22 May 2012

kisah negeri saba'





2 hari lepas (ahad-20 Mei 2012) saya berkesempatan  untuk berjumpa dengan adik2 SC dalam pertemuan usrah bertempat di rumah Syuhada..Saya membentangka kepada mereka tentang kisah silam"kejatuhan kerajaan Saba' suatu masa dahulu.So,sesiapa yang belum tahu tentang kisah ini bolehla teruskan membaca.Moga beroleh manfaat insyallah....










Ibu kota Saba ialah Ma’rib sebuah kota yang dilimpahi dengan kemewahan kerana kedudukannya yang istimewa secara geografi. Di situ terbinanya sebuah empangan yang dengan ketinggian 16 meter, lebarnya 60 meter dan panjangnya pula 620 meter. Ia dapat menampung kawasan pengairan 9,600 hektar, 5,300 hektar di bahagian selatan dan bakinya bagi lembah di bahagian utara.Kedua-duanya direkodkan dalam penulisan Saba sebagai “Ma’rib dan dua lembahnya”. Kewujudan Empangan Ma’rib yang dibina menggunakan teknologi canggih pada abad itu menjadikan masyarakat Saba menguasai sistem pengairan. Tanah-tanah mereka yang subur dan kawalan ke atas laluan perdagangan membolehkan mereka hidup dalam kemewahan.




Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba` satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan disebelah kiri. (Lalu dikatakan kepada mereka) "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun.


Surah Saba:15


Dikatakan kegemilangan kerajaan Saba memuncak ketika zaman pemerintahan Ratu Balqis yang menganut agama Islam ketika itu.(boleh rujuk cerita Ratu Balqis dan Raja Sulaiman dalam surah Al naml (ayat 20-44).Mereka juga mempunyai sistem ketenteraan yang kuat sehingga boleh menakluki banyak negara.Ini dapat dibuktikan melalui ayat 32 dan 33 Surah Al Naml ketika mana Ratu Balqis mengemukakan persoalan kepada para pembesarnya selepas mendapat surat dari Nabi Sulaiman.Para pembesar menjawab kita memiliki kekuatan dan keberanian yang luar biasa(untuk berperang) tetapi keputusan berada di tanganmu,maka pertimbangkanlah apa yang akan engkau perintahkan.


kemakmuran dan keberkatan Negeri Saba dapat dilihat daripada kesenangan penduduknya sehingga dikatakan perempuan yang melalui di bawah pohon buah-buahan tidak perlu memanjat atau mengait,tetapi cukup dengan hanya menjunjung bakul di bawah pohon-pohon itu kerana buah-buahan itu terlampau banyak dan masak ranum semuanya maka buah-buahan itu akan masuk sendiri ke dalam bakul yang dijunjung.Tanah di Negeri Saba selain subur juga dikatakan tiada dapat ditemui lalat,nyamuk ataupun tikus kerana cuacanya yang sungguh baik dan penduduknya yang sehat-sehat belaka.

Tetapi mereka memalingkan diri dari Allah yang telah menganugerahkan mereka dengan semua kemewahan hidup. Mereka menganggap kemewahan hidup datang dari usaha mereka sendiri tanpa bantuan ataupun pertolongan dari Allah. Mereka berasakan negeri itu milik mereka dan merekalah yang memakmurkannya. Mereka telah memilih kesombongan daripada rasa bersyukur kepada Allah.                                                                                                                                                                                             
Lantas,Allah menurunkan bala bencana terhadap mereka yang bongkak dan tidak bersyukur.Akhirnya empangan Maarib yang disanjung tinggi itu runtuh dan menyebabkan berlakunya banjir Arim sehingga memusnahkan segala yang mereka miliki.

 “Tetapi mereka berpaling ingkar, lalu kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan dan kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan pohon-pohon yang pahit buahnya dan pohon-pohon yang jarang berbuah serta sedikit pohon-pohon bidara. Demikianlah kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan sebenarnya kami tidak menimpakan balasan sedemikian melainkan kepada orang yang sangat kufur.”  
Lantas,Allah menurunkan bala bencana terhadap mereka yang bongkak dan tidak bersyukur.Akhirnya empangan Maarib yang disanjung tinggi itu runtuh dan menyebabkan berlakunya banjir Arim sehingga memusnahkan segala yang mereka miliki.Banjir itu telah menukar pohon subur dan segar kepada tanah tandus dengan pokok-pokok ceri yang bantut.

Selepas wilayah itu dilanda banjir ia berubah menjadi padang pasir dan masyarakat Saba hilang punca pendapatan akibat pupusnya tanah pertanian. Penduduk yang tidak mengendahkan seruan Allah agar beriman dan bersyukur kepada-Nya akhirnya menerima balasan dengan malapetaka yang begitu hebat. Selepas banjir itu, masyarakat Saba mula berpecah. Mereka meninggalkan rumah masing-masing dan berhijrah ke utara tanah Arab, Makkah dan Syria.Penemuan arkeologi dan data-data sejarah mengesahkan apa yang disebut dalam al-Quran. 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sebenarnya pembangunan sesebuah negara itu dibina berasaskan kepada acuannya yang tersendiri. Begitu juga pembangunan berteraskan Islam, dibina berasaskan acuan tasawwur atau perspektif Islam tulen.Tasawwur Islam yang tulen adalah satu gambaran bentuk Islam yang hakiki.Umumnya, al-Quran sudah menggambarkan adanya tiga pokok utama tasawwur Islam iaitu Allah sebagai Pencipta, manusia sebagai makhluk dan alam semesta sebagai makhluk.
Dalam  pembangunan berteraskan Islam, tasawwur Islam itu dijadikan asas atau acuan dalam pembentukan sebuah pembangunan Islam tulen. Ia pada asasnya adalah tapak bagi setiap aspek kehidupan manusia.Jika salah satu tapak ini tidak seimbang maka pembangunan negara itu adalah tidak sejajar dengan apa yang Islam sarankan.Maka negara itu mungkin terbina tetapi tidak membangun selari dengan kehendak agama.Rakyatnya menjadi porak peranda,alam sekitar hancur musnah ditelan kerakusan manusia tamak haloba.

Justeru, jelaslah tasawwur Islam adalah perkara asas dan prinsip paling utama dalam pembangunan negara berteraskan Islam dalam meraih kejayaan dan kecemerlangan sebuah bangsa di dunia dan di akhirat.

Kisah penurunan bala kepada kaum-kaum terdahulu yang memungkiri Allah dan Rasulnya banyak sekali diceritakan dalam Al-Quran,tetapi sedikit sekali yang mengambil iktibar dari cerita-cerita itu. Hukuman yang mereka terima adalah sama – semua wilayah mereka dimusnahkan supaya mereka dan generasi masa hadapan mengambil pengajaran bahawa mereka bukan pemilik kekuasaan tetapi apa yang diberi adalah anugerah daripada Allah kepada mereka.Masyarakat kini,tidak sedar akan hal ini dan sibuk mengejar hal-hal keduniaan.Adakah kita juga mahu menjadi seperti kaum-kaum terdahulu yang dilaknat oleh Allah barulah kita akan tersedar dari mimpi indah kita?fikir-fikirkan dan renung-renungkan wahai sahabat2 sekalian....












No comments: