16 May 2012

a pregnant woman...



Assalamualaikum wbt....




Hari ni,masa clinical class dekat "outpatient clinic" saya berkesempatan untuk berkenalan dengan beberapa org patient dan adalah sedikit cite menarik tentang sorang patient ni.Oh ya,saya ambik history dalam bahasa arab ammi ye tapi saya tulis dalam melayu je.Yalah patient pun orang Mesir kan,bukan Mesia..=p




Patient ni pempuan umur 30 tahun dan pregnant 3 months.Patient ni ada diabetes sejak 2 tahun yang lepas lagi dan dia ambik ubat "Metformin" tablet 2 kali sehari.Tapi,sejak sebulan yang lepas dr prescribed subcutaneous insulin "Mextar" pula.Memang ya kalau perempuan tu ada diabetes dan disahkan mengandung kite akan tukar ubat pada insulin.Rationalnya adalah kerana ubat tablet(oral hypoglycemic drug) ni berbahaya kepada baby.Ada kajian menyatakan bahawa ubat tablet ni cthnya Sulphonylurea group teratogenic pada baby dan boleh memberi kesan seperti fetal hypoglycemia and hyperinsulinemia manakala metformin boleh menyebabkan "pre eclampsia" pada ibu mengandung.


So,berbalik pada patient kita tadi,sejak 1 bulan yang lepas dia ambik insulin(selalunya dose insulin ni untuk orang biasa kita bagi 0.5/kg body weight.Tapi untuk pregnant woman kita bagi lebih pd tu-1-2 dose/kg body weight according to the pregnancy term).Patient ni berat badan dia 100 kg jadi sepatutnya dose insulin yang perlu diambil ialah dalam 100-200 unitSelepas beberapa ketika,semasa follow up paras gula dalam darah didapati semakin menurun dan dr kurangkan dose of insulin sedikit.Tapi,mengejutkan pabila follow up seterusnya mendapati paras gula semakin menurun dan dr kurangkan dose lagi dan lagi tapi paras gula masih juga menurun sehingga hari ini.


Dr Fathy mengatakan bahawa kemungkinan besar sebenarnya baby dalam kandungan perempuan ni dah meninggal(intrauterine fetal death).Kalau nak tahu pabila perempuan tu pregnant,uri (placenta) akan mengeluarkan certain hormone contohnya progesterone, cortisol, placental lactogen, prolactin, dan growth hormone) yang mana merupakan faktor utama menyebabkan increase insulin resistance dalam pregnant patient dan sebab mengapa mereka memerlukan dose insulin lebih tinggi dari pesakit diabetis yang tdk mengandung.Tetapi,pabila fetus dah mati dan placenta dah x berfungsi sah-sah semua hormone ni akan berkurang.Oleh sebab tu, patient akan develop hypoglycemia more n more.Jadi,Dr Fathy mengesyorkan pemeriksaan ultrasound untuk prempuan ni,nak tgk baby dia still hidup atau betul dah mati.




Kesian kan perempuan ni kalau betul baby dia dalam kandungan dah mati.Anak yang dikandung walaupun x lama-3 bulan tapi still ada ikatan yang kuat antara ibu dan anak.Sedih lak saya rasa.Saya x tahu apa keputusan U/S tu insyallah kalau ada berita pasal perempuan ni saya update..Moga Allah memberkati perempuan ini dan anak yang dikandung itu.





1 comment:

Anonymous said...

siannya kat puan ni...huhu