06 August 2012

LE FoR GaZA

Assalamualaikum..

pagi tadi,tiba2 timbalan ketua PCI telefon meminta tolong dari saya untuk menjadi wakil kutipan derma untuk palestin"LE FOR GAZA".Pada mulanya terasa berat untuk terima tanggungjawab tu memandangkan saya masih ada kelas,nak kemas kotak kargo n nak beli barang2 untuk letak dalam kargo lagi.Tapi,alhamdulillah ALLAH memberi saya peluang untuk membuat kebaikan maka akhirnya mulut saya menyatakan"OK!insyallah akak usaha"



dalam hati kata...macam banyak sikit halangan untuk derma kali ini..sebabnya:
1)kebanyakan student alex dah balik malaysia-yang tinggal tahun 5 dan 6 serta beberapa kerat dari tahun 
   yang lain.
2)tahun 5 pulak 7hb tu last exam diorang n ramai da start balik malaysia esok dan hari seterusnya
3)kami tahun 6-masih ada di Mesir untuk pre internship training tapi dipecahkan kepada grup2 kecil yang 
    memang susah untuk berjumpa dengan antara satu sama lain.
4)saya juga dalam kekalutan mengemas buku2 serta barang2 untuk dimasukkan dalam kotak kargo untuk 
  dihantar ke Malaysia.


Dalam kekalutan,saya berjaya juga mengiklankan kutipan derma ini dalam group batch dan laman FB
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alangkah bertuahnya kita diberi kehidupan yang aman,tenang dan bahagia serta kesihatan yang baik sehingga kini.Tapi,dalam masa yang sama ada saudara2 seislam kita hidup dalam kemelaratan,kebuluran dan penuh kesusahan.Jadi,PERUBATAN mengambil inisiatif dengan melancarkan derma "LE FOR GAZA" dengan harapan sumbangan kita ini walaupun sedikit dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban mereka...insyallah.

Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai.pada tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(surah al Baqarah:261)
memang kita banyak guna duit sekarang ni...duit kargo lagi,tiket flight lagi, beli barang2 nak bawa balik malaysia lagi..tapi tu bukan penghalang untuk kita tidak membantu orang lain yang dalam kesusahan...

mari kita hayati firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 265:

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk meneguhkan jiwa mereka adalah seperti sebuah kebun di dataran yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan."

rezeki itu milik Allah..jom pakat2 menderma!!


Moga Allah permudahkan urusan saya dan membuka hati semua pelajar Alex untuk membantu saudara-saudara se-Islam kami di Gaza,Palestin.

No comments: