangat marah lalu mengambil tindakan keras terhadap mereka lantas Bani Makhzum segera menangkap Sumayyah dan suaminya serta dua orang anaknya Ammar dan Ubaidullah telah ditangkap. Tangan dan kaki mereka telah diikat dengan tali sehingga tidak mampu untuk melepaskan diri.


Abu Jahal berusaha memaksa Sumayyah dan keluarganya supaya meninggalkan ajaran nabi Muhammad s.a.w. Abu Jahal berkata dengan keras, "Celaka kamu semua, Muhammad itu adalah seorang gila, mengapa kamu mengikut ajarannya? Jika kamu mahu selamat. kembalilah kepada agama nenek moyang kita".


Oleh kerana Yasir, Sumayyah dan anak-anak mereka masih setia dengan Islam, Abu Jahal mengambil keputusan untuk melakukan deraan. Mereka semua telah dilemparkan di tengah-tengah padang pasir yang panas di simbah kepanasan matahari, kemudian meletakkan di atas dadanya sebongkah batu yang berat akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan. Ketika itu Sumayyah menyaksikan sendiri bagaimana nasib yang menimpa ke atas keluarganya. Dia terpaksa menerimanya dengan hati yang tabah dan redha kepada ketentuan Allah s.w.t.


Abu Jahal semakin meradang kerana keteguhan hati wanita ini, kekuatan imannya dan kekukuhannya berpegang kepada akidahnya. Maka dari itu dia pun meningkatkan keseksaannya. Mula-mula Sumayyah menyaksikan suaminya, Yasir disebat dengan cemeti. Kemudian ia dipanggang di atas bara api sehingga dagingnya melecur. Bau kulit terbakar menusuk hidung. Yasir tidak dapat menahan kesakitan yang amat sangat sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Sumayyah melihat kejadian itu dengan hati yang sabar dan tenang. Kedua-dua orang anaknya berpelukan sambil menangis kerana kesedihan.


Kemudian Sumayyah melihat sendiri bagaimana giliran anaknya Ubaidullah menerima seksaan. Ubaidullah diangkat ke atas pemanggang api yang sedang menyala-nyala. Tubuhnya terbakar sehingga hangus, dia mati dengan wajah yang berseri-seri. Abu Jahal sedang dalam kemarahan kerana keluarga Sumayyah masih enggan meninggalkan agama Muhammad s.a.w. Sebagai seorang ibu, Sumayyah tetap merasa sedih dengan kejadian itu tetapi dia berdoa agar Allah s.w.t. memberikan balasan yang baik kepada keluarganya.


Sumayyah menerima hukuman dari Abu Jahal dengan hati yang tenang. Dia diangkat ke atas tempat pemanggang api, kemudian diturunkan semula. Abu Jahal berkata, "Jika engkau mahu keluar dari agamamu, aku akan lepaskan Ammar." Lantas Sumayyah berkata dengan tenang kepada Abu Jahal "Ammar tahu tanggungjawapnya terhadap Tuhan, sebagaimana aku tahu tanggungjawapku terhadap Tuhanku. Oleh itu, aku tidak ada kaitan dengannya."


Dengan hati yang marah, Abu Jahal dan para pengikutnya telah mendera Sumayyah dengan keras. Sumayyah telah dijemur di tengah padang pasir yang panas, dia dibiarkan di bawah pancaran matahari yang sangat terik. Tubuhnya telah ditusuk dengan sebatang tombak yang tajam. Akhirnya Sumayyah menemui ajalnya dengan keimanan yang suci.
Sungguh mulia kedudukan Sumayyah di sisi Tuhannya. Rasulullah s.a.w. yang menyaksikan peristiwa tersebut ada menyatakan, "Bersabarlah wahai keluarga Yasir! kerana tempat yang dijanjikan untukmu adalah syurga."
Abu Jahal telah membunuh Sumayyah kerana dia menolak untuk tunduk kecuali kepada Allah semata-mata.


Firman-Nya :
“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” (Al-Buruj : 8).


Begitulah semangat dan keberanian Sumayyah ketika menghadapi ujian yang paling berat. Ia bukan sahaja wanita yang hebat dengan ketabahannya, bahkan tercatat dalam lembaran sejarah dengan tinta emas. Dialah wanita terulung mati syahid dalam Islam. Dengan keimanannya, Sumayyah berani menghadapi golongan manusia yang paling zalim sebaris dengan Fir'aun. Gambaran wanita cemerlang inilah yang harus dimiliki oleh kelompok orang-orang yang beriman dalam menghadapi pihak yang zalim.

muslimah hari esok....



Muslimah yang dikasihi…
Pelihara auratmu walau di mana kau berada dan jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan Mahrammu…

Muslimah yang dikasihi…Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah moga – moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari syurga Ainul Mardhiyah…

Muslimah yang dikasihi…
Berakhlaklah dengan panduan dari Rasulmu. Contohi dan ikuti pastinya engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu…

Muslimah yang dikasihi…Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelahan kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al Quran panduan hidupmu. Hadith jadi sumber rujukanmu…

Muslimah yang dikasihi…
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada, moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga…

Muslimah yang dikasihi…
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu…kasihi Tuhanmu…redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu Sayangku…kelak satu hari nanti ada Insan yang menantimu berkat kasihmu pada Allah yang satu…pasti itulah Insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah…Moga bertambahlah Redha Allah padamu…melimpah kasihNya padamu…kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu…