09 May 2012

epal...


 



Epal yang kurang berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan dirinya menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan martabatnya begitu tinggi sehingga tiada sesiapa yang berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi mengiringi…
Pengajarannya, janganlah dikau wahai wanita merendahkan darjatmu hanya semata ingin berteman. Setiap dari kita sudah tetap akan jodohnya, tetaplah berada pada darjat istimewamu, pastinya lelaki ysang terbaik sahaja berjaya ke tempat kedudukanmu.
Jangan pula terlalu bangga diri, keras hati, dan merasakan dirimu terbaik kerana tiada lelaki ingin wanita sebegini. Biarlah malumu menjadi perhiasan, akhlakmu menjadi perlindungan, dan kelembutanmu sebagai kelebihan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan senang nak menjadi epal yang berkualiti.Semuanya memerlukan kesabaran,tawakkal dan redha.Pabila usia makin meningkat,melihat punya kebanyakan rakan menjejak gerbang perkahwinan malah ade yang sudah punya cahaya mata bukan senang untuk mengawal diri dari tidak berasa resah pabila diri masih belum disunting sang kumbang.Tapi,percayalah dengan takdir yang Allah tetapkan.Lambat laun putera idaman pasti muncul menyunting dirimu.
Kadang-kadang Allah pertemukan kite dgn jodoh kita tanpa diduga.Malah mungkin terjadi cerita sebegini: kite bertemu jodoh kita lambat sedikit dari kawan kita yang sudah lama bercinta bertahun-tahun (sejak dari uni lagi).Tapi,apa yang terjadi??kite yang kawen dulu dari kawen kita padahal kite baru kenal je dgn pasangan kite tu.Jadi,jangan risau tengok orang lain dah ade pasangan dan kite belum ada.Lebih elok jika kite persiapkan diri kite sebaiknya untuk menjadi wanita solehah.
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

No comments: