12 May 2012

perlukah ada cinta sebelum perkahwinan



 


Perlukah perkahwinan didasari dengan perasaan cinta terlebih dahulu? maksudnya perlu bercinta dahulu baru boleh kahwin? Sememangnya cinta itu perlu dalam sesebuah perkahwinan, namun cinta yang perlu ini adalah cinta kepada ALLAH. Perkahwinan atas dasar cinta kepada Allah adalah memang sangat-sangat perlu dan ianya tidak boleh dipertikaikan lagi.
Namun untuk artikel kali ini, Pakar Cinta ingin fokuskan tentang cinta kepada pasangan. Perlukah adanya cinta terhadap pasangan sebelum berkahwin untuk membolehkan mereka berkahwin? Ada yang memberi alasan apabila memutuskan sesuatu perhubungan itu dengan alasan “saya tak rasa cinta pada pasangan saya”..
Alasan ini amat menyedihkan dan sememangnya tidak begitu kukuh. Apa yang anda risaukan jika tidak ada rasa cinta kepada pasangan jika pasangan kita itu mencintai kita? Dan jikalau pasangan kita itu tidak mencintai kita sekalipun, adakah ia menyebabkan satu rumah tangga yang tidak bahagia??
Pernahkah anda mendengar kisah cinta pasangan lama-lama, zaman ibu ayah kita, yang mereka berkahwin atas dasar ikut arahan ibu ayah mereka. Dan hasilnya ramai yang berjaya kekal sampai sekarang. Bahkan mempunyai berbelas-belas orang anak lagi.
Adapun kita melihat ramai pasangan sekarang yang kebanyakkannya ber”couple” kerana kononnya ingin mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat dan memahami hati budi supaya dapat berkahwin dan membina rumah tangga yang bahagia kelak.
Tapi berapa ramai pasangan yang kita lihat tak sampai pun ke gerbang perkahwinan, dan jika sampai pun, berapa ramai yang bercerai selepas berkahwin. Pakar Cinta tidak mengatakan semuanya begitu, namun kebanyakkannya begitu.
Jadi, perlukah ada rasa cinta  untuk kahwin??
Cinta boleh dipupuk
Ramai yang risau jika mereka berkahwin dengan pasangan yang mereka tidak kenali, dan mereka tak dapat berkahwin dengan orang yang mereka cintai. Memang, bagus untuk berkahwin dengan pasangan yang kita cintai.
Namun jikalau jodoh tidak sampai, kita terpaksa berkahwin dengan orang yang tidak kita cinta, adakah kita perlu terus mengikut perasaan kita, dan masih mengharap pada kekasih lama kita?
Jadi, sebenarnya, nak berkahwin, tanpa dasar cinta pun tak apa. Sebab, kita ada banyak lagi peluang untuk hadirkan perasaan tu lepas kahwin nanti.Tak percaya? Tengok orang dulu-dulu. Mereka tak bercinta sakan macam kita sekarang ni pun. Ada orang masuk minang. Dia berkenan, terus terima. Bahagia jugak rumah tangga. Siap beranak pinak, cucu-cicit berderet.
Sebab itu, kalau kita ada tersuka pada seseorang, elok jangan dilayan sangat perasaan tu. Buat biasa sudah. Sebab, kalau terlalu ikutkan, perasaan tu akan lebih membuak-buak, disebabkan kita melayan perasaan. Itulah sebab munculnya kes sampai nak terjun jambatan Pulau Pinang, kes kecewa kerana putus cinta.
Kalau anda jatuh hati pada seseorang, jangan terlalu melayan perasaan itu, anggaplah ia hanya satu perasaan yang datang untuk menguji, dan apabila anda dah betul-betul bersedia untuk berumah tangga, barulah melangkah terus ke alam perkahwinan.

Selepas itu, pupuklah rasa cinta, berkenalan dengan pasangan anda, ber”dating”lah sepuasnya, berasmaralah sepuasnya, anda tidak akan berasa serba salah, kerana perhubungan anda telah halal.
Kepada yang sudah terlanjur bercinta sebelum kahwin, Pakar Cinta nasihatkan cepat-cepatlah berkahwin..
Dan kepada yang masih ”single”, bertenanglah, anda dilandasan yang betul, sampai masa bertemu dengan jodoh anda, bercintalah anda sebagai satu pasangan  baru, yang cintanya cinta suci lagi diberkati. :)

dipetid dari pakardiari.com

No comments: