03 March 2012

hari ini....hari esok siapa tahu....





Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya...

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya...

Hari ini dia mungkin s
eorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan....

"Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhirannya.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masyallah...masyallah..terkedu sebentar saya membaca serangkap ayat ni.Walaupun simple tapi penuh pengajaran.Betullll sangat apa yang ayat ni nyatakan...Kdg2 kita suke judge orang dengan pandangan mata kita,tapi kite x sedar kita xde pun inisiatif untuk ajak dia kepada kebaikan.Saya akui saya pun time tgk kawan2 saya ter"seksi"sikit dalam gambar2 yang disiarkan dalam laman fb dalam hati kata,"seksinya dia...x malu ke dia pakai camni,pastu tunjuk lak dalam fb.Mak ayah diorang tak tegur ke?"Tapi dalam masa yang sama,saya hanya biarkan mereka...Tak tegur diorang,x ajak diorang pada kebaikan,x mendoakan diorang.Masyallah...ampunkanlah dosaku atas kekhilafanku ini Ya Allah....


Memang diorang salah kerana melanggar syariat yang ditetapkan.Tapi,dalam masa yang sama kita xde hak untuk judge diorang,menganggap mereka dilaknat oleh Allah dan akan masuk neraka.Bukankah baiknya jika kita dapat menegur mereka dgn cara baik dan jika x mampu berdoalah di dalam hati.Sungguh diorang tersasar jauh dari landasan yang betul tapi bukankah hidayah itu milik Allah?mungkin dengan doa kita,kite dapat mengubah diorang.


Kita bersyukur dilahirkan dalam keluarga muslim yang mengajar kita erti pahala dan dosa.Tapi,mungkin mereka datang dari keluarga yang porak peranda x mengamalkan ajaran Allah.Ya,diorang salah kerana diorang x mencari apa yang sebetulnya dan kita juga salah kerana kita hanya membiarkan mereka.


Moga diri ini dapat membersihkan jiwa dari segala prasangka buruk terhadap manusia lain.Moga kawan2 saya itu berubah kepada yang lebih baik insyallah...



No comments: