06 May 2012

ABG oh ABG...





Dulu masa mula2 memang sgt takutla nak pegang jarum apatah lagi nak cucuk2 orang.Yela..jarum tu muncungnya panjang rasa seriau je bila tgk..Tapi,lama2 dop belajar ilmu perubatan ni alhamdulillah rasa takut tu makin berkurang malah rasa teruja lak nak cucuk2 orang ni..hehehe

Al kisahnya,minggu lepas saya masuk Critical Care Unit(CCU) dan dapatla merasai satu pengalaman baru iaitu mengambil arterial blood gases sampling(ABG).Sebelum ni memang x pernah dapat try nak buat ABG ni,pernah tgk Dr wat je...Dalam CCU ni majoriti patients dia x sedar(unconscious) jadi saya pun berani sikit nak buat procedure ni.

Masa mula2 nak ambil ABG ni nervous la jugak..Yela,1st time kan tapi malangnya x berjaya..Rasa nak teriak je masa tu sebab x berjaya,tapi bila Dr try ambik beberapa kali n still x dapat dalam hati kata,"oh..Dr pun x dapat kire xpela aku x dapat td..patient ni punya artery memang susah kot..hehe".Dalam masa seminggu di CCU alhamdulillah dapat la buat ABG dalam 8 kali gitu dan keyakinan pun makin bertambah..oh yeahh!!

So,korang tahu x apa itu ABG ?

ABG ni merupakan satu procedure di mana kita akan cucuk saluran darah selalunya radial artery kat pergelangan tangan ataupun femoral artery dekat dengan pangkal paha.Bagi yang tak tahu,ABG ni penting sebabnya dapat check PH darah,peratusan oxygen,paras kandungan carbon dioxide,oxygen dan bikarbonat dalam darah kita.

So,camana step untuk ambik ABG ni ya?

1)mula2 sedut heparin, rasa2 macam wall jarum ni dah kena heparin boleh masukkan balik heparin dalam
   botol(boleh reuse balik ya heparin ni)
2)sila pakai glove(penting untuk anda yang mengambil)'
3)sediakan kapas dengan sedikit alcohol
4)bersedia di tepi patient dan check radial pulse(mana2 tangan pun boleh asalkan korang selesa)
5)sapu sedikit alcohol dekat kulit patient kat tempat yg kita rasa pulse tadi
6)tegakkan jarum 45 degree dan cucukla perlahan-lahan dgn penuh keyakinan
7)bila nampak darah da masuk skit dalam jarum tu withdraw la blood secukupnya.
8)pastu tekan tempat tu dengan kapas bersih dan tarik jarum perlahan-lahan...


TADAAAA...da selesai alhamdulillah...(oh ya jangan lupa sebelum cucuk jarum silala baca bismillah..)

sample darah yang da diambil boleh je terus bawak ke machine ABG untuk dianalisa dan terus dapat detect patient ni ade metabolic alkalosis/acidosis ataupun respiratory alkalosis/acidosis.



PERINGATAN SIKIT...
1)sebelum cucuk better tarik sikit picagari jarum tu-biar ade udara(akan develop negative pressure) so
  darah senang sikit nak masuk.
2)lepas dapat sample darah buang udara2 yang ada dalam jarum tu...sebab benda ni leh bagi false result
3)kalaulah tetiba masa korang analisa darah tu dan x semena-mena machine ABG tu rosak leh simpan darah
   tu dalam peti ais(ni berdasarkan pengalaman ni)


No comments: