29 April 2008

~~Tombo Hati~~



ubat hati ada 5 perkaranya
yang pertama baca Quran dan maknanya
yang kedua solat malam dirikanlah
yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
yang keempat perbanyakkan berpuasa
yang kelima zikir malam berpanjanglah
salah satunya siapa bisa menjalani
moga-moga Allah taala mencukupi...



lagu ni tajuk dia Tombo Hati(bahasa indon punyer) atau apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu rasmi bermaksud ubat hati...

bercakap pasal ubat ni,saya terfikir bilakah agaknya seseorang itu akan makan ubat??tentulah jawapannya apabila dia sakit kan..tak kira lah samada sakit itu hanyalah mild seperti fever ataupun more severe than that...

tapi,tanpa kita sedari kita hanya mementingkan kesihatan tubuh badan kita sedangkan hati kita yang sudah parah sakitnya tidak diberi ubat..kesian hati itu..meminta-minta inginkan ubat namun tuan punya badan hanya buat endah tak endah sajer...sebenarnya hati itu hidup di dalam diri kita dan hati itu juga boleh mati, sehat dan sakit. Kalau mengikut perkiraan saya hati itu lebih penting dari badan manusia itu sendiri kerana kebersihan hati membuahkan tubuh badan yang cergas,sihat dan tenang...

masih tak faham maksud saya yang sebenar?cuba anda bayangkan seseorang yang mempunyai hati yang sangat busuk..seorang yang suka berdengki dengan orang lain,berdendam,tamak haloba,suka berburuk sangka,khianat, fitnah dan sebagainya..

bagaimanakah hidupnya?
adakah dia disukai masyarakat sekelilingnya?
adakah hidupnya dipenuhi dengan kebahagiaan dan kegembiraan?
adakah hidupnya tenteram tanpa masalah melanda?
adakah akhlaknya menjadi ikutan orang ramai atau hanya menjadi cemuhan?


saya rasa sahabat-sahabat sekalian cukup bijak untuk menilai semua ini...

Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa : "Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu, maka baiklah jasad keseluruhannya, dan sekiranya buruk daging itu,maka buruklah jasad keseluruhannya, dan daging itu adalah hati."




Bagi saya hatilah yang menjadi tunjang kepada perasaan dan emosi (EQ) kita.Sebenarnya hati mempunyai pertalian yang begitu rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari sesebuah kehidupan.Namun,seringkali manusia tak meyedari akan hakikat itu..Kita sering beranggapan bahawa kejayaan mereka disebabkan oleh kecerdasan akal mereka namun sebenarnya kita silap kerana kebahagiaan kita bukan hanya bergantung semata-mata kepada kecerdasan akal yang kita ada ni...

jika kita teliti dan perhati..

adakah semua orang kaya akan mendapat apa sahaja yang mereka inginkan termasuklah ketenangan hati?

adakah semua orang cerdik menjadi manusia yang berguna?

tak semestinya begitu kan......jangan biarkan penyakit hati menjadi semakin parah dan menular ke segenap salur darah kita..Bersihkan hati kita dari segala bentuk penyakit hati....banyak cara yang boleh kita lakukan untuk membersihkan hati dan salah satu caranya ada dalam lagu "Tombo Hati" ini

Renung-renungkan diri kita...insyallah moga kita semua dihindarkan dari penyakit hati ni..

No comments: