29 July 2012

final paper as a medical student..

6 tahun...
serasa masa itu seakan lama...
realitinya, sungguh kejap masa berlalu....
tanpa sedar usiaku juga menginjak laju...
meniti hari2 yang penuh liku..

kaki ini perlu terus melangkah..
walau tidak pasti apa yang bakal muncul di hadapan..
jiwa ini perlu terus bersemangat...
kerana perjuangan ini bukan hanya berakhir di sini...
masih banyak ilmu yang perlu ditimba..
masih banyak pengalaman yang perlu dicari...
masih banyak cerita yang perlu diterokai..

 perjuangan yang sebenar bakal bermula..
perjuangan yang menuntut kekuatan yang lebih utuh..
perjuangan yang bakal menguji seluruh jiwa dan raga...
perjuangan yang mungkin diselangi air mata..
perjuangan yang banyak meruntun hati doktor2 muda...


moga kita terus tabah dan kuatkan hati...
moga kita menjadi penawar duka sang pesakit..
moga kita menjadi perawat setia..
bukan hanya anggota tapi hati mereka juga...

menjadi yang "istimewa" itu bukannya mudah...
tapi,bukankah itu pilihan kita?


Alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah.....


tadi berakhirlah sudah paper yang terakhir-YA!!!!yang terakhir sebagai seorang pelajar perubatan...tiada lagi exam selepas ini(kecuali kalau x lulus).insyallah,berdoa moga semua rakan2 saya termasuklah diri saya lulus dengan cemerlang dan dapat grad dgn hati yang senang...

Tiada kata dapat diungkap betapa lega seluruh hati dan minda apabila terlepas satu beban yang dirasa amat berat...Exam kali ni memang berat,sebab banyak sgt buku kena baca..Tapi,alhamdulillah dapat juga lalui saat2 kesukaran ini dan akhirnya Allah kurniakan ketenangan yang sangat bermakna..


"maka sesunguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(surah Asy-Syarh:5-6)


Sungguh perjuangan ini masib belum berakhir.Masih banyak ilmu yang perlu dikutip.Masih banyak pengalaman yang perlu dicari.Menjadi doktor bukan pekerjaan yang mudah seperti yang kita fikirkan.Pekerjaan ini adalah satu ibadah dan pekerjaan ini memerlukan komitmen yang tinggi serta kesabaran yang jitu dari kita.

Kita bukan sahaja perlu merawat tubuh badan seseorang,tapi kita juga perlu merawat hati2 mereka.Tambah2 lagi dengan suasana masyarakat Malaysia yang kucar kacir..insyallah..Moga Allah memberkati perjuangan ini!!
Moga kaki ini terus kuat melangkah ke hadapan!!!


doakan saya dan rakan2 seperjuangan saya...(^.^)

No comments: